Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM ku...

Assalamualaikum..
Kalo sebelum ni aku menulsi mengenai bila SPM akan keluar and pasal cara nak cek through SMS tu, kali ni mestilah aku nak share dengan rakan2 semua mengenai result SPM aku ni. Kalau sebelum ni aku pernah beritahu yang aku nak sangat melanjutkan pelajaran ke Russia nak amik course pasal angakasa2 ni, tapi mungkin impian itu takkan tercapai kerana result yang aku peroleh hanyalah sekadar cukup makan. Huhu. Well aku mesti pasrah takdir yang ditentukan oleh Allah. Dan padanlah keputusan yang aku peroleh ini dengan usaha aku yang tak seberapa.

" Ish nani ni, cubalah bagitahu kitorang result yang ko dapat." Huhuhu. ok2 mestilah ada yang nak tau berapa aku dapat. Result yang aku dapat ni bukanlah tinggi sangat, tapi alhamdulillah tiada yang gagal. Bagi aku itu dah ok. Aku hanyalah mendapat 7A 4B. Oleh kerana aku ni pelajar sekolah agama, aku dikehendaki untuk mengambil 11 matapelajaran. Ok korang nak tau tak apa yang aku dapat A dan apa yang aku dapat B tu?? Ok jom usha kat bawah ni jap.

Ok lah, ni dia keputusan yang aku peroleh. Tak cemerlang pun. Tapi aku tetap bersyukur, sebab segalanya adalah atas kehendak Allah.
aku mendapat
  • A+ bagi matapelajaran BM
  • A- bagi matapelajaran Bi
  • A bagi matapelajaran Sejarah.
  • A- bagi Mathematics.
  • A bagi Kimia
  • A+ bagi pendidikan al-Quran dan As-sunnah
  • A- bagi Pendidikan Syariah Islamiah.
  • B+ bagi add maths
  • B+ bagi Bahasa Arab.
  • B bagi Biology
  • B bagi Fizik.
Ok, tu lah result SPM yang aku peroleh. Sekadar cukup makan je kan?? Apa2 pun diri ini tetap bersyukru pada Allah kerana mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Jadi aku perlu berusaha dengan gigih lagi di masa depan untuk berjaya dalam hidup ni. InsyaAllah moga2 masih ada peluang untukku melanjutkan pelajaran ke IPTA dan menimba ilmu untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin....

P/S: bagi rakan2 blogger atau non-blogger yang membaca post ini, kalo ada yang nak bagi pandangan mengenai kos apa yang korang rasa sesuai untuk aku apply, korang boleh nyatakan nya kat ruangan komen. Aku sangat-sangat menghargai pandangan korang. Terima kasih.

22 comments:

  1. huuh, btul ke ni? Teree nya..
    Tahniah!

    ReplyDelete
  2. thniah beb... i'm proud of u.. :)
    teruskan legasi kejayaan hingga ke pringkat lebih tggi.. insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  3. @Hansyirah Takezur Thanks dear!!. mu pun apa kurangnya. better than me. aku jugak mengharapkan perkara yang sama ko mu. Sentiasa doakan kejayaan mu.

    ReplyDelete
  4. tahniah nani... :)
    itu pun dh Alhamdulillah..
    lebih kurang mcm akak jugak dulu...
    tp akak amik 13m/p.

    ReplyDelete
  5. eh gempak la ni..hoho..apply usim ke,asasi uia ke,asasi um pon larat lagi ni rasanya..hoho


    jangan masok matrik ! - -"

    ReplyDelete
  6. tahniah...hope teruskan usaha utk mencapai kejayaan di peringkat yg lebih tinggi...

    ReplyDelete
  7. gempak giler result tu..tahniah2..

    ReplyDelete
  8. @Nur Amalina binti Yazid owh yaa ker?? huhuhu so sakng ni akak amik ape erk?? well trima kasih sebab sudi ucap tahniah..

    ReplyDelete
  9. @maisarah Hebat ke??huhu..alhmdulillah laa. terima kasih yaa..

    ReplyDelete
  10. @woot woot ya..huhu dalam proses nak apply macam yg woot woot cakapkan tu..huhu

    ReplyDelete
  11. @LindaRahim terima kasih..insyaAllah..saya juga doakan kejayaan anda di dalam kehiudpan anda dan bidang yang diceburi..

    ReplyDelete
  12. @Mohd Firdaus ya ke?? huhuhu..terima kasih sangat2..huhu

    ReplyDelete
  13. @KM7 terima kasih cikgu. Tanpa tunjuk ajar dari cikgu mungkin saya takkan berjaya macam ni.huhu. Apa2 pun..BM sy dah pun A+..huhuhu..suka tak ckgu??

    ReplyDelete
  14. akak dulu lepas SPM trus msuk Matrikulasi....
    dulu dpt twrn g blaja medic kat Mesir.. tp, almakumlah.. bukan org senang... x boleh nak pergi..

    skrg kat U amek mechanical engineering... hehe.. ganas kan?
    sbb dulu kat matrik amek physical science ^^

    adik minat astronologi ke?
    try la pohon..

    ReplyDelete
  15. Kak Lina : huhuhu. tough nyer dia amik mechanical engineering.huhu. saya tak tau la nak apply kat mana astronologi nih. huhu.skang ni duk usha chemical engineering plak.huhu.

    Nisa Fuzi : terima kasih. huhu

    ReplyDelete
  16. dasyat dah tu.... Alhamdulillah.. pasni pasti dapat lebih tiggi lagi.. InsyaAllah .. apa-apa GOOD LUCK DR AKAK APA BIDANG YG DICEBURI ESOK2..

    ReplyDelete
  17. tahniah nani :)

    pilih tmpt yg terbaik n sesuai ngn jiwa nani oki:)

    ni nak smbg amik ape pasni?

    ReplyDelete
  18. Kak eiza: huhu dasat ke??biasa je.. huhu. tapi saya bersyukur la dgn apa yang sy dapat.huhu. terima kasih kerana mendoakan saya.

    Alexa yussida : terima kasih kak yuss.huhuu. insyaAllah sy akan buat pilihan yg terbaik. tapi sy blum decide nak amik apa.huhu

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...