Monday, March 7, 2011

Aku rasa bertuah jadi perempuan

Assalamualaikum????
My dear readers..you all apa kabar?? Sihat??
alhamdulillah laa...huhuhuhu..yang tak sihat cepat2 pegi klinik erk..cari doktor hensem minta rawatan..hahahaha..

Well, dalam aku duk perah otak aku ni nak tulis post apa la untuk kali ni, terkeluar la idea macam tajuk entri yang kat atas tu. Huhuhu. Pada readers blog aku yang gender nya female, korang akan rasa bersyukur dan bertuah dilahirkan sebagai perempuan. Nak taw sebab apa?? Jom kita teruskan membaca.
  1. Point yang pertama kenapa aku rasa bertuah jadi perempuan sebab perempuan ni tidak perlu nak pening-pening kepala dok fikir fasal duit nak kahwin. Sebab apa? Sebab semua tu kerja si kaum adam. Kita kaum hawa ni duduk tunggu datang dipinang je. haha..
  2. Yang ke-2 pula, perempuan ini berpeluang nak mati syahid. Yela mati masa melahirkan anak mati syahid ler tu. Huhuhu. Tapi jangan la korang sengaja nak mematikan diri erk. Sebab semua tu kerja Allah S.W.T.
  3. Kita orang perempuan ni diangkat darjatnya apabila datangnya agama Islam. Kaum adam disuruh untuk menjaga kita dengan sebaiknya. Best la tu. Bukan kita yang dok kena jaga si kaum lelaki ni.
  4. Kita tak diwajibkan ke masjid. Yang wajibnya lelaki. Tapi yang bestnya bila kita suruh suami kita pegi masjid, kita turut mendapat pahala sama dengan dia iaitu 27 pahala. Then campur dengan 1 pahala solat bersendirian kat rumah, dah jadi 28 pahala kita. Bersyukurlah kan. So bagi yang bersuami dah tu, kerah2 la suami korang ke masjid.
  5. Kita akan jadi ketua bidadari tau nanti kat syurga. Kita turut akan jadi bidadari untuk suami kita. Alahai..syok nya..
  6. Kita ni diibaratkan seperti bunga. Cantik kan. Tak macam lelaki yang diibaratkan seperti kumbang. Eeeii takut saya. Huhuhu.(kaum adam jangan marah aa. Gurauan semata-mata)
  7. Perempuan dapat pakai gelang emas, dan rantai emas. Laki2 tak boleh. Huhuhuhu. Comel kan kita??
  8. Kalau untuk bab2 memikat pula, kita tak perlu tebalkan muka nak luahkan perasaan sebab keje tu biasanya untuk si lelaki. Huhuhuhu. Tapi ada jugalah yang dia pegi ngurat lelaki. Well tak salah.
  9. Kalau ada binatang2 berbisa atau serangga2 yang menggelikan macam lipas tu, kita just kena memekik minta tolong and lari menyorok belakang husband je. Yang kena pukul binatang tu keje si lelaki, baru gentleman. Huhu. Best kan??
  10. well yang last sekali yang paling best, kita sebagai perempuan akan menjadi ibu dan Islam menyuruh anak2 untuk mentaati ibu dulu, kemudian baru bapa.
So kesimpulannya, kita ni memang bertuah dilahirkan dalam kaum hawa. Bagi yang kaum adam tu, korang jangnlah sedih erk..sebab korang pun ada kelebihan yang tersendiri. Pendek kata, setiap yang Allah cipta itu ada kelebihan dan keburukkan masing2. So, readers (female especially) lepas baca post aku ni korang tentu dah sedar akan kelebihan kaum kita kan? Jangan lupa kongsikan dengan kawan2 yang lain. Wassalam

8 comments:

  1. aku suka point no.9.. haha..
    mu kne cari tok laki g2.. ahaha.. aku xyah xpo..wekk

    pasai gelang2 emas tuu..huhu.. xberapa berminat laa.. mu minat.?? so ladies, hehe.. nani daa berubah..

    ReplyDelete
  2. @Hansyirah Takezur alu darling..huhuhu..husband macam tu la yg I nak..huhuhu..brg kemas??aku tok berapo minat la weh..hahaha

    ReplyDelete
  3. ooooo tkpe2 nanti aku bg kelebihan menjadi lelaki plak hehehehej

    ReplyDelete
  4. eja pon bertuah jd perempuan...

    ReplyDelete
  5. @Inani Weh, ado ore wi nsht ko aku..dio kato guna pitis hop husband bg ko kito tuh tok beli emas..rantai gelang or wateva lah..bia kito dop paka pom, sipe jah..nak tau bxpo?? Sbb bare gotu harga naek tiap2 taun..hehehe so, kalu korang terdesak xdop pitis, boleh gadai bare gotu..hahahaha

    ReplyDelete
  6. @faris zain Ye ke?? ok nanti aku baca eh..huhuhu

    ReplyDelete
  7. @Eja Razif Memang patut pun eja bertuah..Huhuhu..alhamdulillah la kan. Kita diciptakan dalam kaum hawa. Kaum yang lemah lembut.

    ReplyDelete
  8. @Nusyaz Molek gak tu.. Sebab duit mas kahwin tu untuk kita. So elok benar la kalu wat beli mas then kita wat pelaburan emas. Memang untung.

    ReplyDelete

sila tiggalkan komen anda..
kesudian anda amat saya hargai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...