Sunday, November 5, 2017

Everything was started from here.

After lama gila tak menulis kat blog, kali ni hati membuak-buak nak menulis. Sebab dah tak tahu camner nak meluah, so I think by writing can help me ease my mind a little bit. Lately, kesihatan aku sangatlah merosot. Aku dapat rasa perubahan dalaman badan aku. Starting dari awal bulan 5 tahun ni (2017), aku start dengan demam, batuk dan selsema. Masa ni batuk and selsema aku sangat teruk sampaikan terjaga pukul 3,4 sebab rasa geli tekak and terpaksa hembuskan mucus yang ada. Sejam kot aku duk dalam tandas sebabkan batuk ni. Aku rasa segan jugak. Macam dah sakit tenat je kalau orang dengar aku batuk macam tu. Makan ubat pun tak jalan. Since kuat sangat batuk, kahak yang keluar kadang2 bercampur darah. Tekak rasa pedih yang amat. Masa tidur aku terganggu since aku akan terjaga sebab batuk. Tambah pula dengan hidung yang tersumbat. Allahu.. waktu tu seksa sangat rasanya.

Gross. But ni la yang keluar pagi2 kalau batuk.


Aku tak tahu berapa lama amik masa untuk aku sembuh. Sampaikan masa balik rumah, aku termuntah-muntah. Masa tu tekak pedih sangat. Rasa macam ada something stuck kat tekak. Nasib baik waktu tu aku balik rumah sebab aku sorang-sorang kat UIA since semua kawan-kawan dah grad. Waktu tu doktor cakap, dalam tekak dah luka-luka sebab kuat sangat batuk. Then dia bagi ubat batuk yang lain. Selalunya kalau kat UIA, doktor akan bagi Expectorant as ubat batuk, tapi doktor yang kat rumah ni cakap Expectorant memang akan sebabkan batuk sebab nak buang kahak, so dia bagi Benadryl untuk legakan batuk sekali dengan ubat sakit tekak. Alhamdulillah.. batuk aku benti and I'm getting better that time.

Tapi, masalah lain pulak yang timbul. Aku tak tahu bape lama lepas tu.. aku kena Urinary Tract Infection. Ya Allah, masa tu sakit sangat masa nak kencing. Nak menangis rasanya dalam tandas. Masa tu dah balik UIA. Hmm.. banyaknya dugaan ni untuk aku. Lepas satu and satu penyakit yang datang. So aku amik keputusan untuk pegi klinik luar dekat Ong Tai Kim. Doktor sahkan memang ada infection kat situ. So dia bagi antibiotik then Ural untuk lawas kencing pe semua. Dia suruh consume seminggu then datang jumpa dia balik lepas tu. Seminggu aku telan antibiotik, alhamdulillah rasa lega sebab tak sakit dah nak kencing. Cuma kencing aku still tak lawas. Asyik rasa nak kencing. Tapi yang keluar hanyalah dua, tiga titik je. Masa tu dah sampai masa utk aku pegi jumpa doktor balik. Tapi waktu tu aku kat Kuantan, sebab bercuti dengan Sofia. kat rumah Jehan.

Jehan was so kind. She told her father bout my problem (her father is a doctor) and I have a free check up at her father's clinic. Lepas buat Urine test (U-Femme), akak tu tanya aku period ke tak. Waktu tu memang x period la. Aku dah confuse dah nape dia tanya macam tu. Then aku bawak result pegi jumpa doktor balik.. Doktor sahkan ada blood dalam urine aku. Blood reading was 2+. Doktor suspek aku ada batu karang. Aku terkejut gila dengan statement tu. Moody la jugak satu hari. Nak enjoy cuti pun mcm takde mood. Dengan tak lawas nak kencingnya.. sangat2 la mengganggu emosi aku. Thank goodness, Jehan and Sofia really understood my condition at that time. Masa tu doktor tu bagi Rowatinex, Buscopan dengan Ural untuk lawaskan kencing. So aku consume je la. Tapi still no changes.


Bila balik UIA, aku pegi klinik UIA and buat check up. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan sorang doktor ni. Biarlah aku gelarkan dia as Dr. SL. Since I have trust issue dengan doktor-doktor kat UIA ni so buatkan aku ada negative impression dekat doktor2 kat sini (based on my previous experiences). Tapi Dr.SL ni berbeza ngan doktor lain. Dia memang buat check up betul-betul. Tekan-tekan perut aku. Tapi dia suspek aku punya masalah bukan sebab renal stone, tapi maybe ada masalah dengan bladder. Terus dia refer aku ke tempat radiologi luar kat DBKL untuk buat ultrasound. Well, result ultrasound menunjukkan aku takde batu karang, ketumbuhan or pape. Everything is normal. My kidneys are normal. Urinary jet pun semua normal. Just my urinary bladder tu fairly disintended.
Bila bawak result ke Dr.SL, he said that everything was normal. So he gave me Potassium Citrate, kot untuk lawaskan kencing pe semua sebab takut ada renal stone tapi takut Ultrasound tak dapat detect. Starting from that, aku asyik consume benda alah ni. Tapi still, masalah tak setel2.

Results of my Ultrasound. Yang report tu taknak upload.


Next story of my life, will be continued in the next post. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...