Assalamualaikum...
Melihatkan keadaan dunia sekarang ni yang makin tak menentu je keadaannya, risau juga aku. Ye la, memandangkan dunia semakin menghampiri hari kehancuran. Manusia sedar akan benda ni, tapi sukar untuk mereka berubah. Aku akui bahawa memang susah nak berubah tambah2 kalau perubahan itu melibatkan perubahan ke arah kebaikkan. Ye tak?? Bukan aku nak kata yang diri aku ni jahat, tapi sebetulnya, diri ini masih banyak kekurangan dan masih kurang amalan untuk dijadikan bekalan pada hari kebangkitan nanti. Terlalu banak dosa yang dilakukan. Jika dikira, sikit sangat waktu yang diluangkan untuk beribadat. Selebihnya banyak digunakan untuk tujuan keduniaan. Kadang2 tu hingga terleka dengan kemewahan dunia sedangkan diri ini mengetahui bahawa segala yang di dunia hanyalah bersifat sementara. Susahnya........Mengapa?? Senang je jawapannya. Diri ini masih lagi terlalu cintakan dunia berbanding akhirat. Bila perasaan cinta terhadap dunia melebihi cinta pada Allah, memang membuatkan diriku ini sukar untuk berubah ke arah kebaikkan. Sukar sekali. Namun pernah juga kucuba untuk merapatkan diri pada Allah. Sungguh saat itu aku merasakan ketenangan yang tidak pernah aku alami sebelum ini. Jiwa aku tenang. Kalau sebelum ni aku sentiasa gelisah. Namun segalanya tidaklah berlaku secara berterusan. Betapa lemahnya imanku ini. Susahnya nak berubah.
Diri ini sentiasa sedar akan dunia bakal kiamat, diriku akan mati bila2 masa yang Allah kehendaki, tetapi diri ini kurang mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Diri ini masih lagi leka dengan dunia. Aku amat berharap bahawa aku mampu mendidik diriku ke arah kebaikkan yang diredhaiNya. Aku tidak mahu hidup dan matiku tanpa keberkatan dari Allah. Sungguh harapanku untuk memasukki syurga. So, aku kenalah berusaha tingkatkan ibadat ku. Kurangkan sayang terhadap dunia, aku perlu sayangkan dan cintakan Allah dan akhirat di mana hari aku akan kekal hidup di dalamnya buat selamanya. Moga2 hidupku di akhirat tidak di tangisi dengan penyesalan dalam api neraka. Biarlah aku susah sekarang tapi aku mampu bersuka ria bersama Rasulullah S.A.W dan para pejuang Islam yang lain di dalam syurga. Oleh itu, walau susah bagaimanapun, aku perlu berubah. Moga2 Allah mengampuni segala dosa-dosaku, dan dihindarkan aku dari api neraka serta seksaan kubur yang pedih.
P/S: Buat rakan2 readers yang dikasihi..sama2 lah kita hisab diri kita agar kita mampu menggunakan peluang yang sedikit ini untuk kita mengenali dan mencintai Allah. Sama2 kita tanamkan azam untuk berubah ke arah kebaikkan. Moga2 kita tergolong dalam orang2 yang mendapat syafaatNya. Aku juga mendoakan agar kawan2 diberkati Allah. Amin.....

Amiin, aku pon macam mu jugak..cuba nak berubah jadi yang lebih baek, tapi syaitan tu lebih kuat mempengaruhi nafsu kita..sometimes aku tak sedar benda yang aku buat tuh satu dosa & akan menyakitkan hati orang sekekliling..bila aku terkenang balik, baru aku sedar..aku lebih banyak dikuasai nafsu..then, aku harap aku dapat mengatasi nafsu aku nih..insyaAllah & aku doakan mu jugak gitu..Amiin..
ReplyDelete@Nusyaz terlalu kuat pengaruh keduniaan dalam diri ini. apa2 pun kita kena berusaha untuk baiki diri kita.
ReplyDelete