Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

Rindu Raya Dulu-Dulu

Hai, assalamualaikum semua. ^_^. 

Sedihnya, Ramadhan tahun ini (2013) bakal melabuhkan tirai. Rasa cepat gila masa berlalu. Paling sedih, aku rasa aku tak manfaatkan sangat Ramadhan tahun ni. Owh, ruginya!!! Rugi! Semoga aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amin. Esok (7.8.2013 hari khamis) hari last ramadhan untuk tahun ni, and lusa para umat Islam akan menyambut Aidilfitri. 


Bila duk pikir pasal bab raya ni, teringat memori daun pisang sambut raya masa zaman sekolah dulu. Owh rindunya. T_T. Kenapa rindu? Sebab masa tu, memang terasa giler nak beraya. Mana taknya, beberapa hari sebelum balik cuti raya, aku and kawan-kawan yang lain duk bertukar kad raya. Ada yang pesan jangan baca lagi sebelum malam raya and ada yang bagi baca terus. Hehe. Best sangat tukar-tukar kad raya. Rindu saat itu! Sekarang ni masih ada lagi ke tradisi macam tu? Nope! Takdak. Kalau bagi pun, ada ke yang akan treasure kad raya tu? Aku masih lagi simpan semua kad-kad raya yang kawan-kawan aku bagi dulu tak kiralah aku rapat atau tak dengan dorang. Bagi aku, memori seperti itu amatlah berharga dan harus diingat sampai bila-bila. ^_^. Rasa sweet sangat masa tu. I miss those moments.
Raya dulu-dulu, Kad raya
Lagi satu, bila sampai malam raya jer, sure aku and family akan main mercun. Best giler lawan mercun dengan jiran. Kitorang pasang mercun yang ala-ala mercun yang main kat stadium tu. Yang bunga api tu. Haha. taw tak? Rasa happy sangat masa tu dapat tengok mercun and main bunga api. Bila cakap pasal mercun, teringat pula memori masa kecik-kecik dulu, aku suka tembak ayam dengan mercun aku. Suka tengok ayam melatah. Haha. Kelakar!

Tapi, sekarang ni semua dah besar. Susah dah nak rasai semua tu lagi. Aku rindu nak tukar-tukar kad raya and main mercun. Aku rindu jugak suasana kemas rumah beramai-ramai dengan family. Happy giler! Sampai kalau boleh malam tu tak nak tido sebab happy sangat esok nak raya. Duk terbayang dah pasal berapa banyak duit aku akan dapat. Haha. Mata duitan betul! Tu dulu, tapi sekarang aku dah matured dah. Dah masuk U dah. Duit raya pun belum tentu dapat. Hehe. Sedih! Jeles tengok adik aku dapat duit raya. Aku pun nak jugak. Ngada-ngada kan? haha.

Tapi tu la, semua tu dah tinggal kenangan dan kenangan itu sangatlah indah. Memori raya yang lepas akan aku simpan sampai bila-bila. Aku masih ingat lagi perasaan aku masa waktu tu. Gembira tak terkata. Hehe. Ok lah, tu je nak kongsi pasal kenangan raya aku dulu-dulu yang aku treasure sangat-sangat. Korang pun sure ada memori raya masing-masing kan? Share la, nak tahu jugak. Hehe. 

Ok lah, mata dah ngantok, esok kena bangun sahur lagi. Moga Allah panjangkan umur ini untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amin. So, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jaga makan sikit taw! 

Selamat hari raya ye buat korang semua yang sudi baca blog ini. ^_^. Trimas!

Thursday, June 6, 2013

Pengaruh K-Pop Dalam Masyarakat MELAYU!

Assalamualaikum.

Hoyeeahhh! Sape yang selalu datang jenguk blog aku, akan dapat tengok perubahan pada blog aku. Well, I changed the background and the header. Plus, ubah setting dekat linkwithin. Hehe. Sejak akhir-akhir ni mood nak berblog tu datang balik. Sebelum ni, blog aku ni dah jadi macam melukut di tepi gantang. So, aku nak mintak maaf la kalau-kalau aku tak balas komen-komen korang semua dekat certain entri. Aku cuba balas setakat yang mampu je. Really sorry ok. :) (bajet kau tu femes sangat ke wahai Nani Neije?)

Okey la, tak mau cakap panjang, just nak straight to the point. ^_^. Just nak share pendapat je la berdasarkan isu "Pengaruh K-Pop Dalam Masyarakat Melayu". 

Antara pengaruh  K-Pop dalam masyarakat Melayu adalah :- 
  • Aksi-aksi 'cute' macam gwiyomi. Lepas tersebarnya video gwiyomi tu, terus ramai giler upload yang masing-masing punya aksi gwiyomi. Hurm bukan takat perempuan je, malah lelaki pun ada upload jugak video depa buat gwiyomi. Bagi aku, gwiyomi tu macam gedik aje. Laki yang buat pun nampak macam 'lembut' semacam je. Perempuan pula, hurm, apa aku boleh cakap video tu boleh menggugat iman lelaki la. 
  • Fesyen korea.  Habis style pemakaian korea pun ramai yang tiru. Dengan seluar skinny nya yang ketat, baju pun fesyen korea. Bab seluar skinny yang tu aku tak berapa setuju. Style baju boleh terima lagi. Seluar skinny tu kan ketat and menampakkan bentuk kaki orang yang pakai. Perempuan yang pakai seluar skinny ni memang lelaki boleh tengok la 'bentuk' apa yang ada dari paras pinggang sampai ke buku lali. Hee, yang ni orang panggil balut aurat. Seeloknya kita pilih seluar yang longgar and tak menampakkan bentuk kaki. :)
  • Yang lelaki pulak aku tengok macam apa. Kononnya nak jadi jambu macam artis korea. Tak hensem and tak macho wa cakap sama lu. Bagi aku, kalau korang kekalkan imej lelaki melayu tu, yang tu lebih macho and hensem. Nampak pelik tau tak kalau lelaki melayu nak jadi macam lelaki korea. Pakai seluar singkat, sweater baseball macam tu. Err, selekeh la. If kalau minat nak tiru pun, biarlah nampak kemas and bersih, bukan serabai. Tapi aku prefer dorang kekalkan imej melayu yang macho tu. Tak salah nak tiru. Cuma pastikan kemas la and menutup aurat. Islam kan cintakan kekemasan dan kebersihan. ^_^
Okeh, aku boleh bagi 3 je dulu contoh sebab yang ni antara pengaruh terbesar yang boleh kita tengok sekarang ni. Mana yang baik kita tiru, mana yang tak baik and tak berfaedah, better tinggalkan la. Jangan sampai satu tahap nanti, dorang masuk lubang pun kita pun masuk lubang juga. Benda ni ada dinyatakan dalam hadis Nabi S.A.W. Semoga kita tak termasuk dalam golongan seperti itu. Nauzubillah.

Berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum nak tiru sesuatu sama ada ianya ada bagi manfaat atau tak pada diri kita ni. Bukan aku nak kata semua benda kita tak boleh tiru. Tak semua salah. Cuma yang salahnya kalau benda yang kita tiru itu adalah bertentangan dengan agama dan boleh mengundang fitnah. Aku bukanlah nak cakap diri aku ni perfect, cuma ianya sekadar peringatan sesama kita agar kita tak tergolong dalam golongan yang rugi. Nauzubillah. Semoga entri ni memberi manfaat kepada siapa yang membaca. 

Terima kasih sudi baca. ^_^. May Allah bless u guys. Amin.
P/S : Maaf kalau ada yang kurang senang dengan bahasa yang digunakan. :) 

Tuesday, February 5, 2013

KEHIDUPAN AWALKU DI UIA GOMBAK

Assalamaulaikum dan apa khabar untuk sahabat-sahabat pembaca semua. 
Sorry ler sebab lama tak update, tapi, alhamdulillah, entri aku mengenai 'Syarat-syarat kelayakan UIA' tetap menjadi sumber traffik untuk blog aku ni. Dan ramai yang berminat nak masuk UIA ni.

Well, setelah setahun setengah aku habiskan masa aku belajar di pusat asasi UIA (CFS IIUM) dalam jurusan Engineering, aku telah ditawarkan oleh pihak UIA untuk majoring dalam Engineering Biotechnology and Biochemical. Nak tengok ke rupa offer letter tu camner? Hehe. Cuba jengguk bawah jap. :) 
Haa, macam tu la lebih kurang screen shot aku punya offer letter. Maaflah, buka nak riak, cuma aku berharap, ianya jadi inspirasi untuk orang lain juga. By the way, aku terkejut juga dapat Biotech. Ye lah, aku dengan Bio ni, ibarat musuh tradisi. Bukan apa, aku memang KO dengan BIO dari dulu lagi. Well, Biotech tu adalah 2nd choice aku. 1st choice aku adalah Material Engineering. Namun, Allah dah tetapkan yang aku kena amik Biotech, aku redha. Sebab, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan kemampuan kita. Mungkin yang kita suka itu, kurang baik untuk kita, dan mungkin yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk kita. Berpegang pada prinsip ni, aku yakin, yang Biotechnology adalah kos yang terbaik untuk aku. Terima kasih ya Allah. Syukur Alhamdulillah.
Pemandangan UIA Gombak. Yaaayyy! Dapat masuk Gombak gak. Alhamdulillah syukur.
 Biasalah, bila dah masuk main campus ni, 1st thing yang kita kena lalui adalah minggu taaruf. Ya Allah, minggu ta'aruf paling aku tak suka sekali. BORING GILA beb! Dengan tak dapat nak balik mahallah la. Dengan tak sempat nak mandi la. (Opss, pecah rahsia, jangan bagitau sesapa). Committee ta'aruf agak tegas la. Siap korang nanti sape yang bakal masuk main camp tu. Hahah. Dah la 1st day masuk tu terus kena attend ta'aruf. Kalut gila. Dengan gambar passportnya takder lagi, dengan nak keluar dengan family la lagi. ta'aruf program tu, memang WAJIB untuk budak yang baru masuk. Sape yang skip satu slot, dorang cakap, kita kena RE-TA'ARUF. Mak aih, jenuh kot. Nasib baik tak skip mana2 slot lagi. Dekat seminggu juga la kena bertahan dengan benda alah ni semua. Semua orang muka cam tak mandi je. Haha.

Well, habis cerita pasal ta'aruf, aku nak sambung pula pasal suasana kat UIA ni. Well, UIA Gombak ni LUAS weh. Lencun ketiak tau tak kalau nak pergi ke kelas dari Mahallah tu. Tapi, since aku dapat Mahallah Asma' dan dekat pula dengan Kuliyah Of Engineering tu, agak kurang sikit la lencun nya. HAHAH. Tapi bagi yang amik Law, Econs dan IRK tu, sah lencun ketiak sebab jauh jaraknya dari Mahallah ke kuliyah tu. Penat juga la jalan2 nak pergi kelas. Nak2, dapat pula bilik level 4. Fuhh! 4 tahun aku kat sini, aku rasa, dapat juga la turunkan berat badan. Lepas grad, dah boleh tempah baju kahwin saiz S. Muahaha. Gurau je.
Laluan yang kami biasa gunakan untuk ke Masjid dan juga untuk ke bangunan Kuliyah lain.
Disebabkan UIA ni luas, dan bangunan kuliah pun luas, tipu la kalau aku kata aku tak sesat. Hukhuk. Nak cari satu kelas tu pun dah rasa macam nak nangis. Lagi nak nangis bila taw kelas tu jaauuuuuuuuhhhh sangat. Tapi, alhamdulillah, setakat ni, Allah permudahkan urusan aku dalam nak cari kelas. Sebab apa, setiap kali aku nak cari kelas je, aku jumpa dengan kawan aku yang dah lama kat situ. So, dorang la yang jadi tour guide aku. Hehe. Terima kasih ya Allah. Ni rupa kuliyah engineering untuk blok E0. Satu kuliyah tu banyak blok korang taw tak. So, tak heran la kalau korang sesat. Apa yang penting, jangan malu nak bertanya. Biarlah orang nak cakap korang ni freshie ke apa ke. :) 
Pemandangan blok E0 di Kuliyah Of Engineering. 
Pemandangan di UIA ni, cantik jugak la. Atap biru je semua. Rasa kembang hidung juga sebab dapat masuk Gombak ni. Sebab apa, ye la, UIA kan jenis international sikit. Ramai juga la mat-mat international kat sini. Dapat cuci mata sikit tengok mat2 hensem dari Afghanistan dan Palestin, (terutamanya). Mat2 'manis' pun ramai. Masa jalan tu, hati2 sikit, sebab kadang-kadang tak perasan pun depa ada kat depan. Ekekeke. Gurau.

Cantik tak? heheh.
Ok la, panjang sangat cerita aku ni. Apa aku nak cakap, aku gembira sangat-sangat sebab dapat masuk main campus. Yelah, pointer aku pun nazak yang amat. Aku pun sangat-sangat bersyukur sebab still dapat teruskan pengajian dalam jurusan kejuruteraan ni. Semoga aku dapat belajar dengan baik di sini dan bila dah grad nanti, dapat berbakti pada agama dan negara. InsyaAllah. Amin. 

Pesan aku, bila masuk UIA ni, pandai-pandai la jaga akidah dan akhlak ye. Sebab, dugaan kat sini agak banyak. Kalau boleh, sama-samalah kita tingkat biah kita di UIA ni. Ok, itu sahaja dari aku, nanti, bila ada kesempatan nanti, aku update balik blog aku ni ye. Jangan lupa FOLLOW. Jangan lupa ADD aku di FACEBOOK juga ye. Hehe. Thanks. Sekian Wassalam.

Wednesday, June 6, 2012

Tips Berkesan Untuk Reject Seseorang.

Assalamualaikum..

He2..Bagi yang ada pakwe or makwe tu, yang rasa dah naik muak tengok muka dorang je
hari-hari dan rasa nak reject dorang dari hidup korang selama-lamanya..
Aku ada tips dan teknik yang berkesan untuk korang.
Dengan tips yang aku kongsikan ni, aku super duper yakin, korang akan berjaya reject
orang yang korag tak suka tu. MUAHAHAHAHAH.. ( Big laugh)
Gambar Hiasan Semata-mata
Mungkin, ada dalam kalangan korang ni, ada yang jenis hot stuff, ramai peminat. Tapi korang ni jenis yang baik hati dan tak sanggup lukakan hati sesiapa pun. Jadi korang buntu, camner la nak reject 'beliau2' tu semua supaya tak ganggu korang lagi. Well, don't worry buddy. I'll teach you the MOST effective ways to reject them. But, 1st of all, korang semua kena ikuti syarat-syarat yang aku nyatakan kat bawah ni sebelum korang amalkan tips-tips yang bakal aku bagi. Syarat-syaratnya ialah....:-
  • Korang perlu meng'hipokrit'kan diri kerana terpaksa ikut Tips-tips super karut aku demi untuk reject someone you don't like. Kenapa? Sebab, mungkin ada dalam kalangan korang bukan dari jenis yang sanggup reject seseorang dengan mudah je. Hehe.
  • Korang perlu belajar pekakkan telinga dan butakan mata. Sebab mungkin lepas korang amalkan tips-tips ni, ada dalam kalangan peminat or pasangan korang tu asyik duk membebel or merayu-rayu nak balik semula pada korang. 
Dua je syarat-syaratnya. Mudahkan? Okay, ready dah nak baca tips-tips 'HOT' ni? Ekeke. Rileks...Kembangkan lubang hidung..tarik nafas dalam-dalam. Dalam lagiiiiiii...Hembussss!!! "toiittt" kuar sikit dua tiga 'permata  berair' dari dua 'lobang gua' korang. Haha. Opss sori melalut panjang lak. Okay, tips-tipsnya adalah seperti berikut. (cepat amik pensel catat!!!)
  • Korang bagitahu si dia tu, yang korang ada AIDS. Sure, si dia tu tak berani dekat dengan korang and dah tak ganggu hidup korang sebab takut dijangkiti sekali. Walaupun pada hakikatnya, AIDS yang korang maksudkan ialah "Aku Ingin Dota Selalu"
  • Korang bagitahu si dia, yang korang ni pernah pinjam duit along dulu. Dan sampai sekarang diburu along sebab dah lama tak bayar. Sure si dia tak berani dekat. Kot2 jadi mangsa lak kang. Walaupun 'along' yang korang maksudkan ialah Abang Long or Kak Long korang. Ekeke. 
  • Korang bagitahu si dia, korang ni dah kahwin. Tapi dah bercerai. Korang jadi duda or janda. Anak 15 orang pulak tu kena sara. Sure Si dia tak suka korang, sebab korang ni dah 'second hand.' Walaupun pada hakikatnya, korang maksudkan permainan 'mak-mak' yang korang pernah main dengan sepupu dan adik-beradik korang dulu-dulu. Hehe. 
  • Korang bagitahu si dia, kalau si dia sukakan korang, si dia perlu sediakan 4 biji iPhone, 5 ketul Tablet PC, 3 buah Blackberry dan Top Up RM 100 setiap minggu. Well, selepas ' diuji ' cara ni paling lembut dan ternyata berkesan. Cubalah ye. He2. Sure si dia tu tak tahan and terus blah dari hidup korang. Tapi kalau2 dorang relakan diri untuk semua tu. Then, ambik je dia tu terus jadikan isteri or suami. Hidup sure senang. ( Materialistik nak mampossh)
  • Bagitahu si dia, korang ni pengedar dadah tegar. Dan pernah ambik dadah. Malah korang sentiasa ketagih dengan benda tu. Aku sure yang amat, lepas tu korang kena lempang dan si dia pun terus blah tanpa berucap panjang. Sedangkan korang ni sebenarnya bekerja sebagai ahli farmasi dan mudah kena penyakit. So korang perlu sentiasa dengan ubat. Ye la, antibodi tak kuat. 
  • Korang cakap la, korang ni kerjanya memandu JER. Sila sebut jelas-jelas perkataan JER tu. Sebab mostly, orang akan ingat korang ni pemandu teksi or bas or beca. Duit gaji pun sikit. Jadi disebabkan tak nak hidupnya melarat nanti di hari tua, si dia pun tinggalkan korang tanpa sebarang notis. Sedangkan kerja sebenar korang adalah Pemandu Kapal Terbang. Hehehe. 
  • Korang bagitahu juga, korang ada 13 adik-beradik. Mak bapak dah tak ada. So koranglah kena sara hidup depa tu. Pasti si dia tak nak terlibat dengan hidup susah korang. Walaupun, perkara sebenarnya, korang maksudkan 'depa' tu anak-anak kucing yang korang bela. Please jangan mention 13 'orang' atau 'ekor'. Sebut 13 je. Hehe.
Ok, tu jela serba sedikit tips dari aku. Hebatkan tips yang aku bagi? Hehe. Tapi kalau ada jugak manusia yang gilakan korang tahap teruk dan tips-tips tu langsung tak berkesan kat si dia? Hurmm, better korang bagitau je la perkara sebenar. Bagitahu dengan lemah-lembut taw. Jangan kasar-kasar. Haha, silap2 hari bulan disihirnya korang. Naya. Hehe. 

Hurm..kesimpulannya, ini hanyalah untuk suka-suka aja. Hehe, jangan ikut betul-betul taw. Tapis-tapis la sikit. Pernah baca kan cara Puteri Gunung Ledang reject raja yang nak datang pinang dia tu. Syarat-syarat yang dia bagi tu, mustahil untuk dipenuhi. Padahal, niat sebenar Tuan Puteri nak tolak pinangan tu. :D . Tips-tips ni diadaptasi sikit-sikit dari kisah ini. :D Hehe.

Well, maafkan aku ye. Jangan ada yang marah pulak. Ini sekadar untuk suka-suki je ye. Hu2. Semoga korang terhibur. Kalau korang nak share. Share je la. Butang aku dah sediakan dah. Manalah tahu dapat bantu kawan2 korang yg HOT STUFF tuuu. Hehe. Ok la ek, minta diri dulu ye. Sekian, wassalam. 

(Suka tengok korang gelak sambil baca entri. ... (^___^ ) )



Tuesday, June 5, 2012

Perlu Atau Tidak, Kahwin Dengan Lelaki Kaya?

Assalamualaikum Warahmatullah..
Jam tepat menunjukkan pukul 12.56 pagi. Tapi tangan ni still laju je nak menaip. Ye la
pasal tak sabar nak share entri baru ni. Hehe. 

Apa-apa pun, aku nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" kat sorang kenalan aku ni.
Dia baru je kahwin (olok-olok) kelmarin dulu. Haha. (ala, cam budak main mak-mak tu la) Kihkih. 
Ye la, orang  kahwin, sure dia rasa nak kahwin gak kan? 
Takpe2..Aku faham orang berjiwa muda ni.Pendek kata, isu kahwin muda ni, isu hangat la.
 Tapi dalam topik kali ni, aku tak nak bincang pasal isu kahwin muda, tapi nak bincang pasal................
"PERLU ATAU TIDAK KAHWIN DENGAN LELAKI KAYA?"
Gambar Hiasan. Gembirakan dia dapat kahwin. Hehe
Haha, amacam? Aku jamin jawapan tu seratus peratus ada dalam fikiran korang ye tidak? Hehe. Aku tahu, aku tahu. Ada dalam kalangan korang, mungkin berpendapat memang amat diperlukanlah kahwin dengan lelaki kaya ni. Pasai apa? Korang nak tahu? Sebabnya............:-
  • Kalo kahwin dengan laki kaya, sure la majlis persandingan tu punyalah grand. Pendek kata, "wedding of the year" He2. (gelak style mami jarum). Well, ni idaman kebanyakkan wanita la. Tak caya? Cubalah tanya. :D
  • Kahwin dengan laki kaya ni perlu sebab bila kita tak ada duit, kita boleh mintak duit dengan suami tu. Alaaa, lagipun tu kan tanggungjawab suami untuk bagi nafkah. He2. 
  • Perlu sebab, kita dapat mintak wang hantaran banyak-banyak. Silap2 hari bulan, dapat kereta Mercedes Benz or BMW sebuah sebagai hadiah hantaran. Fulamaaakkkkkk..!! 
  • Kalau kahwin dengan lelaki kaya, lebih-lebih lagi anak Datuk, sure la kita pun dapat habuannya sekali. Best kot, mana la tahu, dapat pakej honeymoon kat Hawaii, kat L.A ke or mana-manalah. Syokkan?
  • Haha, tapi yang paling penting, kalau kahwin dengan lelaki kaya, at least, kita ada simpanan untuk masa tua-tua besok serta boleh uruskan makan minum keluarga dengan baik. 
Maaflah ye kalau ada pembaca lelaki yang tersinggung dengan tulisan aku ni. Janganlah tak nak jadi kaya pulakkan? He2. Itu hanyalah sekadar gurauan. Sebab utama tu, ada di point terakhir tu. Tapi, aku nak berpesan la dekat korang wahai lelaki-lelaki dari kaum yang 'berada'. Sila berhati-hati dengan perempuan yang 'Pisau Cukur' ni. Cukuran mereka lebih tajam dan berbisa dari cukuran mata Gilette. Hehe. Jangan mudah sangat cair dengan perempuan ni ye.

Okay, mungkin ada sesetengah dalam kalangan sahabat pembaca ni, (perempuan especially) menganggap, tidak perlu sangat pun untuk kahwin dengan lelaki kaya. Well, aku adalah perempuan dari jenis yang macam ni. Kenapa? Kerana:
  • Pada pandangan aku, ianya mungkin tidak penting sangat, kerana mungkin akan timbul masalah perebutan harta dalam kalangan ahli keluarga belah suami.
  • Mungkin mereka akan rasa rendah diri kalau kahwin dengan orang kaya kerana diri mereka, hanyalah sederhana sahaja.
  • Mungkin takut ahli keluarga pihak lelaki meremeh-remehkan mereka kerana tak sama taraf dengan dorang.
  • Mungkin, mereka rasa mereka lebih serasi dengan orang yang biasa-biasa sahaja.
Well, tu hanyalah pandangan aku sahaja. Jangan ambil serius okay? He2. Tapi, apa-apa pun, jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Apa yang Allah tetapkan untuk kita tu, itulah yang terbaik untuk kita. Janganlah mengeluh kalau kita dijodohkan bukan dengan orang kaya. Janganlah pulak mengeluh, kalau kita dijodohkan dengan orang kaya tapi hidup tak tenang. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Okay? He2.

Cuti sekolah ni banyak pulak kan kenduri kahwin. Mau gemuk dibuatnya. Hehe. Bagi yang kahwin dalam cuti ni, aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Warnailah kehidupan berumahtangga tu dengan sebaiknya. Hehe. Okay tu je la yang aku nak postkan pada pagi buta ni. Jangan ambil serius sangat eh atas point-point yang dinyatakan tu. Itu hanyalah gurauan semata-mata.

Eh, sure korang nak tengok gambar kawan aku yang kahwin tu kan. Nah tengoklah. :D
Gambar Hiasan. Hehe.
Haha. Takder pun. Kan dah cakap, dia main mak-mak je. Okay, dah ngantuk dah ni. Tu je la yang mampu disampaikan. Semoga korang gembira. :D Sekian, wassalam. Masa untuk peluk bantal bucuk!!!

Tuesday, May 22, 2012

Pandangan Mata Lelaki Terhadap Perempuan.

Assalamualaikum kawan2. Sihat tak?
Ape? Stress? Hehe..Jangan risau. Aku takkan benarkan korang stress bila masuk blog aku ni.
So, becoz of dat jom layan gambar kat bawah ni jap. Hehe

Itulah gambar kucing yg pengsan akibat tercium bau kasut yg amat busuk. Haha. Harap korang
terhibur. Hehe. Dah, jangan stress lagi tau. Okay jom kita ke agenda kita.

Idea untuk tulis entri ni muncul bila aku baca entri di blog Fariz Reza, member Johor aku. Entri dia membicarakan sal "mata lelaki leh scan body pompuan." Wow, lepas aku baca tu, rasa cam geli plak. Tapi tu la hakikat. Kalo korang nak baca gak, klik SINI. Okay, dah baca? Aku sebenarnya nak simpulkan apa yg diperkatakan. Well, kalo korang nak tau, sebelum ni aku ada wat survei kat beberapa orang lelaki yg berlainan sikapnya. Aku ada tanya dorang apa dorang rasa bila tengok pompuan seksi, bila tengok pompuan cantik, bila tengok pompuan body 'solid'. (sori bahasa aku agak ganas). Then ternyata jawapan depa tak menghampakan dan menunjukkan depa memang berjiwa lelaki bila mana depa bagitau iman depa tergugat bila tengok pompuan camni. Fuh, terkezut gak ah. Tapi kita takleh salahkan depa, sebab fitrah lelakinya camtu.
Gambar Hiasan. (TUTUPLAH AURATMU)
Okay, meh aku nak cerita sikit. Lelaki ni, dugaan terbesar depa adalah POMPUAN. Yup. Dorang pantang tengok pompuan seksi, hot n cantik. Iman dorang goyah. Lebih2 lagi yang tak tutup aurat. Macam2 dorang akan fikirkan. Ada yg fikir dorang 'buat ehem2' dengan pompuan tu. Ada yg fikir bentuk body pompuan tu. Macam2 lagi la. Nak tahu lebih lanjut, korang tanya la depa sendiri. HAHA. (GURAU). Hurm, sebab tu lah aku nak pesan sangat2 kat kawan2 pompuan yg baca entri aku ni. Jagalah diri anda dan aurat anda dari pandangan mata lelaki ni. Sebab kita ni dugaan terbesar buat dorang. Takder benda lain dah yg boleh tarik perhatian dorang, selain pompuan. So, kita ni sangat2 bernilai di mata lelaki. Muehehe.

Kalo ada dalam kalangan readers aku ni yang ada pakwe, yang suka pakai ketat2, yang tak pakai tudung, aku nak pesan, jagalah diri and aurat korang. Sebab korang lebih menjadi tumpuan si lelaki untuk scan body korang. Korang pakai ketat2, yg laki boleh survei and scan korang punya lekuk2 body korang.  Korang tak pakai tudung, si lelaki boleh tau stail rambut korang, and boleh nampak kelemumur korang (eiiiiii geliii). Pastu biasanya pompuan ni mukanya seksi sikit lau rambutnya terdedah and tambah2 plak lau rambut dia cantik. Iman lelaki mudah goyah. so, better korang pakai tudung la en. Jangan diuji iman depa tu. At least korang terselamat dari dipanggang api neraka dalam keadaan 180 degree kepala ke bawah kaki ke atas, dan iman lelaki pun terjaga jugak.
So, Penting Untuk Kita Tutup Aurat!
Bagi yang ada pakwe, aku nak pesan gak la, jaga2 la diri dalam perhubungan korang. Korang tak tahu apa yang pakwe korang fikirkan pasal korang. Siyes, bagi korang biasa je, tapi bagi pakwe korang, lain dorang fikirkan. Walopun dorang tu sayang korang tahap dewa, tapi dorang tak lepas dari duk fikir pasal body korang, bentuk body korang. Korang la yang akan lebih difikirkan, sebab korang rapat ngn dorang. Ada tu, aku pernah dengar citer, pakwe dia ni, bila malam2 je, selalu bayangkan dia 'buat ehem2' dengan makwe dia. Hurm..benda macam ni la yang kita tak nak. Tu dah dikatakan zina hati. Benda ni la yang kita nak elak. Korang nak ke pakwe korang fikirkan benda macam tu? Dan korang plak 'pelakon utama' dalam bayangan dorang. So please la wahai wanita, jangan korang buta dan bodoh kerana cinta. Cuba elakkan la en kalo boleh. Please jaga maruah dan diri tu ek. ^^. InsyaAllah korang boleh. Sayang korang.

Hurm, pendek kata, jagalah setiap tutur kata, gerak geri, lengguk2 tubuh bila duk depan laki. Jangan diuji iman depa ye. Kang dorang tergoda dan fikir bukan2, free2 aje kita ni dapat dosa. Nauzubillah. Sama2 kita elakkan ek. Jagalah diri dan maruah walopun laki2 tu adik beradik korang sekalipun, jiwa mereka still lelaki. :D Harap2 entri ni membuka mata kita untuk lebih menjaga diri kita dan maruah diri kita. Islam datang, dengan memartabatkan wanita. Jangan kita rendahkan martabat kita tu dengan menjual maruah diri. Jagalah diri kita sebaiknya. Kerana sesungguhnya sebaik2 hiasan di dunia adalah wanita Solehah. Jom kita ke arah tu. ^^

Okay, tu je la apa aku nak cerita dalam entri kali ni. Maafkan aku sebab bahasa aku gunakan agak 'hot' sikit, tapi harap2 kita sama2 sedar la ek. InsyaAllah. Jaga Iman kita, Jaga juga Iman lelaki. Supaya sama2 tidak tergoda dengan godaan Syaitan laknatullah. Lelaki pun, sila jaga pandangan anda. Sekian, Wallahua'lam. 
Sekali Lagi Gambar Kucing. Comel. Dia Pun Reti Jaga Mata




Wednesday, March 28, 2012

Oh Sahabat..

Assalamualaikum..
Haa, entri kali ni berlabelkan "ukhuwwah fillah". Nape tetiba postkan pasal sahabat pulak?
Sebelum ni bukan ke dah banyak entri pasal sahabat kan?
Yup betul. Memang la, tapi aku saje tulis entri ni sebab aku ttbe rasa rindu dekat aku punya kawan.
Siyes rindu kat dorang.
suwit kan? eheheh.
Tadi masa jalan2 kat halaman umah uncle Google, termasuk lah dalam satu site ni yang mempamerkan banyak hadis mahupun potongan ayat Al-Quran yang relate pada persahabatan ni. Ada beberapa hadis yang membuatkan hati aku tertarik untuk berkongsikannya pada korang. Hadis tersebut lebih kurang macam ni:

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat
akan Allah, mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu agama
melihat gerak-gerinya teringat akan mati" (Hadis riwayat Muslim)

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah
seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh maka akan mengakibatkan seluruh tubuh menjadi 
demam dan tidak bisa tidur" (Hadis riwayat Muslim)

Subhanallah, sampai macam tu sekali digambarkan betapa eratnya persahabatan kerana Allah tu. Utuh dan teguh. Indahnya persahabatan yg macam ni kan? Harap2 kita mampu menjadikan diri kita sahabat yg baik untuk sahabat kita. InsyaAllah. Dalam bersahabat kita kena pandai memilih kawan, seperti mana Allah telah berfirman yang bermaksud "Wahai orang2 yang beriman! Betakwalah dan hendaklah kamu bersama orang2 yang bersifat benar" (Surah At-Taubah,ayat 119). Malah dalam satu kitab al-Hikam juga ada mengatakan "Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat pada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah"

Subhanallah, aku berharap agar aku ni, mampu menjadi sahabat yang baik untuk sahabat2 aku. Nak tahu kenapa? Sebab sahabat adalah insan kedua terpenting dalam hidup aku selain dari Keluarga aku yg tercinta. He2. Pakwe? Ooo, sori, I have no pakwe ler youuu. Kalo ada pun, I akan lebih pentingkan sahabat I laaa. Pakwe I tak penting. Kalo cth aku berpakwe (harap2 tak), kalo dia merajuk and mintak putus sebab aku pentingkan sahabat aku lagi dari dia, ok fine, aku terima dengan GUMBIRA. Den tak kisoh. Huhu. Lainlah kalo suami kan? hehe. Yg tu kena dgr cakap suami. Tapi suami kenalah rasional pasai apa lak tak bagi aku rapat ngn kawan2 aku. Hihi.

Ok lah, no doubt, friends are very important in our life. Kita sayang kawan2 kita kan? So, jom ler kita jadi sahabat yg baik untuk dorang. Opss, jangan lak jadik sahabat bila mana dia epi je baru kita rapat tapi bila dia sedih kita tinggal dia camtu je. Wuuuiishh. JANGAN...Kalo dia wat camtu kat kita, apa kita rasa? So, fikir2 kan dan selamat bersahabat. Wallahua'lam.
P/S: Kepada sahabat2 blogger, jom kita pupuk ukhuwwah yang erat sesama kita. Hehe. Salam ukuwwah buat semua. 
 P/S/S: To my dear best friend. I miss u so much. Semoga kamu baik2 aja. InsyaAllah.


Saturday, May 14, 2011

Nickname and Gelaran..

Assalamualaikum W.B.T to all ensem2 and pretty readers.
hukhukhuk..macam la ramai pembaca blog aku nih..muahaha.
Ok2, kali ni aku nak cakap pasal tajuk kat atas tu. Ngeh2.

1st of all, aku nak tanya korang, korang ada nama gelaran tak? Korang suka tak dengan nama gelaran tu?? Erm, aku rasa some of u suka, some of u tak suka. Hik2. Well, ada orang nama dia Muner Mohammad, tapi orang panggil dia PALO (kepala) sebab dia punya kepala tu besar sikit. Ha3. Ada orang, nama dia Hanis Syahirah tapi orang tak kenal sape Hanis, orang akan kenal Jepuk (cengkodok). Erm, ada jugak yang namanya Aiman Kamal, tapi kawan dia panggil dia Pensel a.k.a Kale in bahasa kelate. Hua2..ada jugak yang lebih kelakar, mana taknya, nama diberi Zubaidah, tapi dipanggil JAMBAN. Haiyyaaa..and macam2 lagi lah nama panggilan. Ha2. Korang pun mesti ada. Hikhik

Tapi, sesetengah orang ada meletakkan nickname untuk diri sendiri untuk kasi best sikit nama tu. Contohnya, nama dia ni Yussida, and nama gelarannya Alexa. Hu2. Fuhh!! Mantop giler nama. Bila digabungkan, jadilah ALEXA YUSSIDA. Bestkan nama tu?? Tapi Yussida still ada maksud kan?? Yang penting nama sebenarnya tetap dikekalkan. Hu2. Tapi yang tak bestnya, nama gelaran atau nama glamour tu ditukar jadi nama yang entah pape la maksud dia. Contohnya, Sabrina biasanya orang panggil Sebby, Fatimah as Fetty, Syafikah as Seppy. Hadoiii..Macam nama mat Saleh la plak. Hu2. Kalo macam ALEXA YUSSIDA tu takper la sebab dia tambah ALEXA je kat depan tu.

Bagi yang boys lak, nama Zaki orang panggil Zack. Hu2. Canggihnya nama dia. Hahaha. Ada jugak la yang change terus nama dia dari nama ala2 Islam, pegi tukar jadi nama ala2 Jepun. Hurmm, maybe sebab minat Jepun kot. Haha. Macam Hanis Syahirah, ditukar jadi Hansyirah Takezur. Ha3.

Cuma ape yang aku nak pesankan kat sini, untuk kita gelarkan seseorang dengan sesuatu nama tu, better gelarkanlah dengan nama yang baik. And kalo boleh biarlah dia suka dengan nama tu and ada maksud yang baik. Bagi yang nak guna nickname or nama glemer plak, better kekalkanlah nama Islam anda tu. Toksah tukar2 la. Ha2. Sebab nama ni adalah doa. So, gunalah dan kekalkan nama anda yang baik tu yer. ^^..sekian wassalam.

Pssst: Jom kita terjah blog PALO. Hu2. Blog dia tu masih panas2 lagi woo. Jom terjah!!

Wednesday, March 9, 2011

Keretaku Kereta Termewah Di Dunia

Assalamualaikum semua....
Dalam entri aku yang terbaru ni, aku nak sangat kongsikan kegembiraan aku dengan korang semua. Aku ingin memberitahu korang yang aku kini telah mempunyai kereta aku sendiri. Well papepun, family aku ni takder la kaya sangat. Biasa2 saja. Cuma mampu beli 2,3 kereta mewah yang aku dapat ni. Kereta aku ni adalah kereta termewah dan tercanggih di dunia. Korang percayalah. Aku bukan nak membangga diri ataupun meninggi diri. Aku hanya nak berkongsi kegembiraan aku dengan korang semua.

Aku gembira sangat sebab aku mempunyai keretaku sendiri. Korang pun mesti ada kereta sendiri juga kan?? Tapi yang paling syok nya, kereta aku ni kereta mesra alam. Kereta aku langsung tidak mencemarkan alam sekitar. Tidak seperti kereta2 korang semua yang mencemarkan alam sekitar dengan mengeluarkan asap. Hampeh!! Kereta aku mempunya 2 ekzos sporty kat belakang. Kalau ekzos kereta korang kat bawah, ekzos kereta aku sedikit teratas dari korang. Hebatkan kereta aku?? Mesti takder sapa2 dapat tandingi kereta aku ni. Kereta aku langsung tak keluarkan asap.

Yang paling best, aku tak perlukan kepakaran dalam mengawal brek atau klac atau minyak untuk memandu kereta aku ni. Kereta aku tahap Master Automatik. Tak sama dengan kereta2 auto yang lain. Haprak!! Huhuhu. Aku hanya perlu sebut je sama ada hendak belok ke kanan ataupun ke kiri ataupun nak berenti. Secara automatiknya kereta aku akan bergerak mengikut apa yang aku cakap. Power tak? Power tak?

Tiap2 kali aku keliling kampung dengan kereta baru aku ni, orang kampung mesti terlopong 'kekaguman' bila tengok aku dengan keretaku. Budak-budak kecik suka sangat kejar kereta aku tiap2 kali aku lalu depan rumah dorang. Katanya dorang pun nak naik jugak. Huhuhu. Gembiranya aku. Hahahahaha.

Heh!! Kereta aku langsung tak perlukan minyak untuk bergerak la. Tak macam kereta2 biasa yang korang naik tu, kena pakai minyak baru nak bergerak. Huhuhuhu. Kolot !!! Kereta zaman sekarang tak pakai minyak laa....Kalau aku bertanding dalam aksi stunt, mesti aku yang menang sebab kereta aku boleh diangkat 'tayar' belakang. COOL GILA !!! Hahahaha. Plus kalopergi kat bandar aku tak perlu pening2 nak cari tempat parking sebab aku boleh parking kereta aku kat mana2 aja dengan mudah dan menyelit antara kereta2 lain. HEBATNYA!!!!.

"Nani ni asyik cerita pasal kereta dia je, aku pun nak tengok juga kereta mewah dia tu". Owh..korang nak tengok eh?? Aku dah tangkap gambar kereta kesayanganku awal2 lagi nak tunjukkan kat korang. Ok korang tengok kat bawah eh. Itu lah kereta mewahku yang tercanggih, lagi mesra alam, lagi digilai ramaiiii. Kereta aku berjenama.........................................

SORONG'S SPORT CAR!!!!!
Hahahahahahahaha!!!!!!!! Amacam?? Hebatkan kereta aku. Korang langsung tak dapat tandingi kereta baru aku ni. Huhuhuhu..Tgk la dengan 2 ekzos di belakang. Kereta aku nampak macho!!!
Ok la. Korang dah pun tengok kereta aku so aku pun dah tak tau nak cakap apa lagi dah..korang tengok la puas2 eh. Gerenti orang kampung korang pun akan 'kagum' dengan korng kalo pandu kereta ni keliling kampong.

Inilah cara parking kereta aku. Hebat kan?? Takder kereta lain kat atas dunia ni boleh tandingi kereta aku ni..Huhuhu..Ok..wassalam..

P/S: Maafkan aku kalo korang ada yang terasa ati dengan entri aku ni. Takder niat pun nak kutuk kereta korang. Ini hanyalah suka-suka. Maafkan aku ya.
P/S/S:Jika ada sebarang pujian dan kutukan terhadap kereta aku, amatlah dialukan di ruangan komen.

Monday, March 7, 2011

Aku rasa bertuah jadi perempuan

Assalamualaikum????
My dear readers..you all apa kabar?? Sihat??
alhamdulillah laa...huhuhuhu..yang tak sihat cepat2 pegi klinik erk..cari doktor hensem minta rawatan..hahahaha..

Well, dalam aku duk perah otak aku ni nak tulis post apa la untuk kali ni, terkeluar la idea macam tajuk entri yang kat atas tu. Huhuhu. Pada readers blog aku yang gender nya female, korang akan rasa bersyukur dan bertuah dilahirkan sebagai perempuan. Nak taw sebab apa?? Jom kita teruskan membaca.
  1. Point yang pertama kenapa aku rasa bertuah jadi perempuan sebab perempuan ni tidak perlu nak pening-pening kepala dok fikir fasal duit nak kahwin. Sebab apa? Sebab semua tu kerja si kaum adam. Kita kaum hawa ni duduk tunggu datang dipinang je. haha..
  2. Yang ke-2 pula, perempuan ini berpeluang nak mati syahid. Yela mati masa melahirkan anak mati syahid ler tu. Huhuhu. Tapi jangan la korang sengaja nak mematikan diri erk. Sebab semua tu kerja Allah S.W.T.
  3. Kita orang perempuan ni diangkat darjatnya apabila datangnya agama Islam. Kaum adam disuruh untuk menjaga kita dengan sebaiknya. Best la tu. Bukan kita yang dok kena jaga si kaum lelaki ni.
  4. Kita tak diwajibkan ke masjid. Yang wajibnya lelaki. Tapi yang bestnya bila kita suruh suami kita pegi masjid, kita turut mendapat pahala sama dengan dia iaitu 27 pahala. Then campur dengan 1 pahala solat bersendirian kat rumah, dah jadi 28 pahala kita. Bersyukurlah kan. So bagi yang bersuami dah tu, kerah2 la suami korang ke masjid.
  5. Kita akan jadi ketua bidadari tau nanti kat syurga. Kita turut akan jadi bidadari untuk suami kita. Alahai..syok nya..
  6. Kita ni diibaratkan seperti bunga. Cantik kan. Tak macam lelaki yang diibaratkan seperti kumbang. Eeeii takut saya. Huhuhu.(kaum adam jangan marah aa. Gurauan semata-mata)
  7. Perempuan dapat pakai gelang emas, dan rantai emas. Laki2 tak boleh. Huhuhuhu. Comel kan kita??
  8. Kalau untuk bab2 memikat pula, kita tak perlu tebalkan muka nak luahkan perasaan sebab keje tu biasanya untuk si lelaki. Huhuhuhu. Tapi ada jugalah yang dia pegi ngurat lelaki. Well tak salah.
  9. Kalau ada binatang2 berbisa atau serangga2 yang menggelikan macam lipas tu, kita just kena memekik minta tolong and lari menyorok belakang husband je. Yang kena pukul binatang tu keje si lelaki, baru gentleman. Huhu. Best kan??
  10. well yang last sekali yang paling best, kita sebagai perempuan akan menjadi ibu dan Islam menyuruh anak2 untuk mentaati ibu dulu, kemudian baru bapa.
So kesimpulannya, kita ni memang bertuah dilahirkan dalam kaum hawa. Bagi yang kaum adam tu, korang jangnlah sedih erk..sebab korang pun ada kelebihan yang tersendiri. Pendek kata, setiap yang Allah cipta itu ada kelebihan dan keburukkan masing2. So, readers (female especially) lepas baca post aku ni korang tentu dah sedar akan kelebihan kaum kita kan? Jangan lupa kongsikan dengan kawan2 yang lain. Wassalam

Wednesday, March 2, 2011

Kartun kegemaran masa kecik2 dulu..

Kali ni aku tak nak cakap panjang. Just nak tunjuk gambar je la sebagai hadiah selamat malam buat pengunjung blog aku yang datang melawat malam2 buta ni..
Benda yang nak dikongsikan tu sebenarnya gambar2 cerita kartun masa kecik2 dulu..
yang mana pernah menjadi kegilaan korang semua. (aku konpem 99.999%)
ok jom tengok..

Mula2 nak tunjuk kartun Usop Santorian (tak tau betul tak ejanya)
Di bawah ni gambar babak dalam ceritanya.

Kalau bab2 superhero. Mesti teringat kat Keluang Man
Kalau tengok Keluang Man mesti teringat kat Inspektor singh tu.
Aku suka tengok citer anak2 sidek. Best.
Rindu kan dengan logo kat atas tu. Huhuhu..

Korang tentu pernah tonton Kartun family telur iaitu Yokies. Kalau tak ingat tengok gambar kat bawah ni erk.
Ni watak2 penuh lam citer tu.
Dan yang terakhir sekali aku nak tunjukkan kartun yang pasti menjadi kesukaan dan kegilaan korang (bukan aku) huhuhu..tak lain tak bukan iaitu..
TALITABIS (teletubbies sebenarnya) huhu...
Mesti ada dalam kalangan korang yang hafal trademark dorang..iaitu EK'O..hahaha

Rindunyer masa kecik2 dulu bila teringatkan kartun2 ni semua.Huhuhu..

Monday, February 28, 2011

Ayam Oh Ayam!!!

Kali ni aku nak bercakap mengenai ayam pulak. Takder dah fasal fesbuk2 ni. Huhuhu. Aku pasti yang majoriti manusia kat atas muka bumi ni suka makan ayam. Hanya sesetengah je yang tak makan ayam. Kawan aku pun ada yang tak suka makan ayam. Selalunya ayam ni menjadi makanan kegemaran setiap orang. Tak kiralah ayam goreng ke, ayam KFC ke, gulai ayam ke, telur ayam ke. Semua orang suka. Tapi pernah tak kita fikir apa la perasaan ayam tu bila hari demi hari selalu je ada sedara mara dia kena sembelih?? Pernah tak kita hargai ayam yang selalu bertugas membangunkan kita pagi-pagi?? Takder kan?? huhuhuhu... Bila difikir-fikir kan, kesian jugak kat ayam ni erk!

Korang perasan tak yang kita ni macam kontrol kehamilan ayam-ayam ni?? Ye lah..yang kita duk ambil telur dia tu sebelum sempat anak dia menetas..Birth control la tu. Kesian ayam tu kan?? Macam mana la kalau mak cik ayam tu datang mogok kat kita macam ni?? Tak ke naya kita. Huhuhu
Ayam pun nak ada family yang besar jugak sebab nanti dorang bleh buat family gathering macam kat bawah ni bila tiba ari raya nanti. Huhuhuhu


Korang tau tak kalau kita nak sembelih ayam, kita tak boleh sembelih depan ayam-ayam lain. Sebab apa?? Sebab ini akan menjadi Horror movie kat dorang. Mesti la timbul juga rasa takut dalam diri ayam-ayam lain yang tengok tu. Gambarannya korang boleh tengok kat bawah.
Ayam-ayam sekarang ni semua nak balas dendam kat Pak Cik KFC tu sebab dialah yang telah membunuh sedara-mara cik ayam yang lain untuk dimasak dan diberi makan untuk korang semua. Kesiannya...

Jadi lepas korang baca entri aku ni, aku harap kita ni bertambah sayang la dekat ayam-ayam kita tu (bagi yang bela ayam la) huhuhu. Tapi korang jangan dok pelihara IBU AYAM atau
ANAK AYAM atau BAPAK AYAM. Yang tu aku kasi korang sepak je dorang tu. Hampeh!!!!

P/S: Jangan lupa kongsikan entri aku ni kat kawan-kawan korang ye. Trimass..........

Monday, February 21, 2011

Jom belajar dialek "Kelate"

Assalamualaikum..
Pada entri yang kali ni, aku nak sangat share dengan pembaca blog aku ni pasal dialek kelantan.
Hurm..Diharap korang semua berminat. Yelah manalah taw, ada dalam kalangan korang yangkberminat kat orang Kelantan. HOHOHO. Kalau berminat kenalah belajar dialek dia. Barulah berjaya memikat hati si dia. Sebab apa?? Sebab orang Kelantan ni suka sangat kat orang yang boleh bertutur dalam dialek dorang. Huhu. Well sebab aku pun orang Kelantan kan. Of course I know about that. Hahahahaha.. Plus, orang Kelantan ni susah sikit nak bercakap menggunakan dialek orang luar (macam bm betul gitu la). Apa yang istimewanya kita orang Kelantan ni adalah kalau kitorang bercakap, orang luar mesti takkan faham punya. Hahahah. Tapi kalau orang luar bercakap dengan kitorang, kitorang faham je. Power tak?? Huhuhu. Maaf, bukan niat nak meninggi diri. Ok kita teruskan.


Kita mulakan dengan benda asas dulu la. Huhu..
  • Kalau orang luar guna perkataan "aku, kau" untuk membahasakan diri dan orang lain, orang Kelantan guna perkataan "aku, mu"/"demo, kawe"/"ambo,demo. (sebut betul2 kan lain yang jadiknyer)
  • Perkataan "beritahu" akan jadi "royak". "cakap" jadi "kecek". "pukul" akan disebut- "piat", "katok", "Te", "bedal", "baham". "perempuan" jadik "tino" (kasarnya??..huhu..biasa ler tu)
  • Kalau korang nak luahkan perasaan kat awek, korang cakap "aku suka kau" tapi orang Kelantan, dorang cakap "aku nok ko mu".Hahahahah.
  • berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga, manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh (dialek Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksud kenduri. Ada jugak orang luar tertanya-tanya bila ada yang memujinya dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)
Ok kita masuk dalam bahagian yang mungkin korang susah nak faham sikit. Tatabahasa Kelantan ni unik tau. Nak taw uniknya kat mana?? kalau korang tak sabdu kan gaya percakapan korang, makna dia dah jadi lain dah. Aku bagi contoh ek. Baca dan faham betul2.
Contoh:-
'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!). Contoh lain ayat biasa 'Rumput itu dimakan oleh lembu' akan menjadi "rumput makan llembu" ( bolehkah rumput makan lembu???)(sabdu kan perkataan lembu tu)"
Hahaha..bez kan?? keunikan yang lain adalah, dialek Kelantan ni ada menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian.
Contoh:- 'cuba kau rasa gulai ni sedap ke tak?" akan jadi "acu mu TRY TEST gak gulai ni sedap ko dok".
Dialek Kelantan juga ada juga mneggunakan Bahsa arab dalam pertuturan.
Contoh:- "aku nak pergi kenduri dekat rumah Mak Minah" akan jadi "aku nok g BEKWOH di umoh Mok Minoh"

Hahah..ok la..hanya itu aje yang dapat aku kongsikan..
nak taw lebih lanjut??
Kahwin la ngan orang Kelantan.huhuhu
Ok Wassalam..

Sukanya Midori Days..^0^

Assalaamualaikum...Pekabo??
sihat???
Ish cakap sensorang lak. Huhuhuhu. Biar aa. Asal aku ni bahagia. Lama dah tak update blog sebab busy dok cari sal cara nak buat duit di internet. Ye la, dunia dah maju sekarang ni, so aku pun surf la internet sambil2 cari site2 untuk buat duit. Huhuhu. Ada la jugak hasilnya. Ah! Tapi kali ni aku bukan nak cakap pasal buat duit ape semua tu, aku juz nak kongsikan pasal anime Midori Days. Best!!! Kelakar, romantik and piece of life la pendek kata. Bagi sesapa yang belum pernah tengok anime ni, boleh la surf kat tenet. Download free je. Tak pun tengok kat tenet terus. HOHO..
Aku nak kasi taw sikit sal sinopsis Midori Days ni, (ceewwaahh!!cam nak bagi sinopsis komsas SPM la poolak..Ikut la papepun). Anime Midori Days ni sebenarnya berkisar mengenai Seiji Sawamura yang ada rekod 17 tahun tak bercinta. 17 tahun!!! Seijie ni adalah seorang lelaki yang agak gaanas jugak la. Macam gengster gitu lorh. Tapi dia baik sebenarnya. Disebabkan perangainya yang kasar tu, takder sorang pompuan pun berani nak kuar dengan dia. Kesiannnnn...Huhuhu..

Tapi dalam diam rupanya ada jugak pompuan yang minat kat dia. Tak lain tak bukan iaitu Midori. Dipendekkan citer, apabila Seiji tersedar daripada tido pada suatu ari tu, dia terkejut bahawa ada budak pompuan kecik kat tangan kanannya. Terkejut beruk dia!!! Pada mulanya Seiji tak boleh nak trima kehadiran Midori lam hidupnya.


Tapi lama-kelamaan dia dah suka kat Midori. So bila Midori dah jadi manusia balik, dia berasa hidupnya sunyi tanpa Midori. Romantiknyaaaaa.. Tapi dorang bertemu balik. Then, mereka pun bercinta cam couple yang lain tu. Huhuhu..akhirnya Seiji dah ada GF. Hepi ending la pendek kata.

Berminat nak tengok??
boleh Klik Sini..
And atas korang la nak download ke nak tengok secara online.
semoga terhibur..^0^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...