Friday, July 11, 2014

Show No Emotion, Feel No Pain

   

   Kadang-kadang, terfikir jugak alangkah baiknya kalau jadi orang yang tak pedulikan orang sekeliling. Tapi, diri tak mampu nak jadi macam tu. Sebab diri sendiri dah faham sangat perasaan bila tak dipedulikan.  Biasalah, manusia memang suka orang peduli dan ambil berat pasal dia. Lumrah.

    Kadang-kadang, aku tengok macam mana sesetengah orang ni boleh berkata kasar dengan rakan sendiri dan parents sendiri. Woaa… dalam hati tertanya-tanya, dorang tak fikir ke perasaan orang yang dorang buat macam tu? Macam mana kalau dorang diperlakukan macam apa yang dia buat kat orang lain. Haha.. tau pulak nak terasa nanti. How come orang boleh tak fikir perasaan orang lain? Dan how tak malunya dorang sebab nak orang jaga perasaan dia tapi dia tak nak jaga perasaan orang lain. SHAMELESS!


     Kadang-kadang, bila dah bengang sangat, ikutkan hati nak je sembur sesapa tapi tak mampu nak sampai tahap tu lagi. Tak nak jadi orang yang dibenci. Biarlah kadang-kadang kita tahan je telinga ni. Dengar je apa dorang nak cakap. Asalkan kita tak buat macam tu kat orang. Lagi kita buat macam tu kat orang lagi la orang buat macam tu kat kita. Betul tak? Yup, kadang-kadang, bila dah tak tahan sangat, akan keluar jugak kata-kata amarah. Tapi yang tak sukanya bila diri menyesali tindakan macam tu. Pastu mulalah nak rasa bersalah bagai. Hate it!

     Ok, xpe.. biarlah.. untuk nak jadi orang yang takder perasaan tu, memang tak lah. Allah dah create kita semua ada perasaan kan? Cuma cara guna akal tu nak fikir mana baik mana buruk je la. J  


     Biar macam mana orang buat kat kita, jangan kita buat macam tu kat orang walaupun kadang-kadang ada timbul rasa nak membalas.  And sometimes, tak perlu nak caring sangat pun kat orang lain. Cukuplah ada bila mereka mereka memerlukan. Itu lebih baik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...