Assalamualaikum
My dear brothers and sisters. Welcome to my blog. (bagi sesapa yg baru datang) yang pernah dtg jugak selamat datang diucapkan. Tq la sebab sudi singgah di blog aku yang serba sederhana ini. Huhu.
Ok, sebenarnya kali ni nak cakap pasal isu "LARI DARI RUMAH"
Ish, nak lari pegi mana tu? Kang kena langgar kete api kan aa. |
Perasan tak, mostly mereka2 yang lari dari rumah ni sebab ikut pakwe. Haaa..ikut pakwe. Kalo ikut suami berhijrah sebab keje takpe gak. Ni pakwe dowh. Cettt, nak gelak eden dibuatnyo. Ape yang ada pada pakwe tu sampai nak lari dari rumah ikut depa balik umah depa? Tu pun kalo depa ada umah. Syok la gak kalo banglo 18 tingkat. Huhu.Tapi, ingatlah, lelaki bukan segalanya untuk kita. Dorang tu..hurmm..xde pape lah yg bestnya kat dorang Huhu. Kesian kat parents, wat laporan polis cakap anak kena culik la, hilang la and lari from home la. Macam2. Sayangnya dorang kat anak2. Kalo ibu kat umah tu, tak jamah nasi jawabnya duk fikirkan keadaan anak tercinta. Orang lain makan nasi, ibu duk nangis depan muka pintu mengharapkan anaknya balik. Kesiann..Ish, bertakung air mata lak cakap pasal ni.
Sedihkan tgk mak dia nangis. Risau yg amat kt anak dia. tapi rupa-rupanya duk ngn pakwe dia. Hurm hrp dia sedar silapnya tuh. Kesian mak dia |
Tapi, bila dah jumpa si anak tu, si ibu tanya nape tak nak balik umah? Nape lari dari ibu? Senang hati je dia jawab dia ikut pakwe dia. Duhhh. Kalo aku yang jadi ibu dia masa tu, sure aku takleh tahan sedih. Terjelopok aku atas lantai kangg. Ada jugak yang cakap lari dari rumah sebab tertekan dengan keluarga yang seolah2 mengongkong hidup dorang. Deiii, aku paham perasaan korang semua wahai remaja2 tertekan. Dulu aku pun selalu tertekan dengan leteran parents and kongkongan. Tapi cuba la hangpa semua pk kejap, sebab apa dorang buat hang lagu tu. Sebab apa? Haaaaa, sebab sayangkan korang la. Dorang tak nak korang terus lalai dan tak mahu apa2 yang buruk berlaku kat korang.
Mungkin sekarang korang tak sedar dan asyik pk kena kongkong je. Tak bebaslah and so on la. Macam2 alasan la yang kuar dari mulut korang. Korang akan mengerti semua ni nanti. Jadi, kalo nak lari dari rumah tu, pk la dulu. Fikirrrrrr..macam Jimmy Nuetron tu. Kalo korang nak blah dari rumah sebab nak ikut pakwe, sebab sayang sangat kat pakwe tu, korang pk la, apa yang pakwe korang boleh buat untuk korang? Pk, kalo korang sanggup lari dari rumah ikut pakwe dan derhaka pada parents, korang pun kenalah sanggup ikut pakwe korang terjun lam neraka gak nanti.
Mak bapak sanggup wat ape saje utk anak2 mereka. |
Kalo nak lari dari rumah sebab tertekan dengan family, sebab malas nk tlg mak kat dapur, sebab malas nak jaga adik, sebab nak kebebasan. Fikirlah bila ko takder sape nak tlg mak ko. Bayangkan mak ko sorang2 wat keje kat dapur pastu ttbe diserang sakit and meninggal. Ape korang nak buat? Nak mintak maaf da tak sempat da. Almaklum laaa..da lari dari rumah awal2 lagi kan? So, fikirlah kesan jangka panjang. Jangan pentingkan diri sendiri. Fikir2 kan lah ek.
Aku harap sangat individu2 yang nak lari dari rumah atau telah lari dari rumah
baca entri aku ni. Aku nak sangat dorang sedar, perbuatan dorang tu salah.
Aku nak dorang pk masak2 dulu sebelum bertindak.
Kalo nak lari dari rumah sebab rumah terbakar takper. Yang tu aku galakkan.
Yang selain dari tu, aku mintak JANGAN cuba wat camtu.
Ok, maaf entri panjang. Selebihnya, Wallahua'lam.
P/S: Tenkiu kepada sape2 yang sudi luangkan masa baca entri aku. Jgn lpe tinggalkan jejak utk aku jejak korang balik. Haa, kalo ada pape nak komen, silakan. Tenkiu sangat2.
Salam akak ! Sya nk tnya dkat uia ad x kos nuclear engineering
ReplyDelete