Sunday, February 24, 2013

Tutup Aurat Dapat Dosa

Assalamualaikum.. 
Sorry sebab lama tak update blog. Amat busy dengan aktiviti lain. Ni baru ada kesempatan untuk mengupdate blog. Terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi membaca entri aku kat blog ni. >.<

Ok, aku nak cakap sikit, kenapa la tajuk aku kat atas mengatakan yang tutup aurat dapat dosa. Eishh! Bukan ke tutup aurat dapat pahala ke? Bukan ke syariat Islam suruh kita tutup aurat? Ok. Rileks, memang betul tu semua, tapi still dapat dosa jugak kalau tutup aurat. Dari segi macam mana tu? Ok, kat bawah aku bagi contoh kategori menutup aurat tapi dapat dosa.Teruskan membaca.


Kita yakin kita pakai kain, baju dan tudung dah tutup dah semua aurat kita. 
Pendek kata, macam dah perfect! Tapi sayangnya, jenis kain yang kita pakai tu amatlah jarang. Pakai tudung, nampak leher, pakai baju nampak perut dan pakai kain nampak betis. Bukan terselak ke apa, tapi sebab kain tu jarang, so aurat tu still nampak jugak. Kalau boleh, bila pakai tudung (especially tudung bawal), silalah pakai inner di dalamnya. Make sure inner tu menutup leher kita dan rambut kita daripada kelihatan. Dari segi baju, kenalah pakai inner jugak kat dalam tu. Buat apa pakai baju kalau still nampak "barang dalam" betul tak? Bab kain and tudung biasanya amat kritikal sekali. Pakai kain tapi tak pakai kain dalam. Alasan sebab panas and rasakan kain dah tebal. Tapi bila duk tengah panas, jelas ternampak betis beserta bulu betis tu sekali. Tak ke malu macam tu. Aurat dah terdedah la tu walaupun dalam konteksnya, kita dah tutup aurat. So, cek balik diri kita ye.

Dari segi pemakaian stokin.
Ok, yang ni boleh kata ramai lagi wanita muslimah yang tidak berstokin. Ada jugak yang bagi alasan, alah tak pakai stokin pun tak apa sebab kaki dah putih so nampak macam pakai stokin. Haha! Aku serius nak gelak bila dengar jawapan ngok ngek macam nih. Memanglah kaki ko putih and nampak macam pakai stokin. Untunglah kan? Tapi, still aurat tu tak tertutup. Lelaki nampak. And mulalah dorang pikir bukan-bukan. "amboi, putihnya kaki dia..kalau kaki putih surelah yang lain.... " korang sambunglah sendiri. Alasan tak nak pakai stokin sebab panas, malas, and so on. Ok, jawapan tu nanti jangan lupa simpan and jawab macam tu kat padang mahsyar bila dah kena tanya dengan Allah ek. Tapi kalau korang tak nak pakai stokin sebab kasut semua dah tertutup lengkap, itu mungkin tak apa asalkan yang bukan mahram tu tak nampak kaki tu.

Pakai baju ketat and seluar ketat beserta tudung mak itik.
Hehe, yup, semua aurat dah tertutup. Tapi sayangnya, ketat la pulak sampaikan lemak2 kat badan pun boleh nampak satu persatu. Digayakan lagi dengan tudung mak itik yang diikat atas dari dada. Kita disarankan untuk menutup aurat supaya bentuk badan, rupa badan kita tak dapat dilihat oleh bukan mahram, bukannya 'membalut' aurat. So, sama-samalah kita cek diri kita balik ek. Rajin-rajinkan bertanya kawan sama ada pakaian yang kita pakai tu ketat atau tak. Amalkan amalan menutup aurat bukan membalut aurat. Sebab balut aurat ni ibarat bertelanjang cuma bezanya yang ni pakai baju, yang tu tak pakai baju.

Kenapa aku cerita pasal ni? Sebabnya untuk menegur rakan2 kita yang lain dan jugak diri sendiri ini yang kadang-kadang alpa dan leka. Kepada kawan aku, kalau korang tengok aku dah tutup aurat tapi dalam kategori tutup aurat dapat dosa, aku mohon jasa baik korang, tegurlah aku. Aku tak makan manusia, aku makan lauk je. Walaupun kita perempuan, sometimes kita malu bila aurat kawan kita tu terdedah walaupun dia kelihatan menutup aurat. Sedih dan sangat sedih bila nampak benda ni berlaku. 


Semoga Allah sedarkan kita semua dan sama-sama kita cek balik diri kita. Nak bergaya tak salah, janganlah sampai bertabarruj dan juga tak jaga pasal aurat. Amalkan budaya memakai inner dan kain dalam kalau pakaian kita tu jarang melainkan jenis kain yang dipakai tu sememangnya tebal dan tidak jarang. Nak tahu tebal ke tak, cuba duduk tengah2 cahaya matahari. Tengok sama ada kaki kita tu nampak atau tak. Elakkan diri kita daripada memberi pelbagai alasan dalam menutup aurat sebab orang yang paling banyak alasan tu, orang yang rugi.

Ok, sekian sahaja dari aku. Mata dah mengantuk. Harap-harap entri ni bermanfaat dalam menyampaikan mesej yang tersurat ni. Sama-sama kita alert dengan aurat ni ye kawan-kawan. Ok lah. tata~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...