Saturday, March 19, 2011

Kiamat dah hampir....

Assalamualaikum...
Lama dah saya tak update blog ni kan. Almaklum la diri ini busy memanjang. Huhu.
sekarang ni aku nak cakap sikit pasal tajuk yang aku nyatakan kat atas tu.
Yer la..kita sebagai orang Islam ni kenalah selalu ambil berat pasal benda ni, kalo tak boleh terbatal iman kita..so..jom layan apa yang aku nak cakap sangat ni.

Kalau kita perhatikan betul2 apa yang berlaku kat sekeliling kita nih..tanda2 kiamat dah pun ada. Tapi tanda-tanda kecil la. Opssss!!! walaupun tanda2 kecil, kita harus ingat bahawa kiamat itu makin hampir. Korang semua tentu dah tau kan tanda2 nak kiamat. Bagi yang tak tau lagi tu, usha2 la point2 kat bawah nanti erk.Yang dah tau tu, bloeh mantapkan lagi ilmu korang. So jom baca.
gambar hanyalah hiasan.
  1. Penaklukan Baitul Maqdis : Dari Auf b.Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 daripadanya iaitu penaklukan Baitul Maqdis. Sahih Bukhari.
  2. Berlakunya perzinaan: 'dan tinggallah manusia2 yang buruk yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar( keldai). Maka pada zaman mereka inilah akan berlakunya kiamat. (alah..zina2 ni semua dah merebak lam masyarakat kita nih..masyaAllah).
  3. Apabila muzik2 dan lagu2 menjadi pujaan ramai : ' Pada akhir zaman akan terjadinya rusuhan, runtuh dan perubahan muka. Ada yang bertanya pada Rasulullah S.A.W "Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?? Baginda menjawab.."apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita. (yang ni pun dah ada..puja artis dan minta lagu sampai nak rak..Nauzubillah)
  4. Menghias masjid dan membanggakannya : " di antara tanda2 yang dekatnya kiamat ialah manusia beremgahan dalam mendirikan masjid." riwayat an-Nasaai..(dah ada dah pun...cam masjid Putrajaya..masjid Kristal, Masjid Sultan Mizan..tapi kalo ada masjid tapi tak gunakannya pun takder pekdahnya.) Fikir2 la.....
  5. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja : "sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali orang2 yang dikenalinya sahaja." Riwayat imam Ahmad. ( betul2 da berlaku skang ni. Jiran pun kita tak tegur kan??)
  6. banyak wanita yang berpakaian tetapi betelanjang : 'di antara tanda2 telah kiamat ialah akan muncul pakaian wanita2 dan apabila mereka memakainya keadaanya seperti telanjang. ( alahai..belambak kat luar tu..ada yang pakai baju adik la,baju jarang, baju ketat n so on..harap2 readers aku takder la tergolong dalam kategori nih)
  7. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian : "sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat, akan saksi palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." Riwayat Imam Ahmad. (tengok la kes2 yang berlaku sekarang ni.)
Jadi..hanya tu aje yang aku dapat listkan kat sini. Aku harap kita semua sedar dan segera kembali pada Allah. Masih sempat untuk kita bertaubat dan jangan kita lenggahkan taubat kita sebab bila dah keluar matahari dari arah barat..saat tu taubat kita langsung takkan diterima oleh Allah. MasyaAllah..Nauzubillah....sama-samalah kita mantapkan iman kita agar kita tergolong dalam orang2 yang mendapat rahmatNya. Amin..


P/S: jangan lupa kongsikan dengan teman2 mengenai perkara ini agar mereka juga dapat memantapkan keimanan mereka. Sungguh masih banyak lagi tanda2 hari kiamat. Banyakkan membaca dan mendengar tazkirah.
Wassalam....

3 comments:

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...