Sunday, March 27, 2011

Style tudung sekarang nih.!!

Assalamualaikum..
Pertamanya aku nak mintak maaf la sebab lambat postkan entri baru.
Mesti ada yang bosan berkunjung ke blog aku nih.
Huhuhu. Sori sebab diri ini sibuk mencari info mengenai IPTA, course yang ditawarkan n so on.

Ok la, entri nih aku tujukan lebih kepada girls/ladies/woman as a muzakarah among us. Sekarang ni macam2 style tudung yang orang pakai. Ada style JAMBUL KELUAR, ada style BONGGOL KAT BELAKANG, ada stail RAHIB and so on. Pendek kata, gaya pemakaian tudung macam tu adalah berdosa kerana:
  1. Menyerupai agama lain.
  2. Menaikkan sanggul adalah salah satu daripada dosa besar.
  3. Nampak aurat jugak (bagi yang berjambul tu).
So, bagi aku lah, stail tu stail la jugak. Tapi fikir2 lah antara stail dengan dosa tu mana yang kita nak?? Biarlah kita ni pakai biasa2 je. Kalo nak berstail, pastikan aurat kita tertutup, tak menyerupai agama lain, tak tiru bonggol unta, and tak menampakkan dada kita tu. Penting ni tau. Pedulikan je la apa yang kawan2 kita nak kata. "Oi minah! Stail tudung hang tu kolot la. Orang tak pakai dah stail yang macam tu. Macam orang out of date je aku tengok.." (cth je ni).

Dan janganlah kita dok ikut godaan syaitan ni " Arin, aku rasa ko tak elok la pakai tudung labuh n besar camni, nanti laki tak terliur tengok kau. Kang tak laku ko kang, naya."
Tapi kita sematkan dalam diri kita pegangan ni "biarlah aku pakai tudung biasa2 je, asalkan Allah sayang aku, and aku tak tonjolkan aurat aku kat orang lain."

Pakai tudung labuh sikit pun bergaya jugak tau. Pandai2 la. Kita orang pompuan kena kreatif sikit. Tengok, gambar ni. Nampak sweet kan??So ladies, janganlah susah hati kalo tak dapat nak ikuti fesyen terkini. Kalo nak berstail boleh, tapi biarlah mengikut hukum syarak. Ye tak?? Barulah kita ni jauh sikit dari dosa. Ok lah. Harap2 semua faham yer. Wassalam. 1 Islam 1 Ummah. Allah didahulukan, Islam diutamakan.

P/S: Bagi yang suka pakai shawl tu, boleh pakai. Tapi syarat dia..dada tak nampak sangat, telinga tak nampak,(x menonjol), rambut tertutup. Huhu

15 comments:

  1. pengisian yg bagus.. betul tu.. bg yg suka pakai selendang tu.. pandai2 la jaga...
    anak tudung banyak sekarang yg dh boleh tutup leher... kalau selendang tu jarang pandai2lah ye..

    selendang pn bnyk pilihan.. pilih yg sesuai agar x teralu pendek..

    akak singgah sini ye.. ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih sbb sudi singgah. huhu. Itu la, kalo yang suka pakai selendang tu, harap2 dpt cri yang bersesuaian n tutup aurat. tu yang pentim

    ReplyDelete
  3. 1 Islam 1 Ummah. Allah didahulukan, Islam diutamakan.

    aku suka tagline tu.. huhu..

    yerp, dat's rite dear... good writing..! :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,satu usaha kesedaran yg berguna..hopefully ade yg sedar dari teguran ni,insyaAllah

    zaman sekarang,zaman free thinker..

    zaman orang boleh suke2 hati tukar hukum..susah betol

    ReplyDelete
  5. Hansyirah : huhu..suka ke??bestkan kalo itu yang jadi pegangan.huhuhu..tengs dear.

    Woot woot :Terima kasih. sy juga mendoakan agar ada yang sedar dari tefuran ini. Moga2 Allah bukakan pintu hati mereka. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. eh nme sye arin, caner bole ade dlm post ni? hehehe ^^

    ReplyDelete
  7. Huhuhu..sori la..saya tak sangka la pulak nama tu sama dengan nama awak.huhu..maaf la er. tapi nama tu tak merujuk kepada sapa2 pun.

    ReplyDelete
  8. suka perempuan pakai shawl. stailo beriman. hehe

    ReplyDelete
  9. 1stly, slmt berkenalan adik manis Inani. Saya suka blog awak, menarik dan tertarik. Hehehe.

    Hurmmm, saya suka entri pasal tudung ni. Actually saya pun ada entri pasal tudung tp tak detail mcm awak. Yup! saya setuju dengan awak. Pakai tudung labuh sikit pun bergaya jugak sebenarnya... yang penting kita kreatif. Buat apa pakai cantik2, sudahnya dapat dosa... Apa2 pun bersamalah kita beringat.

    ReplyDelete
  10. moga ramai yg sedar n peringatan utk diri sndiri juge..(xpaham kenapa nak sngt bonggol unta tuh?tak cantik pon)huhu

    makasey singgah ye inani:)

    ReplyDelete
  11. Good writing ... hehe orang zaman sekarang kan, gitu laaa .. aku penim la, macam mana la diaorg boleh pakai tudung putar belit gitu , tercekik kang baru tau .. hahaha nati nak semayang, susah nak buka .. huhuhu

    ReplyDelete
  12. @AkuMuzikFilem owh ye ker?? takper la kalo suka kat pompuan yant tutup aurat. pastikan shawl 'awek' tu ok erk. Jgn sekadar pakai je erk huhu.

    ReplyDelete
  13. @Fizalinoliehahaha..terima kasih sbb suka blog sy ni wlaupun ianya tidak seberapa sangat. Alhamdulillah sbb buat entri sal tudung jugak n mempunyai pndangan yg sama dgn sy. Tu la yg pntim kita kreatif. Huhuhu. Islam bukan agama yg membebankan.

    ReplyDelete
  14. @alexa yussida ye..I hope so. Huhu..dorang suka berbonggol2 ni mybe sebab nak nampak tinggi kot. huhu. Serius tak cantik la bonggol2 camni.huhu

    ReplyDelete
  15. @Nusyaz yess!!! I stuju dgn U moni.huhu..susah la kalo belit2 sangat ni. Kalo aku, aku rimas.huhu tapi atas orang la.huhu. harap2 stailo pun. tutup la jugak aurat tu.huhu

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...