Sunday, September 19, 2010

ARTIS DIAGUNGKAN..AGAMA DIKETEPIKAN

Sekarang ni...tanpa kita sedari yang kita lebih mengagung-agungkan artis dan hiburan daripada agama..mengapa terjadinya perkara yang seperti ini? Boleh dikatakan..jika tiada hiburan maka hidup ini tidak bermakna...benarkah????kadang-kadang saya terfikir...bilakah semua orang akan menyedari bahawa dunia ini kian menghampiri kemusnahan iaitu hari kiamat..apabila artis yang tersohor keluar di kaca TV, ada penonton yang berteriak menyebut nama artis yang dipujanya..ada juga yang tidak mematikan atau memperlahankan radio ketika azan berkumandang..Tetapi ini tidak bermakna bahaw Islam terus-terusan melarang umatnya untuk berhibur..tetapi biarlah berpada-pada...jangan lebih-lebih...pada suatu ketika..Nabi Muhammad S.A.W mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. Ini seperti hadis al-Bukhari. Kata Aisyah r.a: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. berada di pintu bilikku, ketika itu orang-

orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat melihat kepada permainan mereka. Kemudian baginda bangun keranaku sehingga aku beredar (bosan). Kamu andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan.”

Hadis-hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati hiburan dengan batasan yang ditetapkan. Ini kerana hidup yang diciptakan Allah akan menempuh berbagai-bagai situasi dan keadaan. Kadangkala ia memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu melegakan ketegangan urusan hidup. Juga hiburan membantu memeriahkan acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti perkahwinan atau Hari Raya.


Tetapi..ada sesetengah yang berpendapat bahawa hiburan adalah suatu kemestian...itu adalah sama sekali tidak benar...hiburan adalah keizinan yang diberikan oleh Islam tetapi hendaklah tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan...sekarang ini banyak konsert-konsert yang diadakan..tetapi malangnya, tempat duduk perempuan dan lelaki tidak diasingkan...hal ini demikian menunjukkan bahawa pihak penerbit ataupun penganjur sudah tiadak menitik beratkan agama...perempuan dan lelaki yang bukan mahram tidak boleh bercampur apatah lagi bersentuhan dalam keadaan suasana yang bersesak-sesak ketika melihat konsert yang diadakan..kerajaan sepatutnya memainkan peranan dalam menetapkan peraturan yang berlandaskan Islam bukan kerana nafsu dan ketamakan terhadap wang semata-mata...saya menyeru kepada semua yang membaca blog saya ini agar kita sama-sama sedar yang kita sudah terlalu berlebih-lebih dalam berhibur..sedarlah wahai saudara-saudara seagamaku...

Tambahan lagi..artis-artis sekarang ini kebanyakan memakai pakaian yang tidak sopan dan tidak menutup aurat...artis wanita terutamanya..mereka memakai pakaian yang mendedahkan aurat mereka sehingga menampakkan %$#@&*$$%&^ mereka..malah ada yang meniru pakaian artis barat kononnya mengikut arus kemodenan..habis..Syariat Islam ini apa?????adakah ianya tidak penting lagi untuk diikuti???paling sedih sekali ialah..ada yang beranggapan agama Islam menyebabka umatnya menjadi mundur...IANYA TIDAK BENAR SAMA SEKALI!!!!NAUZUBILLAH...............

Saya ingin memohon kemafaan andainya ada yang terluka apabila membaca post saya ini...saya bukanlah seorang yang antiartis tapi saya hanya ingin menyatakan kesedihan saya terhadap dunia hiburan sekarang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...