Konnichiwa Minna-san.
Terima kasih sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Dalam entri yang panjang tajuknya ni, aku
berniat untuk menyatakan pandangan aku mengenai cara untuk kurus dan aku
juga berminat nak tahu apakah cara yang korang pilih untuk kurus?
Kenapa aku keluarkan tajuk ni? Sebabnya, aku ni ber'body' gempal dan berniat untuk kuruskan badan. Sambil aku nyatakan pendapat aku, aku nak dengar jugak pendapat korang. Well, pertamanya, ada orang cakap, kita nak kurus ni, tak payah amik minuman untuk kurus pun tak apa. Sekadar ikut carta piramid makanan dan juga exercise. Kena banyakkan minum air and so on la. Pendek kata, kena pandai jaga makan. So, pada pandangan aku, yup memang betul dan cara ni mungkin membantu kita untuk kurus di samping membantu menyihatkan badan kita. Dan cara ni menjimatkan wang. Tapi, cara ni agak lambat sikit la untuk kuruskan badan. Tapi, hasilnya agak mantap.
Ada juga yang menyarankan aku untuk ambil minuman kesihatan macam Alpha Lipid Sd2 dan juga Herbalife. Hurm, pada mulanya aku tak nak pun ambil benda-benda alah ni. Aku tak kata benda alah ni tak elok. Tapi aku cuma lebih suka dengan cara yang aku cakap tadi iaitu dengan cara jaga pemakanan dan juga exercise. Tapi, aku ada buat research sikit pasal produk minuman diet ni. Untuk produk ni, aku boleh kata, ianya agak berkesan jugaklah dalam membantu kita mengurangkan berat badan.
Kalau orang cakap, Alpha Lipid SD2 tu mampu menurunkan berat badan dengan pantas tanpa perlu berlapar, bagi aku, semua pun tak perlu berlapar pun sebenarnya. Tapi untuk hasil yang pantas, Alpha Lipid Sd2 memang menjadi dan berkesan. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya ada kawan aku yang dah minum benda alah ni. Dan hasilnya dia kurus dalam masa yang singkat. Dia makan je nasi, makan je lauk semua tu. Tapi dalam kuantiti yang sedikit.
Kalau minum Alpha Lipid SD2 ni, dia cakap kita boleh je nak makan ape jenis lauk, apa jenis makanan asalkan makanan tu kurang gula, kurang karbohidrat dan tinggi protein. Alpha Lipid Sd2 ni berfungsi sebagai pemangkin untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. So, pembakaran lemak berlaku dengan pantas. No doubt la kawan aku cepat je kurus. Dan yang syoknya dia cakap kat aku, lepas kurus kalo tak nak minum Alpha Lipid pun tak apa sebab berat badan turun secara semula jadi katanya. Hurm, agak menarik. Nak cuba ke tak nak ah? Apa pendapat korang?
Produk Herbalife. |
Dan untuk produk Herbalife pula, yang ni family aku dan roomate aku yang cadangkan supaya aku minum. Hehe, tapi aku refuse sebab masa tu, still aku berpegang kepada prinsip pertama tadi. Walau apa pun, Herbalife memang terbukti berkesan juga. Sebabnya mak aku, adik aku dan juga aunty dan pakcik aku, dorang kurus dengan sihat dengan pengambilan Herbalife ni. Agak takjub juga aku dibuatnya. Sebabnya, Herbalife bukan produk untuk kuruskan badan tak sama macam Alpha Lipid tadi. Herbalife adalah produk kesihatan. Tak tahulah korang percaya ke tak, tapi roomate aku, kesan parut kat tangan dia semakin menghilang lepas minum Herbalife. Meaning, Herbalife juga boleh bagi kesan positif yang lain untuk kesihatan diri selain menurunkan berat badan.
Kadar metabolisme mak aku dan adik aku pun meningkat dengan Herbalife. No wonder la depa turun 5 Kg. **Jeles seyh**. Herbalife juga boleh membantu meningkatkan kesihatan untuk sesiapa yang ada masalah kesihatan. Well, bila aku tanya kawan-kawan aku yang lain, yang familynya guna benda ni, dorang semua bagi respon positif. Jangan terkejut kalau aku katakan yang doktor pun lebih prefer Herbalife sebagai supplement.
Haih, lepas tengok semua ni, aku jadi semangat nak kurus. Bagi aku, maybe kita boleh je ambil minuman kesihatan ni kalau kita mampu. Tak salah. Kita juga boleh je usaha sendiri dengan jaga pemakanan dan selalu exercise. Kalau amik produk-produk yang kat atas pun, kita kena exercise dan jaga makan juga. Tapi mungkin dengan pengambilan produk ni ada membekalkan nutrisi yang diperlukan dalam badan masa proses diet kita. Hurmmm, aku pun buntu. Tapi, maybe aku akan cuba untuk minum Herbalife kot. Sebab mak aku nak belikan. So, nak tak nak, kena cubalah. So, nantikanlah entri aku mengenai perubahan berat badan aku.
Then, InsyaAllah aku akan share dengan korang nanti. Tapi takes time la. Heheh. :)
So, selepas baca entri aku ni, aku nak tahu jugak, apa pandangan korang pasal cara nak kurus ni. Bagi korang, perlu ke kita amik produk minuman kesihatan ni? Cer habaq sikit. :) Bagi yang boleh share tips tu, aku sangatlah berterima kasih. Well, aku nak share slogan aku. "Kurus pun kurus juga, tapi biarlah dalam keadaan sihat dan meyakinkan". Sebabnya, tak naklah ada penyakit Bulimia or Aneroxia Nervosa tuuuuuu yang penyakitnya taksub nak kurus sampai kesihatan terbengkalai. Ye dak? Heheh. Oklah, Adios....
Follow @NaniNeijie