Tuesday, April 12, 2011

Awas buat para Muslimah..

Assalamualaikum..
Kali ni aku tak nak buat intro panjang2 sebab aku nak teruskan kepada agenda aku ni. Aku nak la sangat2 semoga sahabat sekalian bagi tumpuan lebih sikit untuk entri nih. Ni penting untuk kaum perempuan. PENTING!!!!! So, ape yang aku nak gitaw kat sini, terdapat satu page yang aku jumpa kat FB yang bertajuk PENGUMPUL GAMBAR AWEK BERTUDUNG!! Fuh..nama bukan main sedap lagi kan?? Tapi ya Allah isi kandungan page tu telah menghina kaum perempuan..Hina yang macam mana tu?? Hina yang mengaibkan..

Sebab ape?? sebab dorang kutip gambar2 pompuan tu kat blog or kat mana2 yg dorang jumpa. Gambar tu mostly gambar perempuan yang bertudung tetapi memakai baju yang ketat2 serta menampakkan aurat. MasyaAllah. Kenapa la jadik camni?? Dorang kumpulkan gambar2 tu and then dorang upload lam FB kasi semua orang tengok and komen lucah2. Niat dorang tak menghalalkan cara tau tak. Dah ramai yang kasi peringatan kat dorang tu. Siap kasi hadis, nas al-Quran dan video ceramah lagi. Tapi DORANG LANGSUNG TAK AMIK KISAH!!!! Dorang erli lagi ada laa. Sakit hati betul la. Dorang letakkan gambar2 tu kat situ supaya jadi pengajaran kat orang lain agar tak buat cam 'model2' dorang tu. Tapi ape yang dorang buat tu dah aibkan pompuan dalam gambar tu. Dorang bagi komen lucah2.. Eiii ape semua nihhh!! Islam tak ajar kita untuk menjatuhkan maruah orang lain sekalipun orang itu melakukan kesalahan. Sebaiknya adalah dengan menegur secara penuh hemah serta bagi nasihat. Bukannya dengan cara mengaibkan macam tuh!!

Kepada sahabat2 sekalian yang membaca entri nih, aku pohon kerjasama korang..korang pergi kat page tu dengan klik kat SINI then report user. Aku harap sangat2 agar page dorang kena block. Kalo nak berhujjah atau berdebat silakan. Pastikan hujah2 itu disertai nas2 dan hadis. Bagi sahabat2 yang membaca entri ni yang jadi mangsa dorang atau korang punya kawan yg jadi mangsa dorang, korang pegi gitau kat admin tu yang korang nak gambar2 korang didelete. Ini adalah kes aniaya untuk perempuan.

Mana tugas lelaki yang BERTANGGUNGJAWAB memimpin wanita?? Mana????? NABI MUHAMMAD S.A.W MENYURUH KAUM LELAKI AGAR MENJAGA WANITA. Bukan aniaya kaum wanita macam yang dorang semua buat tuh. MasyaAllah. Ape yang dorang buat tu ternyata salah. Kalo ada kaum adam yang membaca entri nih mempunyai pandangan yang berlainan atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan aku, korang boleh utarakan kat ruangan komen atau boleh tinggalkan link. Then aku jejak korang balik.

Bagi sahabat2 perempuan yang teraniaya tu..Jangan sedih jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita. Doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah. Itu janji Allah pada hambaNya.

Kepada sahabat2 muslimahku..inginku pesan pada kalian dan juga diriku..jagalah aurat dan tubuh badan kita. Janganlah di uploadkan lagi gambar2 yang boleh menjatuhkan maruah diri kita. Duhai sahabat2ku...kita diibaratkan sebaik2 perhiasan di atas muka bumi Allah ini. Jadi sahabat2 ku..Lindungilah aurat kita, pakailah pakaian yang mengikut syariat Islam. Bukan untuk mengikut arus perkembangan fesyen. Aku sayang pada sahabat2 ku. Aku tak sanggup melihat sahabat2 kita yang lain diaibkan. Diejek dan dijadikan bahan menaikkan nafsu syahwat. Sungguh..aku tak sanggup..Aku juga pasti, yang sahabat2 semua juga tak sanggup tengok sahbat2 kita yg lain diaibkan sebegitu rupa. Jagalah dirimu duhai Muslimah. Bersama kita menuju Allah. Wassalam..

Korang boleh tengok la ape yang dorang komen kat page dorang. Dorang ada 5 admin semuanya. Dorang siap ejek lagi kat sape2 yang tegur dorang. Mempermainkan ajaran Allah. Mempermainkan hukum Allah boleh menyebabkan iman seseorang terbatal dan menjadikan orang itu murtad. Kat bawah ni korang boleh tengok gambar2 page tu.
Maaf sebab gambar mungkin tak jelas. Tapi korang boleh ke page tu dengan klik kat SINI

9 comments:

  1. assalamualaikum~


    saya sudah pun tahu mengenai fan page tersebut, ya saya mengakui page tersebut agak keterlaluan kerana mengambil gmbr muslimat tanpa kebenaran dan mengaibkannya.

    jika mereka ada niat utk berdakwah ini bkn jalannya.

    dan saya sedari makin bertambah org like page tersebut.

    terima kasih kerana saudari post mengenai hal ini. saya sangat menghargai

    -adibahhh-

    ReplyDelete
  2. yang pakai tudung labuh pun kena dimasukkan jugak gmbar dia. punah3.

    ReplyDelete
  3. terima kasih inani atas info ni..
    x sangka ada group mcm ni..
    nauzubillah..
    ramai2 kte report.

    ReplyDelete
  4. nani...dieorg siap cakap pasal agama lagi he3...berani betul

    ReplyDelete
  5. sebab tu kita kena muhasabah kembali. Mengapa dan kenapa Islam larang kita letak gmbr sesuka hati, mengapa dan kenapa kita dilarang itu dilarang ini sebab hanya satu. Islam nak jaga kita (=

    moga kita pun dijauhkan dari fitnah sebegitu.

    ReplyDelete
  6. tu la pasal nie.. bila dorang rasa diorang jah betul..

    kononnya nak menegur tapi hampeh... grrr...

    ReplyDelete
  7. hayy... mcm2 dunia ni.
    kalo nk tgur pom biar cara yg betul..
    sya setuju dgn awak!! :)

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...