Wednesday, March 9, 2011

Keretaku Kereta Termewah Di Dunia

Assalamualaikum semua....
Dalam entri aku yang terbaru ni, aku nak sangat kongsikan kegembiraan aku dengan korang semua. Aku ingin memberitahu korang yang aku kini telah mempunyai kereta aku sendiri. Well papepun, family aku ni takder la kaya sangat. Biasa2 saja. Cuma mampu beli 2,3 kereta mewah yang aku dapat ni. Kereta aku ni adalah kereta termewah dan tercanggih di dunia. Korang percayalah. Aku bukan nak membangga diri ataupun meninggi diri. Aku hanya nak berkongsi kegembiraan aku dengan korang semua.

Aku gembira sangat sebab aku mempunyai keretaku sendiri. Korang pun mesti ada kereta sendiri juga kan?? Tapi yang paling syok nya, kereta aku ni kereta mesra alam. Kereta aku langsung tidak mencemarkan alam sekitar. Tidak seperti kereta2 korang semua yang mencemarkan alam sekitar dengan mengeluarkan asap. Hampeh!! Kereta aku mempunya 2 ekzos sporty kat belakang. Kalau ekzos kereta korang kat bawah, ekzos kereta aku sedikit teratas dari korang. Hebatkan kereta aku?? Mesti takder sapa2 dapat tandingi kereta aku ni. Kereta aku langsung tak keluarkan asap.

Yang paling best, aku tak perlukan kepakaran dalam mengawal brek atau klac atau minyak untuk memandu kereta aku ni. Kereta aku tahap Master Automatik. Tak sama dengan kereta2 auto yang lain. Haprak!! Huhuhu. Aku hanya perlu sebut je sama ada hendak belok ke kanan ataupun ke kiri ataupun nak berenti. Secara automatiknya kereta aku akan bergerak mengikut apa yang aku cakap. Power tak? Power tak?

Tiap2 kali aku keliling kampung dengan kereta baru aku ni, orang kampung mesti terlopong 'kekaguman' bila tengok aku dengan keretaku. Budak-budak kecik suka sangat kejar kereta aku tiap2 kali aku lalu depan rumah dorang. Katanya dorang pun nak naik jugak. Huhuhu. Gembiranya aku. Hahahahaha.

Heh!! Kereta aku langsung tak perlukan minyak untuk bergerak la. Tak macam kereta2 biasa yang korang naik tu, kena pakai minyak baru nak bergerak. Huhuhuhu. Kolot !!! Kereta zaman sekarang tak pakai minyak laa....Kalau aku bertanding dalam aksi stunt, mesti aku yang menang sebab kereta aku boleh diangkat 'tayar' belakang. COOL GILA !!! Hahahaha. Plus kalopergi kat bandar aku tak perlu pening2 nak cari tempat parking sebab aku boleh parking kereta aku kat mana2 aja dengan mudah dan menyelit antara kereta2 lain. HEBATNYA!!!!.

"Nani ni asyik cerita pasal kereta dia je, aku pun nak tengok juga kereta mewah dia tu". Owh..korang nak tengok eh?? Aku dah tangkap gambar kereta kesayanganku awal2 lagi nak tunjukkan kat korang. Ok korang tengok kat bawah eh. Itu lah kereta mewahku yang tercanggih, lagi mesra alam, lagi digilai ramaiiii. Kereta aku berjenama.........................................

SORONG'S SPORT CAR!!!!!
Hahahahahahahaha!!!!!!!! Amacam?? Hebatkan kereta aku. Korang langsung tak dapat tandingi kereta baru aku ni. Huhuhuhu..Tgk la dengan 2 ekzos di belakang. Kereta aku nampak macho!!!
Ok la. Korang dah pun tengok kereta aku so aku pun dah tak tau nak cakap apa lagi dah..korang tengok la puas2 eh. Gerenti orang kampung korang pun akan 'kagum' dengan korng kalo pandu kereta ni keliling kampong.

Inilah cara parking kereta aku. Hebat kan?? Takder kereta lain kat atas dunia ni boleh tandingi kereta aku ni..Huhuhu..Ok..wassalam..

P/S: Maafkan aku kalo korang ada yang terasa ati dengan entri aku ni. Takder niat pun nak kutuk kereta korang. Ini hanyalah suka-suka. Maafkan aku ya.
P/S/S:Jika ada sebarang pujian dan kutukan terhadap kereta aku, amatlah dialukan di ruangan komen.

20 comments:

  1. aku pikir kereta itu(train if say english) ahahah ternyata cakap malay kereta tuh mobil(car) yah? ... waduh kamu ini ada ada saja , aku kira kereta benar ternyata hanya gerobak tinggal sorong , ahahaha ,ramah lingkungan , ahahahha betul betul betulll , baguus , nice entry

    ReplyDelete
  2. kte ada 1 gak.. tp wane merun.. lagi cantik tau.. hahaha :)

    ReplyDelete
  3. @Nur Amalina binti Yazid Banggakan sebab kita ada kete mewah ni..huhuhu..bertuah kita

    ReplyDelete
  4. Hahahaha GOOD JOB NANI .. kah3 ni la nani yg aku kenal gap...idea bernas2 sajo mung nih..adoilaaa...hampeh tol, igt keto gapo tdi...ish3 dasat sumgoh keto hang..

    ReplyDelete
  5. @Ms Ainin Sofiya Nak jugak eh?? kita ada yang spesel lagi nak bagi kat awak..huhuh..yg baby slu guna tu la..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  6. @Nusyaz Best dop keto aku??baru nok gi jalan ko blog mu naik keto aku nih...hahahahahaha.

    ReplyDelete
  7. haha.. mcm lepas geram je thadap kete manual?? klac, gear... :D

    ReplyDelete
  8. @Hansyitake~ hehehe//lepas geram la jugak..huhu

    ReplyDelete
  9. @renjerkabloi Ish..mana ada..sampai ati awak kutuk kereta sy..huhuhu

    ReplyDelete
  10. sama pulak kaler kereta kita ni kan... hehe...

    salam kenal ..=D

    ReplyDelete
  11. @khairul Saspen ke??jom saya bawak awak jenjalan di sekitar perumahan blogger nak ngn kete sy ni..tpi syrat nye awk kena jadi driver sy..huhu

    ReplyDelete
  12. @~ Cik Azz ~ Huhuhu..yer ke??hahaha tak sangka plak eh..meh la lagi sini sy bawak cik azz jln2..huhuh..salam kenal juga

    ReplyDelete
  13. hahaha.. cute la kereta awak tu.. bile nk bawak saya jalan2... hehe

    ReplyDelete
  14. @topimagine saya akan bawak jln2 kalo awak sudi jadi drebar saya..huhuhu..best tau. Hahahahaha.

    ReplyDelete
  15. hehehe teringat kecik2 suka main keta nih..tolak2 sampai masing2 tersungkur..anak nakal,mcm tuh la:D

    thnk inani sbb dtg belog alexa..salam kenal dear..foloe u back d:)

    ReplyDelete
  16. @alexa yussida Hahaha..tu laa..sy pun men juga kete ni masa kecik2 dlu. Huhu.best!!!

    sama2..trimas jgk sebab sudi folo blog sy yg tak seberapa ni. Salam ukhuwwah..

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...