Sunday, February 13, 2011

Lady Gaga-Alejandro!!!!










Assalamualaikum..........
Sudah lama saya tidak mengupdate blog saya yang serba kekurangan ini. Sebenarnya pada kali ini tujuan saya menulis post ini pada kali ini bukanlah bertujuan untuk mempamerkan lirik lagu Alejandro nyanyian Lady Gaga, tetapi saya ingin bercerita serba sedikit mengenai unsur-unsur yang terdapat dalam lau Alejandro dan lagu-lagunya yang lain. Kerana apa?? Kerana lagu-lagu Lady Gaga terutamanya lagu Alejandro banyak memaparkan mengenai unsur-unsur pemujaan.
Dont' bother me, Don't bother me Alejandro Don't call my name,Don't call my name, Fernando, I'm not your babe, I'm not your babe Alejandro....

Ahaaaa..itu dia saya tunjukkan sebahagian daripada lirik lagu Alejandro. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat saya sekalian, Alejandro dan Fernando yang dinyanyikan dalam lagu di atas bukanlah ditujukan kepada manusia. Ianya lebih kepada pemujaan. Bayangkanlah lagu-lagu yang kita nyanyikan ini sebenarnya lagu yang berunsurkan pemujaan dan mengandungi unsur syirik kepada Allah. Inilah yang dikatakan syirik Khafi iaitu syirik yang tersembunyi yang mana ianya boleh merosakkan iman kita.

Jika anda semua perasan, kelibat salib terbalik, lingkaran hitam putih, panahan kilat dan nombor 6 telah biasa dipamerkan dalam klip2 video Lady Gaga. Bagi peminat fanatiknya sudah tentu mengahafal setiap lirik dan gerakkan yang seringkali dilakukan oleh Lady Gaga. Namun sedarkah bahawa imbol2 tersebut mempunyai maksud yang tersirat. Berikut akan saya dedahkan mengenai maksud tersirat di sebalik simbol2 yang sering digunakan oleh Lady Gaga :-
  1. Nombor 6: Kita selalu tengok yang Lady Gaga akan menunjukkan tanda bulat di matanya yang menyerupai seakan-akan teropong dengan menggunak jari-jarinya. Sebenarnya tanda itu memberi maksud kepada simbol 6 yang diambil daripada angka trio 666 yang bermaksud 'NOMBOR KEGANASAN'. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nombor tersebut, klik sini
  2. Panahan Kilat: Seringkali kita tengok Lady Gaga memperagakan baju yang ada lambang kilat ataupun mewarnakannya di bahagian bawah mata kanannya. Simbol kilat tersebut membawa kepada maksud KEMUSNAHAN DAN KEGANASAN Tuhan yang mentadbir alam.
  3. Lingkaran Hitam Putih: Ianya melambangkan matahari dan Tuhannya menurut kepercayaan Kaballah Freemason. Jika anda pernah membaca post saya mengenai freemason, tentunya anda faham apa itu Kaballah.
  4. Mata: Ianya dianggap sebagai mata Tuhan yang mampu melihat sekalian alam menurut kepercayaan Freemason dan Illuminati. Perasana tak? Lady Gaga selalu menonjolkan matanya pada setiap video klipnya.
  5. Salib terbalik: Ianya melambangkan kepada Penyelewengan dan sesuatu yang negatif yakni membawa konsep Satanisme.
  6. Sacred heart: Di bawah ada saya sediakan simbol sacred heart yang membawa maksud pendarahan hati Tuhan sebagai kesejahteraan umat manusia. Sacred heart adalah hati yang dipenuhi darah dan dililitkan dengan dawai besi dan paku.
Jadi, kepada sahabat2 yang telah membaca post ini, diharap dapatlah menagmbil iktibar dari apa yang telah saya katakan tadi. Sebarkanlah ia kepada rakan2 anda agar masing2 dapat menjaga iman daripada gejala mensyirikkan Allah. Sesungguhnya mensyirikkan Allah itu adalah dosa yang besar. Wallahualam...............
Allah berfirman:-
"Di antara manusia ada orang yang mempergunakan bicara kosong untuk menyesatkan (manusia) dan jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh seksa yang menghinakan"...
Surah Luqman 31:6

Ayat ini menerangkan bahawasanya nyanyian juga boleh digunakan sebagai senjata dalam menyesatkan manusia dari Jalan Allah.
Nauzubillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...