Tuesday, May 8, 2012

Jangan Disebabkan Politik Kamu Berpecah

Assalamualaikum..
Haa, bertemu lagi. Korang semua apa khabar? Sihat? Harap2 sihat la en.

Well, apa yang aku nak citer dalam entri kali ni, adalah mengenai sikap orang melayu dalam berpolitik. Sebelum tu aku nak bagitahu la kan, yang aku ni tak menyebelahi sesapa sama ada pihak kerajaan atau pembangkang. Apa yang aku ingin nyatakan dalam entri ni adalah untuk menegur sikap segelintir orang melayu ni. Sekarang ni heboh kat blog2 mengenai Bersih 3.0 la, pastu tetiba pulak kuar kenyataan yang  menyatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tu kafir. MasyaAllah. Hurmm, apa nak jadi la kan.

Haihh..bila bercakap pasal politik, masing-masing ada hujah dan pandangan mereka tersendiri mengenai sesuatu parti tu. Hurm, tapi, orang melayu sekarang ni, bila berdebat mengenai sesuatu pandangan tu..mulalah nak gaduh. Dengan hasutan pihak medianya lagi. Pastu kata-kata para bloggernya lagi. Haihhh..Seriously, aku sedih dengan situasi ni. Tengok saje la mana-mana blog yang membicarakan pasal politik. Pasti dalam ayat-ayat mereka tu mengandungi kata-kata yang tak sedap di dengar. Menyumpah seranah terhadap seseorang pemimpin, maki hamun, caci mencaci. Hurm, tak perlu lah aku nak bagi contoh kat sini sebab aku tau korang boleh baca sendiri kat mana2 blog yang membicarakan isu-isu politik.

Orang melayu kita ni semakin dipengaruhi oleh propaganda media-media massa. Apa yang mereka dengar dan apa yang mereka nampak itulah yang mereka percaya tanpa dorang selidik dulu betul-betul. Dorang biasanya hanya mendengar pada sebelah pihak saje bukan dua-dua belah pihak. So macam mana nak berlaku adil? Yang tahunya, bila dah dapat tahu pasal sesuatu berita mengenai keburukkan seseorang pemimpin tu, mulalah nak hebohkannya di blog-blog dan mengatakan itu ini pada pemimpin tu. Aku nak tanya sikitlah pada mereka-mereka yang macam ni. Mereka kenal sangat ke dengan Tok Guru Nik Aziz? Mereka kenal rapat ke dengan YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib tu? Mereka hanya dengar mengenai mereka melalui media-media dan mereka hanya mendengar pada sebelah pihak aje.

Well, maaf aku katakan. Aku bukan nak memburukkan orang melayu, tetapi aku nak menegur sikap mereka ini kerana mereka adalah kaum sebangsa dengan aku. Saudara seislam aku. Ingin aku tegur di sini, once bila dengar pasal sesuatu berita tu, jangan cepat-cepat percaya dan mudah naik angin. Atau jika berdepan dengan orang yang taksub politik yang degil sekalipun, bersabarlah dalam berhadapan dengan dorang. Jangan mulakan sesuatu dengan kekasaran. Tu bukan cara yang baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Ingin jugak aku tegaskan di sini, JANGAN terlalu mudah menghina seseorang lebih-lebih lagi dia seorang pemimpin tanpa korang ketahui kebenaran atau kesahihan mengenai sesuatu isu yang korang dapat. Pleaseeee, jadilah umat Islam dan warga Melayu yang bertanggungjawab dan menyayangi saudara seislam mereka. Jauhi sikap suka menghina, mencaci dan memburukkan seseorang. Walaupun media menggembar gemburkan pasal sikap dia, or whatever, janganlah kamu pulak yang sesuka hati menokok tambah cerita tu. Sebab apa yang aku nampak sekarang di blog2 ni, terlalu banyak 'nasi tambahnya'. Nilai seseorang itu dengan mata hati dan iman anda, bukan dengan pandangan amarah dan nafsu serta godaan syaitan yang sentiasa inginkan umat Islam tu berpecah. 

Walaupun orang katakan yang YAB Perdana Menteri kita ni, itulah inilah. Atau media memburukkan Tok Guru dengan pelbagai kata-kata yang tidak elok, jangan kita mudah percaya dan mudah menyebarkannya. Sebaiknya selidik la dulu. Manusia sememangnya tak lepas dari buat salah. Cara yang terbaik adalah mendoakan kebaikkan mereka, bukan dengan mencaci atau menghina mereka. Sebagai contoh, kamu dengar orang mengatakan Tok Guru tu kafir, kamu tanya diri kamu..Pernah ke kamu nampak beliau menyembah patung or something yang lead to syirik? Atau untuk YAB Perdana Menteri, kamu dengar orang cakap beliau zalim, adakah kamu nampak dia membunuh rakyatnya sendiri? Kalo macam yang berlaku kat Syria tu, bolehla dikatakan dia tu pemimpin yang zalim.

Ok, hanya tu je yang aku nak cakap yang aku nak tegur. Harap kita sama-sama renung balik diri kita dan stoplah dari menghina seseorang tu lebih2 lagi dia seorang pemimpin kita. Wallahua'lam. Kalo korang rasa apa yang aku nyatakan ni salah, maafkan aku. Ini adalah pandangan aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. :D Sekian...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...