Friday, May 20, 2011

UIA menantiku..

Align CenterAssalamualaikum..
1st of all, nak mintak maaf sebab tak sempat nak reply komen2 kat entri lepas.
biasa la, bz plus otak bercelaru duk pk pasal nak sambung belajar kat mana ni..
So, selepas pelbagai tawaran yg aku tima, and aku tak berjaya ke IPG, so, UIA la pilihan aku.
Nak tak nak, kena pegi jugak.

Mesti Korang tertanya2 naper aku ni nampak macam tak nak pegi je UIA.
Hurmm..nak tau?? sebabnya aku takut nak berdepan dengan test2 dia.
Test??! Yup! masa TAWE kitorang akan duduki test BI, arab dan tilawah al-Quran.
InsyaAllah untuk bahasa Arab tu aku boleh buat, tapi yg paling aku takut adalah BI.
Herm, kalo korang nak tahu, aku memang tak pandai BI. Speaking Bi pun broken. Siap kena gelak.
Well, test2 ni akan menentukan tempoh pengajian kitorang kat sana.
If aku lulus dan exmpted, insyaAllah aku akan belajar untuk temph setahun.
Well, kalo tak lulus ngn baik, duduk la aku kat sana selama 1 tahun setengah atau 2 tahun.
Doii..lamanya. Well, sebab tu la aku takut sangat nak ke UIA.
Rasa macam tak nak belajar pun ada gak. Hi2.

Aku dapat kos engineering dan sains komputer. Dan pada hari jumaat depan, aku akan bertolak ke Pusat Asasi UIA di PJ. Hurm, semakin dekat hari nak pegi ni..semakin berat pulak ati ni.
So, cabaran pertama aku berada kat sana adalah aku kena bercakap dalam bahasa luar or KL la.
susah sikit la bagi aku orang kelantan ni. Hu2. tapi nak suruh aku cakap industan, aku ok je.^^
Then, kena make new friends. Hurm, aku ni pendiam, tak banyak cakap. So, susah la sikit kot nak dapat kawan. Muahahahaha. (perasan)

Then.. Yang paling menakutkan aku adalah, kos engineering ni adalah kos yg susah dan melibatkan pembelajaran add math, fizik dan komputer. Adoiii..subjek yg selalu dapat GAGAL masa sekolah dulu2. Hek2. Hebatkan aku? So, aku low confident sikit la untuk amik kos ni. Plus ramai yang cakap, peluang keje untuk pompuan ni tak ramai untuk kos ni. So, aku berfikir2 untuk tukar kos la. Tapi belum decide nak amik kos ape. Hurmm. Susah2.
Rasa macam nak nangis je bila pikir pasal ni.
Keyakinan aku hilang disebabkan terlalu takut untuk amik kos yg susah ni dan BI aku kena strong kalo duk kat UIA. Adoiii..satu perkara yg amat memeritkan pemikiran aku.
so, hurmm..I need time to prepare myself. Aku ada masa 5 ari je sebelum aku bertolak pegi sana.

Yang menyedihkan aku jugak, aku tak berpeluang nak berjumpa ngn kawan baik aku sebelum aku pergi ni. Biasa la..kawan baik..Hu2. Well, aku harap dia pun dah prepare diri dia untuk ke USIM untuk sambung belajar dalam kos Syariah. ^^. Semoga dia menjadi insan yg berjaya. InsyaAllah. Ok la.. aku nak rest2 kan minda aku..
doakan kejayaan aku kat sana yer. ^^..insyaALLAH.
ok Wassalam..

8 comments:

  1. Tahniah habibti! (=

    selamat melangkah ke alam U! Pesanan akak,jaga diri leklok. Kemana saja pergi ingat yg Allah sentiasa pandang, sentiasa ada ngan kita.

    moga Inani success k (=

    ReplyDelete
  2. Izzati hasyim: thanks akak..^^ insyaAllah..sy akan jaga diri baik2..doakan saya yerk..dan kepada akak..semoga sukses selalu..

    ReplyDelete
  3. tahniah!
    samela kite UIA, hihi.
    see you there :D

    ReplyDelete
  4. huhu... terharu. sepatutnya mu link ko aku kawan baik tu.. haha..

    btw, mcm aku komen kat post atas tu td. jaga diri leklok. aku masih belum sampai 50% preparation.. haha..

    insyaAllah akan diusahakan sedaya upaya dalam masa terdekat nie.. huhu..

    ReplyDelete
  5. dkt jah uia pj ngan U ore..PPUM..de nk mtok tlg pe2 gtaw la ek..gudluck stdy area PJ..

    ReplyDelete
  6. Athirahzaki: sama ke??waaaahhhh!! hu2.cograte to u too..huhuhu..c u there..

    Hansyirah: lupa la nis nok link kan ko mu..huhuhu..nanti aku edit balik..huhuhu..nanti wat yg terbaik ye.

    Puteri pink: kak niiiikkk..!! huhuhudekat eh??hihihi..tapi masalahnya ayoh ore tok tau jalan nok gi PJ..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Goodluck NANI !! I know you can do it :) InsyaAllah ...

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...