Thursday, June 6, 2013

Pengaruh K-Pop Dalam Masyarakat MELAYU!

Assalamualaikum.

Hoyeeahhh! Sape yang selalu datang jenguk blog aku, akan dapat tengok perubahan pada blog aku. Well, I changed the background and the header. Plus, ubah setting dekat linkwithin. Hehe. Sejak akhir-akhir ni mood nak berblog tu datang balik. Sebelum ni, blog aku ni dah jadi macam melukut di tepi gantang. So, aku nak mintak maaf la kalau-kalau aku tak balas komen-komen korang semua dekat certain entri. Aku cuba balas setakat yang mampu je. Really sorry ok. :) (bajet kau tu femes sangat ke wahai Nani Neije?)

Okey la, tak mau cakap panjang, just nak straight to the point. ^_^. Just nak share pendapat je la berdasarkan isu "Pengaruh K-Pop Dalam Masyarakat Melayu". 

Antara pengaruh  K-Pop dalam masyarakat Melayu adalah :- 
  • Aksi-aksi 'cute' macam gwiyomi. Lepas tersebarnya video gwiyomi tu, terus ramai giler upload yang masing-masing punya aksi gwiyomi. Hurm bukan takat perempuan je, malah lelaki pun ada upload jugak video depa buat gwiyomi. Bagi aku, gwiyomi tu macam gedik aje. Laki yang buat pun nampak macam 'lembut' semacam je. Perempuan pula, hurm, apa aku boleh cakap video tu boleh menggugat iman lelaki la. 
  • Fesyen korea.  Habis style pemakaian korea pun ramai yang tiru. Dengan seluar skinny nya yang ketat, baju pun fesyen korea. Bab seluar skinny yang tu aku tak berapa setuju. Style baju boleh terima lagi. Seluar skinny tu kan ketat and menampakkan bentuk kaki orang yang pakai. Perempuan yang pakai seluar skinny ni memang lelaki boleh tengok la 'bentuk' apa yang ada dari paras pinggang sampai ke buku lali. Hee, yang ni orang panggil balut aurat. Seeloknya kita pilih seluar yang longgar and tak menampakkan bentuk kaki. :)
  • Yang lelaki pulak aku tengok macam apa. Kononnya nak jadi jambu macam artis korea. Tak hensem and tak macho wa cakap sama lu. Bagi aku, kalau korang kekalkan imej lelaki melayu tu, yang tu lebih macho and hensem. Nampak pelik tau tak kalau lelaki melayu nak jadi macam lelaki korea. Pakai seluar singkat, sweater baseball macam tu. Err, selekeh la. If kalau minat nak tiru pun, biarlah nampak kemas and bersih, bukan serabai. Tapi aku prefer dorang kekalkan imej melayu yang macho tu. Tak salah nak tiru. Cuma pastikan kemas la and menutup aurat. Islam kan cintakan kekemasan dan kebersihan. ^_^
Okeh, aku boleh bagi 3 je dulu contoh sebab yang ni antara pengaruh terbesar yang boleh kita tengok sekarang ni. Mana yang baik kita tiru, mana yang tak baik and tak berfaedah, better tinggalkan la. Jangan sampai satu tahap nanti, dorang masuk lubang pun kita pun masuk lubang juga. Benda ni ada dinyatakan dalam hadis Nabi S.A.W. Semoga kita tak termasuk dalam golongan seperti itu. Nauzubillah.

Berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum nak tiru sesuatu sama ada ianya ada bagi manfaat atau tak pada diri kita ni. Bukan aku nak kata semua benda kita tak boleh tiru. Tak semua salah. Cuma yang salahnya kalau benda yang kita tiru itu adalah bertentangan dengan agama dan boleh mengundang fitnah. Aku bukanlah nak cakap diri aku ni perfect, cuma ianya sekadar peringatan sesama kita agar kita tak tergolong dalam golongan yang rugi. Nauzubillah. Semoga entri ni memberi manfaat kepada siapa yang membaca. 

Terima kasih sudi baca. ^_^. May Allah bless u guys. Amin.
P/S : Maaf kalau ada yang kurang senang dengan bahasa yang digunakan. :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...