Assalamualaikum semua..
Hai, ape khabar semua. Kali ni aku nak cakap pasal riak. Tahu riak? Arrogant? Pride?
Hehe. Saje je testing BI kejap. Aku tahu, most of us dah tahu sangat la kan pasal ni.
Riak atau sifat nak menunjuk2 ni adalah sifat yang amat ditegah dalam Islam. Sifat riak ini merupakan lawan kepada ikhlas. Pernah tak rasa kalo kita dapat tinggi lam exam ke, or buat benda baik ke, ada terlintas di hati di hati saat tu yang kita ni hebat sangat dan orang sure akan pandang tinggi kat kita. Fuh, aku pun pernah. Tipu la kalo aku cakap aku tak pernah. Rasulullah SAW pun risaukan tentang perkara2 riak ni. Seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah ni
“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).
Kadang-kadang kita nak buat sesuatu perkara tu pun macam terbantut. Nak kutip sampah..takut nanti tetiba rasa riak pulak. Kalo dapat tinggi lam exam, orang selalu puji. Sampaikan kembang lobang idung sebab kena puji. Nak2 pulak puji depan orang ramai. Fuhhh, lagi kombang lobang idung. Contoh riak yang lain sama gak bila buat baik tu, mulalah berkata "aku bukan nak riak" agar orang anggap yg kita ni memang betul2 baik. Hurm, serius bahaya riak ni. He2. Tanda-tanda riak ini jugak ada disebut oleh Ali bin Abi Talib:
"Tanda riak itu ada 3 perkara: Malas beramal jika sendirian, rajin beramal jika dalam ramai dan menambah amalan jika dipuji dan menguranginya bila dicela"
Jadi, apa yang perlu dibuat untuk hilangkan rasa riak ni? Ada caranya. Caranya adalah dengan:
- Sentiasalah ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Ikhlaslah kerana Allah
- Kalau perlu, tak payah la bagitahu orang mengenai apa yang kita kecapi. Kenapa? Sebab ini bukan saja boleh elakkan diri kita dari riak, malah, dapat elakkan timbulnya rasa dengki dalam diri orang yang dengar akan kejayaan kita tu.
- Sentiasa berdoa pada Allah agar diri dijauhkan dari sifat2 riak dan ingatlah akan azab Allah yang pedih
- Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)
Sama-samalah kita ingat, bahawa Allah mengetahui apa yang terlintas di hati kita tu.
"Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29)
Jadi, menyedari perkara ini, sama2 lah kita doakan agar kita tak layan sangat perasaan riak or bangga dalam diri kita ni. Sebaliknya jadilah seorang yang tawadhuk dan sentiasa ikhlas kerana Allah. InsyaAllah kita boleh!!! Sekian..Wassalam
P/S: Mungkin ada sahabat kita di luar sana yang mungkin menghadapi masalah nak elak dari riak ni, jadi sama2 lah kita sebarkan apa yang kita dapat pada hari ini pada mereka semua. Semoga ilmu kita peroleh diberkati Allah SWT. InsyaAllah.
Ilmu ini aku peroleh dari sumber2 berikut: segalaceritera.com
Follow @NaniNeijie