Friday, April 20, 2012

Kerana Ini, Islam Dipandang Rendah

Assalamualaikum..

Haa, maaf kali ni, aku tak nak cakap panjang sangat, takut nati korang boring pula kan. He2. Cuma ada benda yang aku nak sampaikan. Setiap kali kalau aku keluar pergi shopping dengan kawan-kawan, bila tiba masuk waktu sembahyang, kitorang biasanya akan sembahyang dulu. Tapi, aku sedih tau, sebab sesetengah shopping complex, tempatnya punyalah besar, tapi tempat solatnya..alahaiii..kecik je. Muat untuk beberapa orang sembahyang. Dan tempat wudhuknya dekat sangat dengan tempat nak solat, sampai membasahkan sejadah. Aku risau, sejadah yang kita guna sebagai lapik dari lantai yang kotor tu bertukar jadi alas kaki orang yang lepas amik wudhuk. Eiuukk..Kotor!

Then, ada la satu hari ni, bila aku baru pulang dari Kelantan nak balik ke kampus UIA PJ, Pak Cik bas ni ada la berhenti dekat satu R&R untuk solat. Bila aku sampai je dekat surau dia tu, masyaAllah...!! Tempat wudhuk perempuan kat luar. Yes! Betul2 terdedah takder langsung penghadang. Kalo orang lelaki jenguk sikit je, dah nampak. Nak tak nak, kena amik wudhuk kat situ jugak. Ye la, nak amik kat tandas, tandas kotor yang teramat. Aku duduk 5 Meter dari tandas dah dapat hidu bau hancing. Puekksss. So, sambung tadi, bila nak solat, ruang solatnya hanyalah juga muat untuk 4 orang, sedangkan manusia yang ada kat situ lebih kurang dalam 3 buah bas. Ramai tak?

Aku tertanya-tanya, mana sensitiviti mengenai aurat? Sebagai orang Islam, kebersihan tempat solat dan kelesaan tempat itu haruslah ditiikberatkan kerana solat merupakan salah satu cara kita berinteraksi dengan Allah. Kalo dah sempit macam tu dengan keadaan orang berebut2 nak solat, aku tak jamin yang semua akan dapat solat dengan khusyuk. Aku malu dan sedih. Sebab, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani dan pernah mengetuai OIC hanyalah mampu menyediakan kemudahan yang sebegitu sahaja. Bukan aku nak kutuk. Tapi itulah hakikat sebenarnya.

Pesan aku kepada saudara2 seislam aku, jagalah kebersihan tempat ibadat. Kebersihan itu separuh daripada  iman. Islam menyuruh kita menjaga kebersihan dan wajiblah kita penuhi syariat tersebut. Aku harap, pihak kerajaan sedar akan hal ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sediakanlah sebuah tempat yang cukup selesa untuk kita umat Islam untuk beribadat agar ibadah yang dilakukan itu dapat diterima Allah. Dan, pesanku kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, jagalah kebersihan dan gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya. Kerana disebabkan kekotoran macam nilah, orang non-muslim pandang rendah pada Islam. Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...