Sunday, October 28, 2012

K-On, Anime Kegemaranku!

Yo, Minna-san..konnichiwaaa.!

Pertamanya, minta maaf la sangat-sangat, sebab dah lama tak update blog (walau xde sape amik peduli). Well, biasalah, kadang-kadang tu aku malas nak update, kadang-kadang tak ada idea. Tapi hari ni, aku nak share dengan korang pasal anime yang menjadi kegilaanku. Tak lain tak bukan... K-ON! "Uish, asal pelik sangat nama anime ni?" Well, K-On merujuk kepada 'Light Music Club' (dalam Bi nya la). So, asal la aku gilakan sangat anime ni? Meh aku cerita sikit kenapa. Bagi orang yang dah tengok anime ni, mungkin faham la sikit asal aku suka anime ni, bagi yang tak pernah tengok, tak apa, aku akan story sikit-sikit pasal anime ni. Teruskan membaca.
Azusa Nakano, Hirasawa Yui, Akiyama Mio,  Tainaka Ritsu , Kotobuki Tsumugi
Houkago Tea Time
Anime K-On ni berkisarkan kehidupan 5 orang pelajar sekolah tinggi yang join kelab muzik. Ahli kelab tersebut terdiri daripada (dari sebelah kiri) Akiyama Mio, Tainaka Ritsu, Kotobuki Tsumugi, Nakano Azusa dan juga Hirasawa Yui. Gambar dorang, korang boleh tengok kat bawah.

Well, cerita ni syok sebab dia kelakar dan banyak berkisarkan pasal friendship. Tu yang aku suka. Watak dalam anime spotim habis termasuk dengan cikgu penasihat dorang Yamanaka Sawako. (Tengok Gambar). Setiap watak ni ada keletah masing-masing. Dan, dorang sangat Kawaaiiiiiiiiiii (kiut). Meh aku cerita sikit pasal watak dalam anime ni secara one-by-one.


Akiyama Mio ni adalah watak yang paling disukai ramai sebabnya dia antara watak yang matang antara kelima-lima orang ni. Tapi, yang kelakarnya, dia ni jenis yang penakut dan langsung tak boleh dengar pasal cerita hantu or something yang menakutkan. Seorang yang pandai dan mengisi masa lapang dengan study. Mio selalu kena usik dengan Ritsu, kawan dia masa dia kecik. Mio ni jenis pemalu. Haha, paling aku takleh lupa, ada satu episod di mana Mio jadi vokalis untuk K-On terjatuh atas pentas dan kainnya terselak. Sejak dari peristiwa tu, dia mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri disebabkan dia sikap dia yang kiut dan pemalu. Mio merupakan pemain Bass untuk kumpulan K-On. Nama bass dia Elizabeth


Tainaka Ritsu pula adalah kawan rapat Mio dari kecik lagi. Cerita K-On ni bermula dengan babak Ritsu yang nak join kelab yang belum ada orang join sebab dia nak jadi Presiden Kelab. Ritsu adalah watak yang sangat sempoi dan kelakar. Aku suka watak dia yang suka usik Mio. Ritsu jenis yang agak Boyish sikit. Selalu kena pukul dengan Mio disebabkan sikap dia dan Yui yang agak childish kadang-kadang. Ritsu pun jenis yang gilakan duit. Hehe. Ritsu berperanan untuk memainkan drum. Sesuai la dengan watak dia yang boyish tu. Pendek kata, dia memang kelakar. 


Kotobuki Tsumugi. Dia ni watak yang kurang sikit menyerlah. Dia juga antara yang matang juga tapi sometime agak childish dan selalu je join Ritsu dan Yui untuk kenakan orang lain. Dia jenis yang bersikap motherly sikit. Dia adalah watak anak orang kaya. Dia selalu menyediakan makanan yang sedap untuk kawan-kawan K-On nya waktu tea time dorang. Haha, sampaikan dia bawak set tea lagi ke bilik kelab dorang. aku suka juga watak Mugi ni sebab dia spotim dan caring. Tanpa watak ni, rasanya macam tak best je. :-). Mugi bermain Keyboard untuk kumpulan k-On.


Nakano Azusa adalah watak yang paling aku suka. Yup, sebabnya dia kiut dan comel. Dia ni ahli baru untuk kelab K-On ni. Selalu kena usik dengan Ritsu dan juga Yui. Cikgu penasihat dorang, Yamanaka Sawako or lebih dikenali sebagai Sawa-Chan selalu jadikan dia sebagai colsplay untuk baju-baju yang dia buat. Haha, tapi Azusa ni jenis yang tegas sikit tapi kelakar. Dia selalu kena peluk dengan Yui. Azusa diberi nama panggilan Azu-nyan oleh Yui selepas dia memakai telinga kucing seperti yang disuruh oleh Sawa-Chan. Haha, serius Azusa comel. Dia jenis yang mementingkan latihan dan dia beperanan memainkan Rythmic Guitar dalam group ni. Aku suka bunyi gitar dia. Gitar dia pun comel. Gitar dia diberi nama Muttan kerana ia adalah jenis gitar Mustang. 


Last but not least, Hirasawa Yui. Yui sukakan something yang kiut, dan suka makan. Dia jenis seorang yang carefree dan selalu careless. Yui ada adik yang bernama Hirasawa Ui. Adik dia lagi matured dari dia. Boleh kata segala keperluan Yui disediakan oleh Ui. Walaupun Yui jenis yang agak careless dan jenis yang kebudak-budakan, tapi bila dia buat persembahan, memang dia bersungguh-sungguh. Dia pun jenis yang agak kiut juga. Tapi aku lagi suka Azusa. Yui bermain sebagai Lead guitar dan juga vokalis utama untuk band Houkago Tea Time. Tapi aku lagi suka suara Mio. hehe.


Well, tu la serba sedikit story aku sal anime K-On ni. Aku suka gila anime ni sampaikan aku search habis pasal depa. Aku search pasal seiyuu (artis suara latar) dorang. Dan ternyata, seiyuu dorang jenis yang kiut-kiut.  Sememangnya ramai yang suka dengan anime K-On ni. Kalau korang search pasal Houkago Tea Time, sure kejap je keluar. Houkago Tea Time ni nama group dorang. Untuk menghargai peminat K-On, pihak produser mengadakan persembahan live dari seiyuu K-On ni. Dan sambutannya memang hangat. Ramai gila yang datang nak tengok persembahan seiyuu HTT ni. Sampaikan Dvd Blu Ray limited Edition pasal live concert dorang berada di carta Ketiga dvd yang paling laku dijual di Jepun. Well, aku pun beli jugak dvd concert dorang, tapi bukan blu ray punya la. Hehe. 

Ni Seiyuu untuk Anime K-On. Dari kiri Ayana Taketatsu (Nakano Azusa), Satomi Satou ( Tainaka Ritsu), Aki Toyosaki ( Hirasawa Yui), Youko Hikasa (Akiyama Mio), Kotobuki Minako (Kotobuki Tsumugi).


Kalau korang ada masa nanti, cubalah usha anime ni ek. Sorilah kalau bagi korang anime ni tak best, tapi bagi aku best sebab ia kelakar, kiut, dan jenis yang slice of life punya anime dan yang paling penting, unsur friendship yang dipaparkan. :) Ok, tu aje untuk aku update hari ni. Kita jumpa nanti ye. bye bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...