Friday, July 11, 2014

Show No Emotion, Feel No Pain

   

   Kadang-kadang, terfikir jugak alangkah baiknya kalau jadi orang yang tak pedulikan orang sekeliling. Tapi, diri tak mampu nak jadi macam tu. Sebab diri sendiri dah faham sangat perasaan bila tak dipedulikan.  Biasalah, manusia memang suka orang peduli dan ambil berat pasal dia. Lumrah.

    Kadang-kadang, aku tengok macam mana sesetengah orang ni boleh berkata kasar dengan rakan sendiri dan parents sendiri. Woaa… dalam hati tertanya-tanya, dorang tak fikir ke perasaan orang yang dorang buat macam tu? Macam mana kalau dorang diperlakukan macam apa yang dia buat kat orang lain. Haha.. tau pulak nak terasa nanti. How come orang boleh tak fikir perasaan orang lain? Dan how tak malunya dorang sebab nak orang jaga perasaan dia tapi dia tak nak jaga perasaan orang lain. SHAMELESS!


     Kadang-kadang, bila dah bengang sangat, ikutkan hati nak je sembur sesapa tapi tak mampu nak sampai tahap tu lagi. Tak nak jadi orang yang dibenci. Biarlah kadang-kadang kita tahan je telinga ni. Dengar je apa dorang nak cakap. Asalkan kita tak buat macam tu kat orang. Lagi kita buat macam tu kat orang lagi la orang buat macam tu kat kita. Betul tak? Yup, kadang-kadang, bila dah tak tahan sangat, akan keluar jugak kata-kata amarah. Tapi yang tak sukanya bila diri menyesali tindakan macam tu. Pastu mulalah nak rasa bersalah bagai. Hate it!

     Ok, xpe.. biarlah.. untuk nak jadi orang yang takder perasaan tu, memang tak lah. Allah dah create kita semua ada perasaan kan? Cuma cara guna akal tu nak fikir mana baik mana buruk je la. J  


     Biar macam mana orang buat kat kita, jangan kita buat macam tu kat orang walaupun kadang-kadang ada timbul rasa nak membalas.  And sometimes, tak perlu nak caring sangat pun kat orang lain. Cukuplah ada bila mereka mereka memerlukan. Itu lebih baik.


Saturday, June 28, 2014

Oh Feeling Jiwang Pulak

Lama blog ni dibiarkan bersawang. Hampir terlupa aku ada blog. Hehehe. Waktu-waktu nak jiwang ni lah baru terhegeh-hegeh nak update blog kan? Sian kau blog. Ngahaha. Tapi apa boleh buat, sekarang ni macam-macam perasaan yang bercampur. Sedih, rindu, happy, semua ada. Sambil taip entri, sambil dengar lagu jiwang. Memang masyukkk! :) 

Adess, ni dah lari dari tujuan asal tulis entri. Hari ni, tak tahu lah kenapa. Mungkin silap diri sendiri juga. Betullah, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata, hati yang terluka pun takkan sembuh. Ye dak? Lepas apa yang berlaku hari ni, ada jugak timbul rasa macam lagi elok je hidup sendiri-sendiri je. Tapi impossible la kan? :) Hari ni rasa macam lost something yang sangat precious dalam hidup ni. Moment yang paling aku takut ia berlaku, berlaku jugak hari ni.

Tapi, walau apa pun, aku jugak lah yang bersalah sebab terlalu pentingkan diri sendiri. Well, kita kena belajar terima hakikat setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sakit nak terima, tapi terpaksa dilalui jugak. Bila fikir je pasal ni, konpem mata ni asyik nak banjir je. Haha. Lebih-lebih pulak gua ni. Sebenarnya benda kecik je pun, tapi emosional lebih. -_-.. tak ada sape pun suka sikap macam ni. Sikap macam ni akan buatkan orang lagi menyampah adalah. Betul kan? Tapi jujurnya, akan ada waktunya kita tewas dengan perasaan sendiri. 

                                         
Hahaha.. rasa macam complicated je nak menulis pun. Hurmm.. biarlah yang selebihnya tu pendam dalam hati je. Maafkan aku kalau ada yang termuntah baca ni. Aku bukanlah orang yang pandai nak sorok-sorok perasaan ni. Cukuplah aku jadi pemendam masa zaman sekolah. Lepas apa yang berlaku, aku memang dah takleh nak pendam. Huhu. Apa yang berlaku? Yang tu biarlah rahsia. For sure, ianya somehting yang aku takkan lupa sampai ke mati. 


Jam dah pukul 2.05 minit pagi. Kena tido dah ni. Esok kena bangun sahur. Harapnya bangun la.  Sekian..

Tuesday, August 6, 2013

Rindu Raya Dulu-Dulu

Hai, assalamualaikum semua. ^_^. 

Sedihnya, Ramadhan tahun ini (2013) bakal melabuhkan tirai. Rasa cepat gila masa berlalu. Paling sedih, aku rasa aku tak manfaatkan sangat Ramadhan tahun ni. Owh, ruginya!!! Rugi! Semoga aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amin. Esok (7.8.2013 hari khamis) hari last ramadhan untuk tahun ni, and lusa para umat Islam akan menyambut Aidilfitri. 


Bila duk pikir pasal bab raya ni, teringat memori daun pisang sambut raya masa zaman sekolah dulu. Owh rindunya. T_T. Kenapa rindu? Sebab masa tu, memang terasa giler nak beraya. Mana taknya, beberapa hari sebelum balik cuti raya, aku and kawan-kawan yang lain duk bertukar kad raya. Ada yang pesan jangan baca lagi sebelum malam raya and ada yang bagi baca terus. Hehe. Best sangat tukar-tukar kad raya. Rindu saat itu! Sekarang ni masih ada lagi ke tradisi macam tu? Nope! Takdak. Kalau bagi pun, ada ke yang akan treasure kad raya tu? Aku masih lagi simpan semua kad-kad raya yang kawan-kawan aku bagi dulu tak kiralah aku rapat atau tak dengan dorang. Bagi aku, memori seperti itu amatlah berharga dan harus diingat sampai bila-bila. ^_^. Rasa sweet sangat masa tu. I miss those moments.
Raya dulu-dulu, Kad raya
Lagi satu, bila sampai malam raya jer, sure aku and family akan main mercun. Best giler lawan mercun dengan jiran. Kitorang pasang mercun yang ala-ala mercun yang main kat stadium tu. Yang bunga api tu. Haha. taw tak? Rasa happy sangat masa tu dapat tengok mercun and main bunga api. Bila cakap pasal mercun, teringat pula memori masa kecik-kecik dulu, aku suka tembak ayam dengan mercun aku. Suka tengok ayam melatah. Haha. Kelakar!

Tapi, sekarang ni semua dah besar. Susah dah nak rasai semua tu lagi. Aku rindu nak tukar-tukar kad raya and main mercun. Aku rindu jugak suasana kemas rumah beramai-ramai dengan family. Happy giler! Sampai kalau boleh malam tu tak nak tido sebab happy sangat esok nak raya. Duk terbayang dah pasal berapa banyak duit aku akan dapat. Haha. Mata duitan betul! Tu dulu, tapi sekarang aku dah matured dah. Dah masuk U dah. Duit raya pun belum tentu dapat. Hehe. Sedih! Jeles tengok adik aku dapat duit raya. Aku pun nak jugak. Ngada-ngada kan? haha.

Tapi tu la, semua tu dah tinggal kenangan dan kenangan itu sangatlah indah. Memori raya yang lepas akan aku simpan sampai bila-bila. Aku masih ingat lagi perasaan aku masa waktu tu. Gembira tak terkata. Hehe. Ok lah, tu je nak kongsi pasal kenangan raya aku dulu-dulu yang aku treasure sangat-sangat. Korang pun sure ada memori raya masing-masing kan? Share la, nak tahu jugak. Hehe. 

Ok lah, mata dah ngantok, esok kena bangun sahur lagi. Moga Allah panjangkan umur ini untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amin. So, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jaga makan sikit taw! 

Selamat hari raya ye buat korang semua yang sudi baca blog ini. ^_^. Trimas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...