Tuesday, February 5, 2013

KEHIDUPAN AWALKU DI UIA GOMBAK

Assalamaulaikum dan apa khabar untuk sahabat-sahabat pembaca semua. 
Sorry ler sebab lama tak update, tapi, alhamdulillah, entri aku mengenai 'Syarat-syarat kelayakan UIA' tetap menjadi sumber traffik untuk blog aku ni. Dan ramai yang berminat nak masuk UIA ni.

Well, setelah setahun setengah aku habiskan masa aku belajar di pusat asasi UIA (CFS IIUM) dalam jurusan Engineering, aku telah ditawarkan oleh pihak UIA untuk majoring dalam Engineering Biotechnology and Biochemical. Nak tengok ke rupa offer letter tu camner? Hehe. Cuba jengguk bawah jap. :) 
Haa, macam tu la lebih kurang screen shot aku punya offer letter. Maaflah, buka nak riak, cuma aku berharap, ianya jadi inspirasi untuk orang lain juga. By the way, aku terkejut juga dapat Biotech. Ye lah, aku dengan Bio ni, ibarat musuh tradisi. Bukan apa, aku memang KO dengan BIO dari dulu lagi. Well, Biotech tu adalah 2nd choice aku. 1st choice aku adalah Material Engineering. Namun, Allah dah tetapkan yang aku kena amik Biotech, aku redha. Sebab, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan kemampuan kita. Mungkin yang kita suka itu, kurang baik untuk kita, dan mungkin yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk kita. Berpegang pada prinsip ni, aku yakin, yang Biotechnology adalah kos yang terbaik untuk aku. Terima kasih ya Allah. Syukur Alhamdulillah.
Pemandangan UIA Gombak. Yaaayyy! Dapat masuk Gombak gak. Alhamdulillah syukur.
 Biasalah, bila dah masuk main campus ni, 1st thing yang kita kena lalui adalah minggu taaruf. Ya Allah, minggu ta'aruf paling aku tak suka sekali. BORING GILA beb! Dengan tak dapat nak balik mahallah la. Dengan tak sempat nak mandi la. (Opss, pecah rahsia, jangan bagitau sesapa). Committee ta'aruf agak tegas la. Siap korang nanti sape yang bakal masuk main camp tu. Hahah. Dah la 1st day masuk tu terus kena attend ta'aruf. Kalut gila. Dengan gambar passportnya takder lagi, dengan nak keluar dengan family la lagi. ta'aruf program tu, memang WAJIB untuk budak yang baru masuk. Sape yang skip satu slot, dorang cakap, kita kena RE-TA'ARUF. Mak aih, jenuh kot. Nasib baik tak skip mana2 slot lagi. Dekat seminggu juga la kena bertahan dengan benda alah ni semua. Semua orang muka cam tak mandi je. Haha.

Well, habis cerita pasal ta'aruf, aku nak sambung pula pasal suasana kat UIA ni. Well, UIA Gombak ni LUAS weh. Lencun ketiak tau tak kalau nak pergi ke kelas dari Mahallah tu. Tapi, since aku dapat Mahallah Asma' dan dekat pula dengan Kuliyah Of Engineering tu, agak kurang sikit la lencun nya. HAHAH. Tapi bagi yang amik Law, Econs dan IRK tu, sah lencun ketiak sebab jauh jaraknya dari Mahallah ke kuliyah tu. Penat juga la jalan2 nak pergi kelas. Nak2, dapat pula bilik level 4. Fuhh! 4 tahun aku kat sini, aku rasa, dapat juga la turunkan berat badan. Lepas grad, dah boleh tempah baju kahwin saiz S. Muahaha. Gurau je.
Laluan yang kami biasa gunakan untuk ke Masjid dan juga untuk ke bangunan Kuliyah lain.
Disebabkan UIA ni luas, dan bangunan kuliah pun luas, tipu la kalau aku kata aku tak sesat. Hukhuk. Nak cari satu kelas tu pun dah rasa macam nak nangis. Lagi nak nangis bila taw kelas tu jaauuuuuuuuhhhh sangat. Tapi, alhamdulillah, setakat ni, Allah permudahkan urusan aku dalam nak cari kelas. Sebab apa, setiap kali aku nak cari kelas je, aku jumpa dengan kawan aku yang dah lama kat situ. So, dorang la yang jadi tour guide aku. Hehe. Terima kasih ya Allah. Ni rupa kuliyah engineering untuk blok E0. Satu kuliyah tu banyak blok korang taw tak. So, tak heran la kalau korang sesat. Apa yang penting, jangan malu nak bertanya. Biarlah orang nak cakap korang ni freshie ke apa ke. :) 
Pemandangan blok E0 di Kuliyah Of Engineering. 
Pemandangan di UIA ni, cantik jugak la. Atap biru je semua. Rasa kembang hidung juga sebab dapat masuk Gombak ni. Sebab apa, ye la, UIA kan jenis international sikit. Ramai juga la mat-mat international kat sini. Dapat cuci mata sikit tengok mat2 hensem dari Afghanistan dan Palestin, (terutamanya). Mat2 'manis' pun ramai. Masa jalan tu, hati2 sikit, sebab kadang-kadang tak perasan pun depa ada kat depan. Ekekeke. Gurau.

Cantik tak? heheh.
Ok la, panjang sangat cerita aku ni. Apa aku nak cakap, aku gembira sangat-sangat sebab dapat masuk main campus. Yelah, pointer aku pun nazak yang amat. Aku pun sangat-sangat bersyukur sebab still dapat teruskan pengajian dalam jurusan kejuruteraan ni. Semoga aku dapat belajar dengan baik di sini dan bila dah grad nanti, dapat berbakti pada agama dan negara. InsyaAllah. Amin. 

Pesan aku, bila masuk UIA ni, pandai-pandai la jaga akidah dan akhlak ye. Sebab, dugaan kat sini agak banyak. Kalau boleh, sama-samalah kita tingkat biah kita di UIA ni. Ok, itu sahaja dari aku, nanti, bila ada kesempatan nanti, aku update balik blog aku ni ye. Jangan lupa FOLLOW. Jangan lupa ADD aku di FACEBOOK juga ye. Hehe. Thanks. Sekian Wassalam.

8 comments:

  1. salam sis.nak address fb sis boleh?sbb saya nak tya skit bab biotechnology engineering ni? itu pon kalau sis x keberatan nak menjawabnya :)

    ReplyDelete
  2. Sis nak tnye ratio students lelaki : pompuan sape lg ramai?

    ReplyDelete
  3. Akak saya nak Tanya . Sebelum buat MBBS bg lepasan spm kene ambil asasi sains hayat dulu kan Kak ? Syarat untuk masuk foundation in science tu kene b or c Paling minimum dlm science stream subject in spm. Let say add math sy teruk adakah mathematics boleh backup. Still layak tak nak apply Kat uia sis ? Akk kalau boleh relply Kat email saya pon takpe sbb sy Mmg nak tau flow untuk ambil medical course tolong ya Kak .lyanasha43@gmail.com

    ReplyDelete
  4. salam tumpang tanye..sis mcm mna nk susun jadual utk biotech engine first sem?saya x tau nak susun macam mana..sis dulu susun mcm mna ye?hope boleh share ngn saya cara nk susun jadual n pilih subjek ape utk first sem..thanks sis..mohon reply please:)thanks..

    ReplyDelete
  5. salam sis...boleh x bagi acc fb..mcm2 nk tnye nie....

    ReplyDelete
  6. salam sis...boleh x bagi acc fb..mcm2 nk tnye nie....

    ReplyDelete
  7. waa...terigin nk msuk uia gombak... taon nie spm... hope dpt msuk...

    ReplyDelete
  8. Sis nak address fb bole x..nak mintak advice sikit

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...