Tuesday, May 10, 2011

Pengajar dan Pendidik..Lain Ke??

Assalamualaikum..
Haa, ada yang tertanya2 tak, ada beza ke dua perkataan ni?? Aku rasa sama je. Takder beza.
Tapi, bagi aku, ada bezanya. Hik2. Jom kita usha maksud pendidika dan pengajar jap.

Ape2 pun, aku lebih suka buat tafsiran menurut pandangan Islam. He2. Ok2, kita tengok maksud untuk pendidik dulu eh. Pendidik ni boleh diibaratkan seperti murabbi yang mana ianya merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya.

Bagi pengajar pulak..pengajar ni lebih merujuk kepada orang yang mengajar. He2. ye, mengajar je. Tapi ini hanyalah bagi pandangan aku je. Jangan la korang bergaduh dengan cikgu2 sebab nak mempertahankan maksud nih. Hi3.

So, bagi akulah kan, sekarang ni lebih ramai pengajar berbanding pendidik. Naper aku cakap camtu?? Sebab sekarang ni banyak kes yang tak baik melibatkan guru. Tapi aku bukanlah nak kata 100% yg cikgu tu salah, taakkk... Mungkin dorang tak sengaja nak pukul pelajar or something else. Pelajar pulak skang ni ramai yg kurang ajar. Pukul idung cikgu sampai patah. Kalo aku yang jadi Pengajar budak tuh, dah lama aku pukul punggung dia sampai retak. haa, camner dia nak berak??hahaha **oopsie..itu hanyalah gurauan semata2.

Sebelum ni aku ada jugak terdengar desas-desus (kat mana aku tak ingat) yang mengatakan, "cikgu cakap kat pelajar jangan duk rapat2 ngn laki, tapi cikgu sendiri buat camtu ngn cikgu2 laki" or "cikgu cakap kat kitorang jgn pakai ketat2, tapi cikgu sendiri pakai ketat" Hurm..so aku terfikir, susah la kalo macam ni. Sebab sebagai seorang guru, kita kena tunjuk contoh yang baik pada pelajar. Sebab pelajar2 ni still ade yang mentah. Especially untuk budak skul rendah. Ini akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar.

So, jadilah seorang PENDIDIK yang bukan sahaja MENGAJAR para pelajar, tetapi didiklah juga pelajar dari segi rohani dan sahsiah. Barulah dapat menghasilkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai pegangan jati diri yang teguh. Jadi seorang guru ni bukan hanya untuk MENGAJAR tapi juga untuk MENDIDIK dan membentuk akhlak yg baik dalam kalangan pelajar2 nih.

So bagi insan2 yg dah bergelar guru or bakal bergelar guru, ternyata tanggungjawab guru adalah berat namun ganjaran pahalanya besar di sisi Allah. Andalah arkitek kepada anak bangsa. Banggalah menjadi seorang guru atau pendidik. ^^. So, setkan balik niat tu, aku nak jadi pendidik, bukan pengajar. Sekian sje, wassalam.

P/S: Entri ni takder kaitan dengan yg idop or yg mati, tetapi ini hanyalah pandangan aku je. Namun harap2 dapatlah amik sedikit input kat sini.

5 comments:

  1. tp sy rasa entri ini macam kena atas batang hidung saya lah.. hahaha...

    :P

    thx 4 d thought, nani.. :)
    insyaAllah..

    ecece.. mcm la ye ye nak jadi ckgu.. haha.. :D

    ReplyDelete
  2. ala nis..jgn sero..aku tak tujukan ko sapo2..aku lama dah nak post sal ni..tapi ni baru bleh..baru jumpa maklumat sikit2 sal nih..

    ReplyDelete
  3. dop sero lah.. sajo je la nani oi.. hahaha.. :D

    ReplyDelete
  4. ade point di situ:)

    dah mcm ketam suruh anak berjalan pakai heels..eh..hehe

    ReplyDelete
  5. sama tp tak serupa....ye ke...haha

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...