Monday, February 21, 2011

Jom belajar dialek "Kelate"

Assalamualaikum..
Pada entri yang kali ni, aku nak sangat share dengan pembaca blog aku ni pasal dialek kelantan.
Hurm..Diharap korang semua berminat. Yelah manalah taw, ada dalam kalangan korang yangkberminat kat orang Kelantan. HOHOHO. Kalau berminat kenalah belajar dialek dia. Barulah berjaya memikat hati si dia. Sebab apa?? Sebab orang Kelantan ni suka sangat kat orang yang boleh bertutur dalam dialek dorang. Huhu. Well sebab aku pun orang Kelantan kan. Of course I know about that. Hahahahaha.. Plus, orang Kelantan ni susah sikit nak bercakap menggunakan dialek orang luar (macam bm betul gitu la). Apa yang istimewanya kita orang Kelantan ni adalah kalau kitorang bercakap, orang luar mesti takkan faham punya. Hahahah. Tapi kalau orang luar bercakap dengan kitorang, kitorang faham je. Power tak?? Huhuhu. Maaf, bukan niat nak meninggi diri. Ok kita teruskan.


Kita mulakan dengan benda asas dulu la. Huhu..
  • Kalau orang luar guna perkataan "aku, kau" untuk membahasakan diri dan orang lain, orang Kelantan guna perkataan "aku, mu"/"demo, kawe"/"ambo,demo. (sebut betul2 kan lain yang jadiknyer)
  • Perkataan "beritahu" akan jadi "royak". "cakap" jadi "kecek". "pukul" akan disebut- "piat", "katok", "Te", "bedal", "baham". "perempuan" jadik "tino" (kasarnya??..huhu..biasa ler tu)
  • Kalau korang nak luahkan perasaan kat awek, korang cakap "aku suka kau" tapi orang Kelantan, dorang cakap "aku nok ko mu".Hahahahah.
  • berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga, manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh (dialek Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksud kenduri. Ada jugak orang luar tertanya-tanya bila ada yang memujinya dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)
Ok kita masuk dalam bahagian yang mungkin korang susah nak faham sikit. Tatabahasa Kelantan ni unik tau. Nak taw uniknya kat mana?? kalau korang tak sabdu kan gaya percakapan korang, makna dia dah jadi lain dah. Aku bagi contoh ek. Baca dan faham betul2.
Contoh:-
'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!). Contoh lain ayat biasa 'Rumput itu dimakan oleh lembu' akan menjadi "rumput makan llembu" ( bolehkah rumput makan lembu???)(sabdu kan perkataan lembu tu)"
Hahaha..bez kan?? keunikan yang lain adalah, dialek Kelantan ni ada menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian.
Contoh:- 'cuba kau rasa gulai ni sedap ke tak?" akan jadi "acu mu TRY TEST gak gulai ni sedap ko dok".
Dialek Kelantan juga ada juga mneggunakan Bahsa arab dalam pertuturan.
Contoh:- "aku nak pergi kenduri dekat rumah Mak Minah" akan jadi "aku nok g BEKWOH di umoh Mok Minoh"

Hahah..ok la..hanya itu aje yang dapat aku kongsikan..
nak taw lebih lanjut??
Kahwin la ngan orang Kelantan.huhuhu
Ok Wassalam..

10 comments:

  1. tang orang kelantan susah nak kecek luar tuu ambo setuju bebeno laa...haha

    mudoh jah bahasa qlate.. ambo stju! hehe^^

    ReplyDelete
  2. Huhuhu..cintailah bahaso kito..huhu

    ReplyDelete
  3. @AiSYah NaQiah
    Betul2..huhu..hidop kelate!!!!
    huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Betul2..hahahah..ore skong.
    Hidup Kelate!!!!
    Gomo kelate gomo!!!

    ReplyDelete
  5. oyeah ! biso biso . kemah keming ! hahahahah

    ReplyDelete
  6. HAHAHA gelak sorang rase, bace entri nih. bg lah lagi vocab lain. hik hik :)

    ReplyDelete
  7. saya orang jb hu3 camane nak dapat jodoh dari klantan he3 jauh tu hu3...reply at my blog

    ReplyDelete
  8. pelawok ... pelawok... pelawok ... pelawok...

    ReplyDelete
  9. Tunang sy org klntn. Die mmg susah nk ckp lua kalau dtg kl. Klau die ckp mmg xfhm. Kene bayak blaja ni.

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...