Tuesday, February 7, 2012

Sarkastik, Antara Pro And Cons

Assalamualaikum...
Waa, setelah sekian lama, aku kini kembali untuk mengupdate blog yg tak seberapa serta tidak berheader ni.
(header dlm pembikinan)
nak cakap lama x lama tak update blog ni, sampai hilang dua follower..ish2 sedih gak aku, tapi takper la...
Kalo aku, walaupun korang tak update sgt blog, aku tetap akan folo korang, ye la sebab aku betul2 ikhlas nak tunggu update dari korang. Smileeeee ^0^

So, hari ini, nak cakap pasal sarkastik sikit. Well, aku tahu perkataan ni pun dari mulut kawan aku jugak. So aku pun ada buatlah sikit research pasal benda ni. Sarkastik ni boleh dikatakan macam menyindir camtu la. Menegur dengan kata2 yg agak pedas la tapi sometimes boleh membuatkan seseorang itu berfikir panjang la mengenai apa yang diperkatakan. Hurm..tak tahu jugak? K la, aku bagi sikit contoh ek,

"Kalo nak jadi ustazah, masuk sekolah pondok la weii'
(hurmm, xsemestinya nak jadik ustazah kena masuk sekolah pondok)

Tu contoh yg tak seberapa la. Korang leh buat research kat abang Google kalo nak tahu lebih lanjut. Well, some people beranggapan, sarkastik ni adalah perlu. Dengan kata2 yang memancar ibarat laser tu, (mulut laser) akan membuatka orang berfikir panjang dan akan berubah. Sometimes akan membuatkan orang rasa malu, lalu timbul rasa untuk berubah. Itu maybe antara kebaikkan sarkastik.

Nak diceritakan, dulu, aku pun pernah jadik manusia sarkastik. Rasa puas kot dapat tegur kawan2 dengan kata2 yang agak pedas. Fuhh,biar menusuk sikit ke dalam hati dan jantung tuuuu. Puassss dapat bagi kata2 pedas sedas dua. Hu2. Tapi, lepas tu, adalah sorang kawan yg baik ni, dia datang tegur aku, bagitahu aku, yang ramai giler terasa dengan aku. So, masa tu, timbul rasa bersalah dalam diri aku. sebab aku dulu, aku sarkastik tak kira orang. Dengan orang alim pun aku sarkastik gak. Dasyat kan? Tapi lepas teguran tu, aku sedar, yang benda ni tak mendatangkan kebaikkan sangat pada diri aku. Ramai yang kecil hati. Kat situ aku da buat dosa dengan manusia yang mana dosa dengan manusia ni hanya akan terhapus dengan kemaafan dari manusia itu sendiri.
ksud
Starting from that, aku ajar balik diri aku untuk tidak bersarkastik. Aku belajar untuk tegur orang secara lembut. Seperti dalam al-Quran Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: 
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu  dengan hikmah dan pelajaran yang baik 
dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik"
Surah an-Nahl ayat  125
"Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah-lembut
mudah-mudahan dia ingat dan takut."
Surah Thaha  ayat 44
(Jika dengan Firaun pun Allah Allah perintahkan  para Nabi bercakap dengan lemah-lembut, apatah lagi kita  sesama Islam. Ertinya, Allah tidak suka jika kita bercakap  atau berhujah mengikut perasaan semata2.)

Hurm, banyak lagi sebenarnya firman Allah S.W.T mengenai cara menegur dengan betul. Well, kenapa tidak kita menggunakan cara yang sebegitu? Hati manusia itu tulus dan lembut. Hati yang keras akan menjadi lembut kika ditegur dengan penuh hemah dan lembut. Percayalah. Teguran seperti ini, memang amik masa yg lama, namun, kesannya..masyaAllah hebat sekali. Aku tahu, bagi yang fikir sarkastik itu perlu, tentu ada sebab dan musabab dia cakap macam tu. Aku tak nafikan. Aku faham ape tujuan sarkastik tu, sebab aku dulu pun manusia sarkastik jugak. Tapi kini, untuk mengelakkan diri dari terus membuat orang terasa, aku memilih untuk memberi teguran secara halus dan lembut. Aku sayang kawan2 aku dan saudara seislam aku.

Jadi, maafkan aku kalo pendapat aku ini ada yang bertentangan dengan pendapat korang.
Certain people, ok je dengan sarkastik ni, but MOST people, prefer cara yang
lembut untuk menerima teguran. Kalo tak mereka memberontak.
Sekian.....

P/S: Setiap perkara itu ada pro and contranya. ^^. Maaf andai ada kata2 yang menyinggung perasaan. Sometimes ianya perlu, tapi PLIZZ jangan keterlaluan sgt. Hati orang kita tak tahu. 


4 comments:

  1. ehem.. i AM sarcastic. huhu..

    em, betul la mu oyak. sarkastik ni adalah perbuatan menegur dengar cara halus,yang dapat menusuk kalbu.

    but i think,contoh yg mu bg tu xbrapa sangat. sb sarkastik xdirect tapi AMAT subtle.

    contoh situasi kalo ada someone mai lambat. then, orang yang sarkastik ni akan oyak...

    "Well.AWALnya mai..."

    macam tu lah lebih kurang. kira gapo hok dio oyak ni reverse psychology.

    kerajaan loni pon byk guna reverse psychology. for example, papan tanda tepi jalan. nak suruh kita bawak berhati2. diorang oyak gni:

    PANDU LAJU,MAUT MENUNGGU.

    emm.. tu la pandngan aku. memang agak pedas. tapi manusia agak degil. biasanya kalo guna reverse psychology ni lebih berkesan..

    Wallahualam. :)

    ReplyDelete
  2. @Hansyirah Takezur ooo..ok..huhu..well because aku bukan lagi seorang sarkastik..so, aku tak reti sangat la nak bagi contoh..sori la kalo memalukan kaum2 sarkastik..ehhheeeeee...(gurau)

    urm..yup..untuk manusia2 yg degil..sometimes sarkastik perlu..i do admit it..^^

    ReplyDelete
  3. Haha. Aku pun bolehlah dikatakan sebagai seorang yang sarkastik :D By the way aku sokong entry kau, sebab memang ramai yang dah terasa dengan ayat-ayat pedasku. Tapi aku nak tambah jugak, tak bermakna seseorang itu alim, kita tak boleh nak sarkastik dengan dia. Sebab zaman sekarang ramai aja yang alim, tapi luarnya memang alim, kat dalam, hanya Tuhan sahaja yang tahu.


    Bagi aku lagi, teguran ni untuk semua, bukan untuk segelintir orang tertentu. Kita manusia yang tak maksum daripada dosa, so kalau rasa nampak perlu ditegur, kita tegur ajelaa, kan? Jangan biarkan orang tu terus-menerus di dalam kesilapan dia sendiri. Hee, sekian nukilan ikhlas ;)

    ReplyDelete
  4. miss faten: hihihi..tenkiu weh..atas idea and pandangan dari ko..huhu..aku hargai nya..tapi kan faten..yg aku sakitkan hati yg alim tu...dia memang alim..heheh..tu yg rasa serba salah bila ingat balik tu..huhu..insyaAllah dia alim..huhu..

    yup..tegur je..Islam pun suruh kita tegur menegur dengan sebaiknya..sebab kita manusia tak lepas darpada dosa..^^..sokong la kata2 ko..huhu..tenkiu..

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...