Tuesday, June 5, 2012

Perlu Atau Tidak, Kahwin Dengan Lelaki Kaya?

Assalamualaikum Warahmatullah..
Jam tepat menunjukkan pukul 12.56 pagi. Tapi tangan ni still laju je nak menaip. Ye la
pasal tak sabar nak share entri baru ni. Hehe. 

Apa-apa pun, aku nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" kat sorang kenalan aku ni.
Dia baru je kahwin (olok-olok) kelmarin dulu. Haha. (ala, cam budak main mak-mak tu la) Kihkih. 
Ye la, orang  kahwin, sure dia rasa nak kahwin gak kan? 
Takpe2..Aku faham orang berjiwa muda ni.Pendek kata, isu kahwin muda ni, isu hangat la.
 Tapi dalam topik kali ni, aku tak nak bincang pasal isu kahwin muda, tapi nak bincang pasal................
"PERLU ATAU TIDAK KAHWIN DENGAN LELAKI KAYA?"
Gambar Hiasan. Gembirakan dia dapat kahwin. Hehe
Haha, amacam? Aku jamin jawapan tu seratus peratus ada dalam fikiran korang ye tidak? Hehe. Aku tahu, aku tahu. Ada dalam kalangan korang, mungkin berpendapat memang amat diperlukanlah kahwin dengan lelaki kaya ni. Pasai apa? Korang nak tahu? Sebabnya............:-
  • Kalo kahwin dengan laki kaya, sure la majlis persandingan tu punyalah grand. Pendek kata, "wedding of the year" He2. (gelak style mami jarum). Well, ni idaman kebanyakkan wanita la. Tak caya? Cubalah tanya. :D
  • Kahwin dengan laki kaya ni perlu sebab bila kita tak ada duit, kita boleh mintak duit dengan suami tu. Alaaa, lagipun tu kan tanggungjawab suami untuk bagi nafkah. He2. 
  • Perlu sebab, kita dapat mintak wang hantaran banyak-banyak. Silap2 hari bulan, dapat kereta Mercedes Benz or BMW sebuah sebagai hadiah hantaran. Fulamaaakkkkkk..!! 
  • Kalau kahwin dengan lelaki kaya, lebih-lebih lagi anak Datuk, sure la kita pun dapat habuannya sekali. Best kot, mana la tahu, dapat pakej honeymoon kat Hawaii, kat L.A ke or mana-manalah. Syokkan?
  • Haha, tapi yang paling penting, kalau kahwin dengan lelaki kaya, at least, kita ada simpanan untuk masa tua-tua besok serta boleh uruskan makan minum keluarga dengan baik. 
Maaflah ye kalau ada pembaca lelaki yang tersinggung dengan tulisan aku ni. Janganlah tak nak jadi kaya pulakkan? He2. Itu hanyalah sekadar gurauan. Sebab utama tu, ada di point terakhir tu. Tapi, aku nak berpesan la dekat korang wahai lelaki-lelaki dari kaum yang 'berada'. Sila berhati-hati dengan perempuan yang 'Pisau Cukur' ni. Cukuran mereka lebih tajam dan berbisa dari cukuran mata Gilette. Hehe. Jangan mudah sangat cair dengan perempuan ni ye.

Okay, mungkin ada sesetengah dalam kalangan sahabat pembaca ni, (perempuan especially) menganggap, tidak perlu sangat pun untuk kahwin dengan lelaki kaya. Well, aku adalah perempuan dari jenis yang macam ni. Kenapa? Kerana:
  • Pada pandangan aku, ianya mungkin tidak penting sangat, kerana mungkin akan timbul masalah perebutan harta dalam kalangan ahli keluarga belah suami.
  • Mungkin mereka akan rasa rendah diri kalau kahwin dengan orang kaya kerana diri mereka, hanyalah sederhana sahaja.
  • Mungkin takut ahli keluarga pihak lelaki meremeh-remehkan mereka kerana tak sama taraf dengan dorang.
  • Mungkin, mereka rasa mereka lebih serasi dengan orang yang biasa-biasa sahaja.
Well, tu hanyalah pandangan aku sahaja. Jangan ambil serius okay? He2. Tapi, apa-apa pun, jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Apa yang Allah tetapkan untuk kita tu, itulah yang terbaik untuk kita. Janganlah mengeluh kalau kita dijodohkan bukan dengan orang kaya. Janganlah pulak mengeluh, kalau kita dijodohkan dengan orang kaya tapi hidup tak tenang. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Okay? He2.

Cuti sekolah ni banyak pulak kan kenduri kahwin. Mau gemuk dibuatnya. Hehe. Bagi yang kahwin dalam cuti ni, aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Warnailah kehidupan berumahtangga tu dengan sebaiknya. Hehe. Okay tu je la yang aku nak postkan pada pagi buta ni. Jangan ambil serius sangat eh atas point-point yang dinyatakan tu. Itu hanyalah gurauan semata-mata.

Eh, sure korang nak tengok gambar kawan aku yang kahwin tu kan. Nah tengoklah. :D
Gambar Hiasan. Hehe.
Haha. Takder pun. Kan dah cakap, dia main mak-mak je. Okay, dah ngantuk dah ni. Tu je la yang mampu disampaikan. Semoga korang gembira. :D Sekian, wassalam. Masa untuk peluk bantal bucuk!!!

1 comment:

  1. Bagi pndgan saya,,, harta tdk lah sepenting kasih syg yg kta miliki.. percya rezki dtg dari Allah,,, msti hidup slpas kawen bhgia sgt2

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...