Showing posts with label Kisah masa budak dulu. Show all posts
Showing posts with label Kisah masa budak dulu. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

Rindu Raya Dulu-Dulu

Hai, assalamualaikum semua. ^_^. 

Sedihnya, Ramadhan tahun ini (2013) bakal melabuhkan tirai. Rasa cepat gila masa berlalu. Paling sedih, aku rasa aku tak manfaatkan sangat Ramadhan tahun ni. Owh, ruginya!!! Rugi! Semoga aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amin. Esok (7.8.2013 hari khamis) hari last ramadhan untuk tahun ni, and lusa para umat Islam akan menyambut Aidilfitri. 


Bila duk pikir pasal bab raya ni, teringat memori daun pisang sambut raya masa zaman sekolah dulu. Owh rindunya. T_T. Kenapa rindu? Sebab masa tu, memang terasa giler nak beraya. Mana taknya, beberapa hari sebelum balik cuti raya, aku and kawan-kawan yang lain duk bertukar kad raya. Ada yang pesan jangan baca lagi sebelum malam raya and ada yang bagi baca terus. Hehe. Best sangat tukar-tukar kad raya. Rindu saat itu! Sekarang ni masih ada lagi ke tradisi macam tu? Nope! Takdak. Kalau bagi pun, ada ke yang akan treasure kad raya tu? Aku masih lagi simpan semua kad-kad raya yang kawan-kawan aku bagi dulu tak kiralah aku rapat atau tak dengan dorang. Bagi aku, memori seperti itu amatlah berharga dan harus diingat sampai bila-bila. ^_^. Rasa sweet sangat masa tu. I miss those moments.
Raya dulu-dulu, Kad raya
Lagi satu, bila sampai malam raya jer, sure aku and family akan main mercun. Best giler lawan mercun dengan jiran. Kitorang pasang mercun yang ala-ala mercun yang main kat stadium tu. Yang bunga api tu. Haha. taw tak? Rasa happy sangat masa tu dapat tengok mercun and main bunga api. Bila cakap pasal mercun, teringat pula memori masa kecik-kecik dulu, aku suka tembak ayam dengan mercun aku. Suka tengok ayam melatah. Haha. Kelakar!

Tapi, sekarang ni semua dah besar. Susah dah nak rasai semua tu lagi. Aku rindu nak tukar-tukar kad raya and main mercun. Aku rindu jugak suasana kemas rumah beramai-ramai dengan family. Happy giler! Sampai kalau boleh malam tu tak nak tido sebab happy sangat esok nak raya. Duk terbayang dah pasal berapa banyak duit aku akan dapat. Haha. Mata duitan betul! Tu dulu, tapi sekarang aku dah matured dah. Dah masuk U dah. Duit raya pun belum tentu dapat. Hehe. Sedih! Jeles tengok adik aku dapat duit raya. Aku pun nak jugak. Ngada-ngada kan? haha.

Tapi tu la, semua tu dah tinggal kenangan dan kenangan itu sangatlah indah. Memori raya yang lepas akan aku simpan sampai bila-bila. Aku masih ingat lagi perasaan aku masa waktu tu. Gembira tak terkata. Hehe. Ok lah, tu je nak kongsi pasal kenangan raya aku dulu-dulu yang aku treasure sangat-sangat. Korang pun sure ada memori raya masing-masing kan? Share la, nak tahu jugak. Hehe. 

Ok lah, mata dah ngantok, esok kena bangun sahur lagi. Moga Allah panjangkan umur ini untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amin. So, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jaga makan sikit taw! 

Selamat hari raya ye buat korang semua yang sudi baca blog ini. ^_^. Trimas!

Tuesday, March 29, 2011

Angan-anganku Ketika kecil

Assalamualaikum..Adik, kakak, abe2 (abang) huhu.
So, apa kabar iman kita hari ni?? Semoga sentiasa dimantapkan la hendaknya ya.

Kali ni nak postkan entri pasal angan2 aku masa aku budak2 dulu saat2 aku masih lagi kiut. (perasan ==") huhu. Aku sure la yang korang pun ada jugak angan2 masa korang kecik2 dulu. Ok jom layan apa yang aku dok angan2 kan masa budak2 dulu. Huhu

Kalo korang nak tahu, walaupun aku ni perempuan, tapi keinginan aku masa kecik2 dulu taklah ke arah kewanitaan sangat. Huhu. Aku pernah berangan nak jadi Superhero. Aku nak jadi Superman yang menyelamatkan orang yang memerlukan bantuan. Dek taksub sangat dengan Superman, aku pegi kebas kain sarong mama aku then ikat kat leher. Lepas tu, apa lagi, aku pun terus pegi panjat pokok and aku terjun. AAAAAAAAaaaaa !! (aik cam tarzan la pulak) huhu aku terjun sambil tangan aku dok kibas2. huhu. Tapi tak terbang2 pun. Hahaha. Dalam otak tu dah pikir yang diri ni duk terbang. Hahahahaha.!!!!

selain dari superman, aku ada jugak berangan nak jadi Popeye. Huhuhu. Aku sure yang korang pun ada yang berangan macam ni masa budak2 dulu. Huhu. Dikisahkan masa kecik2 dulu, aku tak suka sangat makan sayur (until now). Tapi bila mama aku cakap "Nani, makan sayur nih. Ni spinach hop popeye makan sokmo" (in kelantan dialek la erk) huhu. Apa lagi, aku makan la sayur tu. Huhu. Then perasan yang diri ni dah jadi sekuat popeye.!!! Berangan yang kaki dan tangan aku jadi kuat. Huhuhu.

Tapi pengaruh yang kuat masa tu adalah POWER RANGERS. Huhuhu. Kalo gurls2 yang lain mesti suka yang pink or kuning. Tapi aku suka yang warna merah sebab Power Rangers merah ni is da strongest among them. Huhuhuhu. Selalu je bertumbuk dengan sepupu aku and adik aku. Sometime tu aku jadi raksasa (kononya la). Hampeh!! selalu je kena buat2 kalah. Hahahaha.
And another one is, aku nak jugak jadi ULTRAMAN yang menyelamatkan bumi dari serangan raksasa. Huhuhu. Yang ni pun memerlukan aku bertumbuk dengan sepupu aku and adik lelaki aku. Huhuhu. Tapi kali ni aku jadi Otroman, dorang jadi raksasa. Huhu. Kalo tengok citer Otroman tu memeang tak berganjak la. Huhuhu. Masalahnya sampai sekarang ni aku tengok lagi citer otroman. Huhu. Otroman paling aku suka, Otroman Dyna. Huhu.Ok lah, tu je yang aku dapat citerkan kisah angan2 aku masa kecik2 dulu. Hahaha. Memang waktu zaman kanak2 ni saat yang paling indah and manis dalam idup kita ni kan. Huhu. Ok la. Aku pun nak tau jugak korang pernah tak berangan macam aku nih. Huhuhu.

Ok..Wassalam.

P/S: Kongsi la dgn aku sal impian superhero korang masa dulu2. Huhuhu.

Friday, March 11, 2011

Ternyata aku masih pandai..

Assalamualaikum..(Jawab jangan tak jawab ee)
Entri aku kali ni adalah ringkas je..tak nak panjang2 sangat sebab nak kemas barang nak konvoi ke Perlis esok dengan family2 saya. Huhu.
Entri kali ni sebenarnya nak menceritakan kisah aku sewaktu aku kecik2 dulu..
saat aku masih lagi mentah. hidung berhingus dan lurus bendul. HAHAHAHAHA.

!!Kisah ini adalah kisah benar!!!

Nak dijadikan cerita...Pada suatu petang yang hening saat angin bertiup sempoi2 bahasa...Aku berlari ke dapur rumah aku untuk minum air sebab dahaga sangat coz baru lepas main dengan sepupu dan adik aku. So..dengan cepatnya aku ambik gelas dan tuang air dalam gelas..Aku terus minum dengan gelojohnya..tapi bila aku intai sekejap dalam gelas yang aku gunakan untuk minum air tu..alangkah terkejutnya aku bila aku tengok adalah 2,3 ekor Cik semut yang sedang seronok berenang dalam air aku. Saat tu aku rasa betul2 panik sebab mama aku cakap kalo minum air yang ada semut..kita akan jadi bodoh dan tak pandai. Masa tu aku dalam darjah 2 macam tu la. Oleh sebab aku takut sangat dan aku pikir yang aku akan jadi bodoh..aku cuba uji diri aku.. Aku cuba test yang aku ni dah jadi bodoh ke atau aku still pandai lagi. So aku pun buatlah perkiraan matematik...
" 1+1=2"
"3+3=6"
"Oh..aku rasa aku jawapan aku tu betul dah kot. Jadi..aku ni pandai lagi la..Tak bodoh lagi la..Hoorreeyyy!!!"

Betapa happy nya aku masa tu bila kiraan matematik aku tu betul. Dan ternyata lah aku ni tak bodo lagi. Huhuhu. Ok tu jer nak citer kisah aku masa kecik2 dulu. Wassalam.

P/S: Kalo korang nampak ada semut dalam minuman korang tu..better buang je lah erk. Tak elok..Nabi pun suruh kita buang air tu kalo ada semut. Tapi kalo lalat yang ada kat dalam air korang..korang jgn buang air tu tapi korang kena selamkan balik lalat tu dalam air korang..Sebab apa??sebab lalat ni memberi racun pada kita tapi jika kita selamkan dia balik..dia akan jadik penawar pulak..So tak kotor la minuman tu. Tapi kalo nasi yang dihinggap lalat. Hati2 la masa nak makan tu erk. Takut termakan telur dia. Wassalam..........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...