ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH....
Follow @NaniNeijie
Jadi berdasarkan tajuk entri di atas, saya nak cerita sikit la pasal Al-masihi Dajjal yang kita semua ketahui akan muncul saat-saat akan berlakunya kiamat kelak. Ada banyak tanggapan yang mengatakan Dajjal ni binatang yang besar yang bermata satu la, ada yang kata dajjal ni manusia la, ada jugak yang anggap dia tu hantu. Yang sebenarnya Dajjal seorang manusia yang diberikan kuasa oleh Allah S.W.T untuk menguji keimanan manusia saat2 akan berlakunya kiamat kelak. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa la si Dajjal ni ada gelaran "Al-masihi"? sebenarnya gelaran itu diberikan kepadanya kerana matanya yang buta sebelah dan mampu menghidupkan orang yang telah mati. Dan kalau kawan2 semua nak tahu, dekat dahi dia tu akan tertulis perkataan "Kaf-Fa-Ra" yang bermaksud kafir. Tulisan itu hanyalah boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dorang tu pandai membaca ataupun tidak. Bertuah kita orang Islam kan???
Dajjal ini mempunyai banyak keistimewaan yang boleh menggoyahkan iman manusia. Antara keistimewaan Dajjal adalah :-
Jadi, kita seharusnya sedar bahawa kuatkah kita untuk melawan pengaruh Dajjal nanti?? Sememangnya kita ini orang Islam, tapi, kuatkah iman kita?? Adakah kita mempunyai iman yang utuh untuk melawan hasutan Dajjal?? Oleh itu, buanglah rasa untuk berhibur, buanglah rasa takbur dan binalah rasa takut kepada Allah dan kuatkan keimanan kita dengan berzikir, bermunajat, bersolat dan bertaubat kepadaNya...
"Dajjal adalah lelaki yang pendek, berbadan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhanmu, sesungguhnya Tuhanmu tidak rosak matanya". :- Hadis riwayat Imam Ahmad.
"Dajjal adalah seorang lelaki yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu syurga, dan syurganya adalah neraka." Hadis riwayat Huzaifah (sahih Muslim).
Para sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W.."Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada masa itu??"
Jawab Baginda S.A.W.."Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir,tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka". Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Ketahuilah bahawa Dajjal beradadi laut Syam dan laut Yemen (lalu baginda menunjukkan tangannya ke sebelah Timur)". Hadis riwayat Muslim "Dajjal akan muncul dari arah timur bernama Khurasan." Hadis riwayat al-Tarmizi. Daripada Anas bin Malik, Nabi S.A.W bersabda, "Dajjal akan keluar dari Kota Yahudi, Khurasan bersama 70000 Yahudi dari Isfahan." Riwayat Imam Ahmad.
Dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqdis dan dibunuh oleh Nabi Isa a.s seperti yang disebut dalam sahih Muslim, "Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang Imam Mahdi, mereka berdepan dengan Dajjal dan tenteranya. Bila Dajjal melihat Nabi Isa, dajjal akan mula cair. Akan tetapi nabi Isa a.s akan dapat membunuhnyadengan menikamnya."
Untuk mengelakkan fitnah dajjal, Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan tips kepada umatnya, iaitu dengan menghafal 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Dan kita diarahkan baca doa ini sebelum salam setiap kali solat. "Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-Dajjal.
Sekian..Wassalam..........

- Ada bersama Dajjal Syurga dan neraka. Tetapi sebenarnya, syurga Dajjal itu adalah neraka dan neraka Dajjal itu adalah syurga yang sebenar-benarnya. Jadi bergantung atas keimanan seseorang untuk memilih sama ada syurga atau neraka. Jadi sebab itulah kita kena tingkatkan keimanan dan berusaha melawan Dajjal. kerana pada akhir zaman nanti akan tiada makanan dan minuman dan Dajjal akan datang menawarkan semua itu kepada kita. Andainya kita menerima tawarannya, jawabnya, nerakalah tempat kita. Jadi, apakah makanan orang yang beriman pada masa itu??? Jawapannya, makanan dan minuman orang yang beriman adalah dengan berzikir dan bermunajat pada Allah. Subhanallah......Maha suci Allah..
- Dajjal akan ke tempat yang megalami kemarau, kebuluran dan hasil dagangan yang tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan dan menjadikan kawasan itu subur sekiranya penduduk di situ mengaku beriman kepadanya. Wahh...betapa hebatnya dugaan kepada kita yer...
- Dajjal boleh menjelajahi seluruh dunia dalam masa 40 hari jer..cam superman gitu lorh..Dia mempunyai kuasa yang luar biasa. Telah diriwayatkan oleh Baginda S.A.W bahawa kepantasannya adalah seperti hujan atau awan yang dipukul angin kencang. Wah..laju tu. Tetapi sahabat2 sekalian, hanya ada 2 temmpat sahaja yang tidak boleh dimasukki pleh Dajjal iaitu Makkah dan Madinah yang mana tempat itu akan menjadi tempat perlindungan orang-orang yang beriman.
Jadi, kita seharusnya sedar bahawa kuatkah kita untuk melawan pengaruh Dajjal nanti?? Sememangnya kita ini orang Islam, tapi, kuatkah iman kita?? Adakah kita mempunyai iman yang utuh untuk melawan hasutan Dajjal?? Oleh itu, buanglah rasa untuk berhibur, buanglah rasa takbur dan binalah rasa takut kepada Allah dan kuatkan keimanan kita dengan berzikir, bermunajat, bersolat dan bertaubat kepadaNya...
"Dajjal adalah lelaki yang pendek, berbadan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhanmu, sesungguhnya Tuhanmu tidak rosak matanya". :- Hadis riwayat Imam Ahmad.
"Dajjal adalah seorang lelaki yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu syurga, dan syurganya adalah neraka." Hadis riwayat Huzaifah (sahih Muslim).
Para sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W.."Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada masa itu??"
Jawab Baginda S.A.W.."Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir,tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka". Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Ketahuilah bahawa Dajjal beradadi laut Syam dan laut Yemen (lalu baginda menunjukkan tangannya ke sebelah Timur)". Hadis riwayat Muslim "Dajjal akan muncul dari arah timur bernama Khurasan." Hadis riwayat al-Tarmizi. Daripada Anas bin Malik, Nabi S.A.W bersabda, "Dajjal akan keluar dari Kota Yahudi, Khurasan bersama 70000 Yahudi dari Isfahan." Riwayat Imam Ahmad.
Dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqdis dan dibunuh oleh Nabi Isa a.s seperti yang disebut dalam sahih Muslim, "Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang Imam Mahdi, mereka berdepan dengan Dajjal dan tenteranya. Bila Dajjal melihat Nabi Isa, dajjal akan mula cair. Akan tetapi nabi Isa a.s akan dapat membunuhnyadengan menikamnya."
Untuk mengelakkan fitnah dajjal, Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan tips kepada umatnya, iaitu dengan menghafal 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Dan kita diarahkan baca doa ini sebelum salam setiap kali solat. "Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-Dajjal.
Sekian..Wassalam..........
thanks for the info mc nani.. :)
ReplyDeleteaku da update dah pasal maulidur rasul mcm mu suh.. terjah la blog aku ek.. :)
Semoga kita dilindungi dari sebesar-besar fitnah iaitu fitnah Dajjal.
ReplyDeleteTrimas nis..
ReplyDeleteaku puas terjah dah blog mu..
muhahahaha
kepada A3manul..
ReplyDeletesaya dakan juga moga2 kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal