Saturday, June 28, 2014

Oh Feeling Jiwang Pulak

Lama blog ni dibiarkan bersawang. Hampir terlupa aku ada blog. Hehehe. Waktu-waktu nak jiwang ni lah baru terhegeh-hegeh nak update blog kan? Sian kau blog. Ngahaha. Tapi apa boleh buat, sekarang ni macam-macam perasaan yang bercampur. Sedih, rindu, happy, semua ada. Sambil taip entri, sambil dengar lagu jiwang. Memang masyukkk! :) 

Adess, ni dah lari dari tujuan asal tulis entri. Hari ni, tak tahu lah kenapa. Mungkin silap diri sendiri juga. Betullah, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata, hati yang terluka pun takkan sembuh. Ye dak? Lepas apa yang berlaku hari ni, ada jugak timbul rasa macam lagi elok je hidup sendiri-sendiri je. Tapi impossible la kan? :) Hari ni rasa macam lost something yang sangat precious dalam hidup ni. Moment yang paling aku takut ia berlaku, berlaku jugak hari ni.

Tapi, walau apa pun, aku jugak lah yang bersalah sebab terlalu pentingkan diri sendiri. Well, kita kena belajar terima hakikat setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sakit nak terima, tapi terpaksa dilalui jugak. Bila fikir je pasal ni, konpem mata ni asyik nak banjir je. Haha. Lebih-lebih pulak gua ni. Sebenarnya benda kecik je pun, tapi emosional lebih. -_-.. tak ada sape pun suka sikap macam ni. Sikap macam ni akan buatkan orang lagi menyampah adalah. Betul kan? Tapi jujurnya, akan ada waktunya kita tewas dengan perasaan sendiri. 

                                         
Hahaha.. rasa macam complicated je nak menulis pun. Hurmm.. biarlah yang selebihnya tu pendam dalam hati je. Maafkan aku kalau ada yang termuntah baca ni. Aku bukanlah orang yang pandai nak sorok-sorok perasaan ni. Cukuplah aku jadi pemendam masa zaman sekolah. Lepas apa yang berlaku, aku memang dah takleh nak pendam. Huhu. Apa yang berlaku? Yang tu biarlah rahsia. For sure, ianya somehting yang aku takkan lupa sampai ke mati. 


Jam dah pukul 2.05 minit pagi. Kena tido dah ni. Esok kena bangun sahur. Harapnya bangun la.  Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...