Wednesday, November 16, 2011

Cuba Kita Bayangkan.

Assalamualaikum...
Apa khabar ?? Baik?? hehehe..malu lak. Sebab rasa macam cakap sorang2 je. Hik2.
Well, hari ni nak ajak la, sahabat2 pembacaku sekalian ni untuk kita sama2 muhasabah sekejap.

Kelmarin, kawan aku ada tunjukkan gambar kemalangan maut kat aku. Erk, serius, aku rasa nak muntah bila tengok otak tersembur macam tu aje dan kaki serta tangan da tak tahu kat mana dah. Yang lagi dahsyat ialah bila mana magsa tu dah tak ada kepala. Erkk.. Nak muntah. Jadi saat tu aku pun terfikir, macam mana la ye rasanya mati macam tu. erk..nauzubillahh.... Tapi siapa sangka kan, sebab kematian kita ni macam2.
Jadi, cuba kita bayangkan....
Bagaimana kalau kita ditakdirkan mati saat kita sedang:
1- Asyik berdating dan berasmara dengan pakwe or makwe. Sedangkan benda tu haram. Tetapi, bayangkanlah, saat duk kemaruk tu, malaikat maut datang menjemput. Sedar2 aje, kita da nampak badan kita sendiri. Dan tgk makwe / pakwe tu tgh shock sebab kita da mati.

2- Saat kita sedang asyik duk mengadap laptop, main fesbuk, chatting or blogging. Solat dilengahkan. Nafsu online diutamakan. Then, tetiba, nyawa ditarik saat kita nak balas komen atau blogwalking. MasyaAllah..... fikir2 kan.


3- Saat kita duk makan,minum...bergelak ketawa. Tapi, tiba2 semua tu terhenti dan kita rebah tanpa sedarkan diri untuk selama-lamanya. Saat tu, hutang masih belum dijelaskan, keampunan belum sempat kita pohon malahan kita tak minta maaf dari orang yg kita umpat. Agak2, apalah nasib kita yer??


4-Tengah2 kita duk asyik belajar, tidur, atau menonton TV, nyawa kita dicabut dari malaikat Izrail. Saat tu kita da tak boleh tawar-menawar. Dah tak boleh nak minta dipanjangkan tempoh untuk hidup. Nauzubillah...

Jadi, berdasarkan apa yang aku bagitau kat atas tu, menyebabkan aku terfikir
bagaimana aku mati yer nanti?? Adakah cukup amalan yang akan kubawa untuk mengadapNYA.
Adakah kuburku sempit atau luas?? Mampukah aku menjawab soalan Mungkar & Nakir?

Sama2 kita fikirkan..^^..Wassalam...

4 comments:

  1. mcm terjemahan surah al-mu'minun ayat 106. kadang2 kita sedar tp terlalu mngikut nafsu...

    semoga kita semua sedar...

    syukran ala post.

    ReplyDelete
  2. hansyitake: insyaAllah..semoga kita semua sedar..^^

    lolylalaRAWR: gambar ore keno sekso lam kubur.

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...