Monday, January 3, 2011

FREEMASON....

Freemason dikatakan organisasi yang bersifat rahsia. Ianya dipercayai dicetuskan oleh golongan Ksyatria Templar atau lebih dikenali sebagai tentera Salib yang pulang ke Eropah setelah kalah dalam peperangan salib di Jurusalem. Terdapat pelbagai legenda dan teori lain mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene. Ada juga yang mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa. (rujuk: www.Islamonline. net ).

Melalui Freemason ini, mereka telah memasukkan unsur-unsur syaitan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya adalah melalui asas pembinaan. Antaranya dapat kita lihat seperti yang terdapat di bawah ini :-
(bucu atas piramid dikatakan melambangkan Dajjal yang bermata satu)



Antara lain dakyah yang dibawa oleh gerakan ini adalah LADY IN RED yang membawa unsur-unsur yang melalaikan hati kita daripada mengingati Allah S.W.T. Contoh LADY IN RED yang terdapat pada hari ini ialah hiburan yang terlampau. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai LADY IN RED sila KLIK SINI.

Antara hadis yang saya peroleh dari blog adb121023.blogspot.com ialah:-
"Rasulullah telah berpesan dalam khutbah terakhirnya yg bermaksud “berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”. Berdasarkan hadis di atas kita disuruh untuk berwaspada terhadap godaan dan hasutan syaitan. Kerana syaitan itu akan melakukan apa sahaja untuk menyesatkan kita. Mungkin patut saya perkatakan bahawa gerakan Freemason juga telah pun sampai ke negara kita. Saya amat berharap agar pihak fatwa negara dapat menyelidik akan perkara ini..

Semoga Allah memelihara kita daripada terpengaruh dengan gerakan ini yang memuja al-masih Dajjal..INSYAALLAH...yang baik itu datang dari Allah..yang buruk itu datang dari diri saya yang lemah..WALLAHHULAM...

1 comment:

  1. salam sejahtera....

    byk sudah hal berkaitan freemason ni yg telah di rencanakan....

    dorang ni memang golongan yg hendak menjauhkan manusia dr hidup bertuhankan Allah... dan mereka bersungguh-sungguh membina empayar mereka tanpa mendedahkan niat sebenar mereka....

    byk perkare kalo nk diceritakan pasal dorang ni...

    ape pun.. tgu movie seterusnye berkenaan sihir yg telah mereka warisi dalam movie "season of the witch" lakonan Nicholas Cage....

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...